Friday, February 24, 2017

Hello Outdoor Adventures! : Bukit Gasing 1.1, Bukit Broga, Bukit Batu Chondong

Elo!

Here comes another entry about my hiking adventures. I have to say, i'm kinda addicted to it. Seperti entry sebelum ini, aku ada tulis aku akan repeat Bukit Gasing sebab aku tak dapat habiskan expedition tu. Terus terang, aku rasa tak puas. So there i was, repeating at the same spot. Letih tetap letih. Aku manusia. Bukan robot. Haha.

So mari mula!


15.10.16 : Bukit Gasing 1.1

Hoho. Lessons learned! Pertama sekali, be on time. Sebab masa adalah sangat penting when it comes to hiking sebab faktor cuaca pun satu hal, walaupun redup ditutupi pokok pokok yang besar, kadang kadang tu tak ada angin lansung. Tengok musim jugak. Memandangkan kita bermusim tropikal, hujan tu sangatlah selalu dan kadang tak boleh jangka. 

Have to be honest, aku sedikit gementar untuk ekspedisi kali kedua sebab masa kali pertama, aku hampir pengsan. Tapi disebabkan dah kena sound hari tu, maka aku dah buat persediaan dari segi pemakanan dan juga tidur yang cukup. Untuk ekspedisi kali ini, cuma aku berdua dengan bestfriend aku dari zaman belajar lagi, Ika. Hujung minggu, ramai jugak yang beriadah dekat sini, jadi kami tak berapa risau sesat atau jadi apa apa. Memang pengunjung tak putus.

Penat memang penat wey. I am not kidding. Aku punya mengah tu, kalau tiup bara api, boleh bakar satay aku rasa. Haha. Masa tu aku bersyukur dengan nikmat untuk bernafas. Aku layankan je la track dia yang kejam tu. Menurut Ika, track yang dia bawak aku tu, kira paling senang. Track yang selalu orang lalu and sudah disediakan. Dalam kepala aku, aku layankan je la. Aku jalan je. Malas nak fikir penat. I said to myself

"You ask for it! You are almost there!"

Aku ingat aku dah nak sampai, rupanya lama lagi. Jumpa pulak track bertangga. Jahanam betei! Aku nak mengamuk je rasa. Haha. 


Kau faham tak bengang di macam mana? Haha. Kalau sama besar semua tak apa.
Nampak baju biru tu? Itu Ika la tu. Aku batak sangat nak ambik gambar bagai.
Haha. Laju betul dia. 

Aku ingat lagi masa belajar dulu, dia lagi gemuk dari aku. That was 2008. Meh aku tepekkan throwback sekejap. Haha! Kalau dia tau ni mati aku.


Of course la yang paling cantik, jelita dan kurus tu aku. Haha. Yang tengah tu la Ika.
Kan aku dah cakap, dia lagi gemuk dari aku.

Ok berbalik kepada hiking, kita tak boleh cakap yang kurus akan sentiasa lebih kuat dari kita. No. Kadang kadang yang kurus tu yang paling pancit daripada yang gemuk. Sebab stamina, kita tak boleh jangka. Yang kurus, tidak semestinya fit. Remember that. In this case, Ika mungkin lebih besar dari aku, tapi stamina and mental dia kuat. Sejak daripada hari tu, aku nekad untuk workout lebih lagi dan of course, kuatkan mental. Bukan sahaja fizikal.

Tapi setelah penat lelah memanjat bagai, akhirnya terubat jua bila jumpa


The famous hanging bridge! Haha. Excitednya aku. 

Tapi disebabkan hujung minggu, makanya kena beratur. Sabar je lah. Nak buat macam mana. Kita dah nak mula naik jambatan, orang sebelah sana pulak nak mai ke seberang sini. Kena ada sifat toleransi okay, kawan kawan?

Masa ni peluh aku merecik jangan cakap. Memang menitik nitik. Dalam aku sibuk layan trek nan kejam, aku tersadung akar pokok. Bergolek la jugak macam hindustan. Haha. Habis pipi aku cium tanah. Ika pusing, of course dia gelak dulu. Biadap. But it was fun. Masa tu la aku belajar, kalau masuk hutan, kena jaga jaga jugak mana yang kita pijak dan lalu. Akar berselirat. Aku pun terlalu asyik tengok pemandangan hijau lagi mendamaikan gitu.



Alololo, kesian cik echa jatuh. Tapi kita okay je. Bila seluar kotor macam ni
rasa macam adventure habis dah kau. Haha. Feeling kena lebey~


I reached the peak! Haha. Tak ada view pun sebenarnya. Biasa biasa je.

Maka bermulalah proses penurunan bukit. Ya Ampun, memang orang kata turun tu best, tapi dengan beban berat badan aku, lutut aku sakit. Aku redha je la. Macam biasa, aku layankan je la track dia tu. Kau jangan terkejut la kalau nampak makcik pakcik Cina yang berjalan lagi laju dari korang. Haha. Botol air mineral satu je dia bawak. Itu pun yang kecik. Adeh, Sambil sambil menurun bukit tu tangkap gambar kenangan.


Ini suspension bridge lagi satu. Aku rasa aku jumpa jambatan ni dulu, baru aku 
jumpa jambatan yang tadi. But i like the other one better sebab dia guyang guyang. Haha


Selamat sampai bawah! Aku bersyukur habis bila jumpa tanah rata. Haha.
Baru merasa dapat jalan macam manusia normal.

Nak tau bahagian yang paling bummer? Bila Ika bagitau sebenarnya itu puncak tipu. Ada puncak lebih tinggi iaitu di Kuil yang terletak di atas sekali. Katanya track situ agak kejam. Haih! Nampaknya kena repeat Bukit Gasing lagi sekali!


22.10.16 : Bukit Broga

Guys, please focus on the dates okay. Dari awal entry sampai ke entry entry selepas ini, kalau ada yang perhatikan tarikh, mungkin ada yang kata aku gila. Haha. But there's nothing wrong with doing something that you love. Right?

Ini merupakan kali pertama aku mendaki Bukit Broga. Sebenarnya dari dulu aku nak naik. Masa dia mula mula viral dulu. Cantik betul. Bila Ika ajak, aku terus setuju. Bila dah dapat kasut hiking yang sesuai, rasa sedap pulak nak hiking. Aku tak tau la entry mana satu aku nak bebel pasal keselamatan and pemakaian masa hiking. Haha. Nanti la ya?

Memandangkan mendaki Bukit Broga dah dirancang awal, Ika ajak aku tidur rumah dia yang terletak di Petaling Jaya sebab keesokannya Kak Aini akan datang ambil kami dari rumah Ika. Awal pagi lagi aku dah terjaga, siap siapkan diri, mandi, isi air dan sebagainya. Seawal jam 5 pagi kami dah mulakan perjalanan ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Seeloknya bila kita pergi hiking sama sama ni, kita amalkan konsep carpooling. Senang. Jimat. Tidak memudaratkan alam sekitar. Gitu.

Kami tiba di kaki Bukit Broga lebih kurang hampir ke jam 7 pagi. 
Aku sengaja state masa sebab gambar gelap. Haha

Setibanya di sana, aku agak terkejut jugak sebab tiba tiba kena handle sebilangan kanak kanak dari sekolah rendah untuk ekpedisi mereka di Bukit Broga. Aku agak takut sebab aku sendiri pun, tak la sekuat mana. Tambah pulak, i wasn't informed earlier and i am not mentally prepared. 

Ramai lagi sebenarnya.

Ada la juga beberapa orang guru yang turut serta untuk selia adik adik ni. Lepas dah diberikan taklimat, baru la ekspedisi bermula. Macam biasa, baru berapa langkah, aku dah mula mengah. Lepas sorang sorang adik adik ni potong aku. Haha. Rasa tercabar sekali lagi. 

Ika terpaksa tinggalkan aku sebab kami ditugaskan untuk menjaga adik adik ni. Memandangkan aku tak berapa fit, aku awal awal tak boleh jaga budak budak ni. Aku suruh je diorang pergi dekat cikgu cikgu diorang. Aku jalan slow slow sampai la aku tahu Bukit Broga ada tiga puncak. Jahanam! Haha. Aku gagahkan diri jua. Sepanjang pendakian aku, aku naik dengan seorang cikgu. Tapi bukan cikgu sekolah budak budak ni, tapi kenalan kak Aini. Dia pun tak berapa fit juga. Sampai di puncak pertama, dia kata

"Aisyah naik dulu, akak kena teman student ni"

Nak tak nak, aku gagahkan diri jua. Aku takut sebenarnya sebab aku tak ada kawan. Aku nampak kumpulan budak budak ni pun makin lama makin kecil je depan mata. Makin jauh. Allahu. Tak apa. Aku gagahkan jua. Sampailah aku dengar Ika jerit dari puncak ketiga

"Cepat lah gemok!"

Eh, dah sampai rupanya. Bongok betul. Haha. Yang paling kuaja nya, sampai puncak ketiga, aku tak sempat duduk, bebudak tu dah standby nak turun. Diorang dah sampai lama dah. Ah! Jahat! Aku tak sempat ambik nafas!

Masa turun la paling aku suka. Siap berlari lari lagi. Tapi bila nampak spot yang cantik cantik, maka bergambar lah kita

Bukit Broga dah semakin ramai pengunjung.
Sampah jangan cakap la. Merata!


Nampak tak semut semut manusia belakang tu?
Haha. Segan jugak aku berdiri atas batu ni.

Pemandangan Bukit Broga yang mencuri hati ramai pengunjung

Someone kena remind aku, kalau gambar blog, semua landscape please?!
Haha. Focus on the view. Focus on the view!

Bergambar kenangan sebelum turun. Ada la jugak cikgu lelaki
yang muda muda hensem hensem. Tak sempat nak berkenalan
Echeh! Gatei~

Sebaik sahaja turun dari Bukit Broga, baru dapat berbual dengan Abang Sare. Dengar cerita cerita dia. Semuanya menakjubkan. Seronok berbual dengan kakak kakak & abang abang ni. Macam macam kita belajar. Bila kita berkawan dengan peringkat umur kita sahaja, otak kita kurang sikit berkembang. Contohnya, aku banyak on track dengan kawan kawan yang lebih kurang sebaya, mereka kurang dari segi punctuality. Mesti aku yang kena tunggu berjam jam. Macam kakak abang ni, mereka dah di kira orang lama dalam dunia hiking. Kalau rasa nak kena bebel sebab lambat sampai, dipersilakan. It is all about discipline guys. That's what i like about hiking.

Meh aku perkenalkan, Tudung biru itulah Ika, Abang Sare, Kak B (tudung coklat),
Kak Aini (Bertopi) dan Cikgu. Maaf tak ingat nama.

For your information, Abang Sare dah panjat Bukit Broga lebih seratus kali. Kalau tanya dia berkenaan Bukit Broga, semua dia tahu. Dulu dia gemuk. Sangat gemuk. Baju dia masa tu saiz 6XL kot. Sekarang saiz M. Bayangkan? Ada sesuatu yang Abang Sare cakap pada aku yang aku takkan lupa sampai bila bila & sentiasa akan menjadi peniup semangat aku.

"Stamina bukan milik orang kurus"

Haha mesti orang kurus tak suka statement ni but its true. Take it or leave it, boo. Haha. 


11.12.16 : Bukit Batu Chondong

Ok. Untuk aktiviti kali ni, tarikhnya sedikit jauh sebab urusan kerja. Masa ni aku memang dah gian sangat nak memanjat, makanya aku memekak la dekat group hiking whatsapp. Ramai yang aku tak pernah jumpa dan on track sama sama. Sampai la salah seorang tu ajak aku cuba Bukit Batu Chondong. Boy nama dia. Remember his name okay. Haha. Inilah kali pertama aku jumpa dia dan on track dengan dia.

Menurut perbincangan malam sebelum tu, katanya nak mula naik pukul 7 pagi. Aku call la mamat ni, rupanya belum bangun lagi. Hampeh! Aku yakin dia lambat. Makanya..


Selfie lah sekeping dulu. Mind you, ini muka sebelum berlumpur,
berpeluh, berkicap, berkuah dan segalanya.

Bukit Batu Chondong terletak di belakang Zoo Negara iaitu Kemensah. Memandangkan ini memang kali pertama kami ke sini, aku tak berapa ariff sangat tentang laluan untuk menaiki Bukit Batu Chondong. Ada la juga beberapa blog yang aku baca. Katanya di ATV Adventure Park. Tapi mungkin masa kami pergi tu terlalu pagi, tak ada siapa yang kami boleh tanya. Aku parking depan Zoo Negara & naik kereta Boy sampai Kemensah. Yang ada masa tu cuma abang abang yang jogging menaiki jalan tar di situ. Kami tanya laluan masuk ke Bukit Batu Chondong, dia tunjuk track ATV. Aku dengan Boy confident je lalu track ATV tu.

Siapa yang pernah naik ATV, kau akan faham bertapa dahsyatnya track ATV tu. Setelah hampir beberapa minit berjalan, aku dengan Boy dapat rasa yang kami sesat. Tapi aku pulak yang over confident. Haha. Aku yakinkan dia aku cakap ada pokok buluh. Memang sepanjang laluan track ATV tu ada pokok buluh. 

By the time kitorang explore, jam dah menunjukkan waktu around
11am. ATV dah mula keluar masuk. This photo? This photo won't do
any justice on how terrible the track is.

Ini lah buktinya. Belum lagi masuk part aku berguling dalam lumpur. 
Boy dah gelakkan aku banyak kali. Sebab lumpur naik sampai muka,
baju, beg semua habis. Dia siap jerit lagi

"Woi kau nak jadi ATV ke apa?!"

Semenjak dari hari itu, nama aku jadi Echah ATV.
Jahat betei.

Punya la lama kami berjalan, ini je yang kami jumpa. Ada nombor telefon dekat situ
tapi tak ada signal. Aku tak risau sesat sebab kami belum betul betul dalam hutan.
So track untuk keluar balik agak jelas.


Yang kami jumpa hanyalah sebuah Air Terjun yang di beri nama Sofia Jane.
Hanya kerana Sofia Jane pernah berlakon di situ.

Lepak la sekejap dekat air terjun ni. Sejuk! Bukak kasut, basuh lumpur lumpur semua.

Sejujurnya aku dengan Boy tak puas hati. Sebab bukan setakat tak sampai puncak, jalan naik pun tak ada. Aku dengan dia siap redah sungai, redah sana sini. Ada la juga jumpa reben reben merah yang terikat pada pokok, tapi as we walk further up, hilang dah reben tu. Aku pujuk dia, aku kata daripada kita terus jalan, ada eloknya kita turun balik. Risau sesat.

On our way down, ada jumpa abang ni naik ATV. Kami tanya jalan masuk ke Bukit Batu Chondong. Bila dia dah explain tu, pergh, rasa bodoh sangat. Haha! Memang tenaga aku habis macam tu je. Bila kau bergelut dengan lumpur dan selut, penat dia lain macam. Sebab bila kau jatuh, struggle nak bangun balik tu pun dah banyak makan tenaga. Campur pulak the trip was full of laughters sebab Boy tak perabih nak bahan aku. 

Lepas tu dia tanya..

"Kita keluar dari sini, kita panjat Bukit Batu Chondong pulak.
Nak tak?"

Nak tak nak, aku pun setuju je lah. Sebab dia pun datang dari jauh and sanggup layan gian aku nak memanjat. Since energy aku pun dah suam suam kuku, maka proses pendakian pun agak lembab la jugak. Nyamuk dia banyak okay?! Aku paling kesian dekat Boy la sebab dia tunggu aku. Banyak dah nyamuk gigit dia.

Jalan nak ke puncak, hanya menggunakan tali. HANYA TALI. Aku ni gayat orangnya. Tambah pula aku pergi dengan dia berdua sahaja, dia dah naik dulu. Tak ada siapa nak guide aku dari bawah. I did try, aku jatuh. Bergesel dagu aku dengan batu tu. Boy pujuk aku banyak kali suruh naik, tapi aku tak boleh sebab sebelah tu dah gaung. Aku sedih jugak sebenarnya. Aku tak ada keyakinan diri and aku terkilan sebab Boy dapat naik puncak sorang je. 

Tak apa lah. Aku layan view dekat puncak sini je la. Aku nekad akan repeat lagi.
Seperti biasa, untuk setiap puncak yang aku gagal tawan, aku akan ulang semula.
InsyaAllah!

Macam biasa juga, ini video untuk sums up everything!

Please expect more stories about my outdoor adventures. Ini pun aku dah compress 3 cerita dalam satu entry. Haha. Never thought writing a blog would be this hard. Phew. Emosi kena stabil jugak sebenarnya. 
See ya!
AisyaAzman

Monday, February 20, 2017

Hello Outdoor Adventures! : Bukit Gasing, Bukit Nanas, Bukit Panorama

Elo!

Seperti yang di janjikan, aku akan update semua activities yang aku jalankan sepanjang kehilangan aku dari dunia blogging. Haha.

Well, actually i don't know where to start but trust me, i will write about it according to the dates so you guys won't missed out on anything! Kalau boleh nak heret korang sekali through out my not-so-fabulous journey.

Aku kena bagitau awal awal, my life is no longer about glitz and glam, makeups, fashion, shopping and all. Kemungkinan besar aku akan lupa most of the important stuffs like the time and unfortunate events that happened and please don't expect good photos with good editings, i suck, big time!

Like i said, i will surprise you guys with heaps of stories and adventures!

So let's begin!

01.10.16 : Bukit Gasing

It all started when i contacted my long lost close friend. We set for a meetup when she started talking about her life and adventures. Tiba tiba aku sedar, i have been fully devoted to my office desk, sehinggakan aku lupa untuk hidup. Kerja. Kerja dan seterusnya kerja. Ever since high school, aku sangat active join aktiviti dalam hutan, belajar cara untuk survive dalam hutan, campings, hikings and even jungle tracking. Somehow, aku lupa, the girl that i used to be. Gadis lasak yang bikin mak abah geleng kepala. Bila kawan ajak, aku terus setuju. Entah kenapa. Mungkin that little girl inside of me wanted to come out after so long. So there i was, Bukit Gasing.

Sebenarnya aku tak ada rancangan untuk hiking pun. Cuma sebelum tu, aku banyak jogging keliling tasik berhampiran rumah. I tell you, bila kau dah lama duduk atas office depan PC, tiba tiba kau nak resume balik untuk hidup secara aktif dan berpeluh semula, is not easy! Berminggu aku tidur bertemankan minyak panas, heat patch, rendam kaki dalam ais. Tambah pula dengan berat badan aku (at that time. Ehem!), i felt like it is almost impossible. I almost give up. Tapi bila terfikir balik all the hardships that i went through, it was way harder than anything else, that's when i run. I don't stop. I love to run but i suck at it. You can't simply run without learning how to land on your foot the correct way, pemilihan kasut pun penting.

Okay, aku fikir aku dah cukup fit untuk join kawan aku hiking, so aku pun join.


Tada! 

Bukit Gasing ni sebesar 100 hektar yang memisahkan bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Disebabkan bukit ni betul betul tengah bandar, maka ramailah manusia yang datang untuk bersenam, mengeluarkan peluh dan beriadah. Ada juga yang bawak anak anak. Seronok bila tengok. There are a number of hiking trails within the park to suit all levels of energy and fitness. Kalau nak pergi, seeloknya bawa mereka yang dah biasa dengan trail di situ sebab ramai yang sesat sebab banyak sangat trail. 


Sebenarnya kena mula awal pagi, tapi disebabkan ini kali pertama aku di sini, aku sesat dan kawan kawan kena tunggu lama. Disebabkan kelewatan aku, track dah mula ramai dengan pengunjung dan suasana  dingin pagi semakin hilang. 


Gemok!

Well, my first trip to Bukit Gasing, FAILED! Tak sampai setengah jam perjalanan, aku bagitau kawan, aku betul betul tak boleh. My heart beats so fast, my head is spinning. That's when i realize how important breakfast is. Pengetahuan aku masa tu, terlalu sedikit. Kau tengok la kasut yang aku pakai. Senang cerita serba serbi tak betul. Kasut jogging pun ada pelbagai jenis. Outdoor or indoor punya running shoes? Mana boleh main tibai. Lagi lagi untuk trail dalam hutan. Berkali jugak aku tergelincir. Well, i will bebel about that later. Aku akan buat satu post khas mengenai keselamatan dalam hutan and what to wear. Baru la aku sedar, aku ni tak fit mana pun. Teruk! To make things worst, aku dah menyusahkan kawan kawan and trip diorang tergendala sebab aku. I feel bad. Oh so bad. Ever since then, aku nekad untuk lebih bersedia dan nekad untuk repeat lagi sampai ke puncak!


08.10.16 : Bukit Nanas

Di sebabkan aku rasa bersalah pada kawan kawan, aku ajak ke Bukit Nanas minggu seterusnya. Kawan kawan ni pernah naik Gunung Kerinchi yang terletak di Indonesia, apalah sangat naik Bukit Nanas ni kan? Tapi tak apalah, aku bawak je. Since ini pun first time aku, sama sama lah kita explore.


Tak silap aku, ada dua pintu masuk. Aku tunggu diorang di sini. Bila aku call, diorang rupanya berada di pintu masuk bawah, aku pun confuse mana satu official entrance nya. Satu di hadapan sekolah Convent, satu lagi betul betul di hadapan KL Tower. Ada pintu gerbang seperti dalam gambar ni. 


Bila diorang mula tanya jalan, aku pun confuse. Di sebabkan kurangnya persediaan. Seperti yang aku katakan tadi. Yang kami jumpa hanya jalan tar menuju ke canopy walk, dan turun semula melalui jalan yang sama. Hampeh. Walaupun jalan tar, aku pancit jugak masa tu. Teruk betul. 

 
Akak akak Gunung Kerinchi ni tak sempat berpeluh pun. Tapi peluh aku, bukan main mencurah macam Niagra Falls.


Kau tengok la si tebal sebelah kanan tu. Aku sedih betul tengok diri aku sendiri. Masa ni pun aku gunakan kasut yang sama. Banyak kali tergelincir. Kalau tergelincir sahaja tak apa, ni melatah sampai mak orang pun kena. Haha!


12.10.16 & 13.10.16 : Bukit Panorama

Well for this trip, agak memeranjatkan sebenarnya tapi aku excited sebab dapat jalan jalan sekali. Hihi. Dalam pukul 12 lebih, kawan ambil depan rumah. Aku join pun sebab kebetulan dia ada kerja dekat situ. Dia pun jenis lincah. Lepas hiking, terus masuk kerja. Aku pun on je la. Dia pun tak tau tahap lembab aku macam mana. Haha. Sebelum pergi tu aku dah standby kasut hiking siap siap. Masa tu pun Sports Direct ada sale untuk barang barang hiking, rezeki aku dapat rembat kasut hiking jenama Gelert for only RM99. Harga asal i think almost RM200. Boleh lah for a beginner like me. Nanti dah tahap professional baru boleh up kasut lagi padu. Ye dak? Hari pertama, banyak lepak hotel sebab hujan. Malam tu pukul 8, dia ajak makan dekat Lilawadi. First time aku makan situ.


The mango cheesecake is so delicious! Makanan lain semua
dah masuk perut. Like i said, when it comes to tangkap gambar, i suck. Big time.


Cadangannya malam tu nak lepak Teluk Chempedak. Rindu pulak suasana dekat situ. Dulu belajar dekat Kuantan, selalu jugak lepak Teluk Chempedak. Malam malam suasana situ agak riuh. Macam macam aktiviti ada. Tapi hujan. Duduk lepak dalam bilik je la.

Keesokan pagi, seawal jam 4, aku dah siap siap pack barang, mandi, pakai kasut dan sebagainya. Pukul 5pagi dah keluar hotel. Perjalanan nak ke Sungai Lembing dari Kuantan pun memakan masa yang lama. By the time kami sampai, suasana dah tak berapa gelap and almost 7am. Ya Allah, dia tak bagitahu aku yang trailnya semua tangga semata mata. It was my first time and ini yang paling tinggi aku panjat buat masa tu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Nasib baik dia penyabar orangnya. Dia tak paksa. Malah bagi sokongan and kata kata semangat. Bila aku berhenti, dia cakap

"Cuba tengok belakang"

Allahuakhbar. Kabus tebal. Aku dah mula sebak sebak sebab terlalu cantik pandangan. Terus aku lebih bersemangat untuk sampai ke puncak.


Awan carpet! Alhamdulillah! My first view and my first awan carpet!
Mission accomplished!


Muka puas dapat enjoy view yang sangat cantik! Aku malas la nak cerita journey aku
menuruni bukit pulak. Lutut aku boleh tercabut bergolek turun sampai kereta. Hahaha!


That's all for now. I wish i can provide more information about these 3 trips, tapi banyak yang aku lupa. All i can say is, hiking will always be the last option for almost everyone lagi lagi perempuan. Mungkin aku dilahirkan untuk aktiviti lasak agaknya. Haha. More stories coming your way! Kalau ada apa apa pertanyaan, boleh tanya. Phew! Never thought writing entries would be this tiring. Well, till the next post!


P/S : Keep an eye on the dates, okay? Aku hiking hampir setiap hari. Haha. Most of my posts lepas ni, memang pasal hiking. 


Banyak lagi nak ditulis,
Aisya








Sunday, February 5, 2017

Me & My New Adventures!

Elo!

I hope it is not too late to say Happy New Year Guys! Hahahaha.

Ya ampun, dah masuk bulan February baru kau reti nak update blog and wish New Year kan? Confirm confirm ramai followers aku yang merajuk, kan? Haha. Kejap kejap, sebelum merajuk, meh aku update sekejap. Based on my previous entry, here , i did mention that aku tengah stress. Malah a bit depressed. Aku tak nak cerita panjang berkenaan itu sebab aku ank blog aku ni best best je entry-nya. Biasa la dalam kehidupan ni, ada jatuh bangun kita, kan?

Tiket untuk mendapat yang lebih baik, adalah ujian. Dengan itu, aku redha and pasrah dengan apa sahaja dugaan yang Allah bagi. Korang mesti nak tahu apa yang aku buat selama aku menyepi ni, kan?

Percayalah, terlalu banyak yang aku buat. Haha. Tak sabar rasanya nak update kesemua cerita cerita menarik aku (menarik ke?) Aku rasa this blog is gonna change soon. Sebelum ni aku selalu update pasal makeup stuffs la, makeup hacks la kan? Well, i'm gonna surprise you guys with something awesome. Well at least for me. 

Kalau boleh aku nak update setiap satu cerita tapi aku rasa semua posts memang dah long overdue. Berdasarkan gambar pertama yang aku documented, tarikhnya 16 october 2016. Bayangkan macam mana aku nak update blog ni, daripada October tahun lepas sampai current date? Haha. Matilanak.

So i will update my blog and you guys probably 3 cerita dalam satu entry. Probably more. Just bare with me okay? Banyak gambar nak kena edit dulu ni. Harap bersabar :)

Minta maaf banyak banyak kalau dah lama sangat menyepi. I know i lost a lot of followers but for those who stayed, i can't thank you guys enough.

Untuk masa masa down macam ni, i aku betul betul perlukan sokongan dari sesiapa who cares. Friends, family and most importantly, myself. I have to be strong. No matter what. 

Expect more new entries from me,
AisyaAzman

Saturday, October 8, 2016

Resuming My Active Lifestyle.

Elo!

Buappetuw? Haha habis la blog ni kalau 'Dak dak WeChat' dah dominate. Aku tak tau bahasa apa yang aku baca. Anyway, i hope everyone is enjoying their weekend so far. In my case, everyday is a weekend for me. Why? Nah, i'm just gonna skip that. Tak nak burukkan mana mana pihak. Aku anggap ini sebagai dugaan Allah.

Well, since 19 September, wah specific, aku dah mula aktif. Why am i being so active so sudden sedangkan selama ni bukan main passive aku ni kan? Aku ni sebenarnya, tengah stress. Haha. Straight forward je la kan, senang. Dah berbulan bulan aku stress and apa yang aku buat untuk handle stress aku, tak membantu pun sebenarnya. Shopping? Aku rasa hanya akan tambah stress bila hujung bulan aku kurang berduit. So aku mula jogging setiap hari, setiap petang. Banyak kelebihan rupanya. Hampir setiap hari aku bawa gym bag berisi baju, lepas asar atau hampir pukul 5:30pm, aku dah tukar baju siap siap dekat office. Kenapa? Sebab nanti dah balik, aku jadi malas, even if tak malas pun, jalan raya sesak. Pernah sekali aku lambat, tak sempat buat apa apa, dah maghrib. Maka aku sental la treadmill dekat rumah. 

Aku tak suka sangat indoors. Rasa sumbat and kurang fresh air. That's why aku pilih outdoors, this time, my go to place, adalah tepi tasik. Sejuk, bawah pokok and hampir setiap orang yang ada situ aku kenal. Familiar faces everyday. Kadang kadang bila tengah lari, dia datang dari depan, bertukar senyuman gitu. Yes, i love that kind of environment. Pada aku kalau indoors, kau cuma akan lebih stress and too focus on your workout. Dekat luar, sangat sangat berbeza sebab you dapat tengok gelagat orang at the same time, you get to learn how to run just by observing, the nature, dapat tengok kura kura.

When i was in high school, i have always been an active teenager. Dekat Sekolah, siapa tak kenal. Samaada aku terkenal sebab dah pergi try-outs lompat jauh tapi tak datang atau terkenal sebab selalu tak ada dalam kelas. Bukan ponteng okay, aku join kawad kaki, perlawanan bola tampar, badminton, dan bola baling. Aku memang suka pergi training because you get to play. Haha. Kalau tak buat semua tu, aku akan join camping during weekends. Mak abah memang rajin hantar plus the club that i joined, memang rajin buat camping semua. Dulu aku join Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Well it kinda help a lot sebab kau akan lebih berhati hati and alert dengan keadaan sekeliling. I still remember one of the camps yang aku pergi, petang tu, semua facilitator hilang. Kitorang cari, rupanya masing masing berlakon konon cedera dalam hutan. Hebat. Hebat. Terpekik pekik mintak tolong. As a bonus, lepas habis sekolah, aku dapat masuk PLKN. Wah it is one of the greatest blessings in my life. Haha. Kalau ada orang kata kau terpilih PLKN sebab tak aktif, tipu. Itu rezeki. Haha. Tapi bala bagi orang yang tak suka activities. Kitorang masuk hutan, tidur dalam hutan, angkat beg berat gila, plus ada bom bom kapur jurulatih campak, panjat bukit, tembus dekat ladang kelapa sawit. It was the best moment ever!

Sampai la hidup ni memaksa kita untuk dewasa. Lepas SPM aku dah mula stress dengan assignment kolej and start to think about who i want to be. Aku nak kerja apa, apa career aku. Bila dah mula kerja, harapan la aku nak aktif balik. Aku ni jenis suka focus one thing at a time. Aku tak suka focus banyak banyak. I focus on what that matters, which is, my career. Setengah orang memang bijak bahagi masa, in my case, lepas balik kerja, aku berenang di atas katil. Heaven!

Lately ni aku sedar, i can't sit and do nothing anymore. I have to do something. Sebab aku rindu semua tu. The fact that i don't have any friends to do that anymore, aku jadi tersumbat. Terlalu banyak yang aku nak buat tapi tak dapat. Bila pendam lama lama, boleh gila jugak. Serupa dengan kau paksa monyet, untuk tidak memanjat pokok. Monyet tu mesti macam lari 'allignment' sikit kan? Ha begitulah aku. Tapi aku bukan monyet. Haha.

I think itu sahaja rant aku untuk entry kali ni. 

Tak sabar sebenarnya nak update pasal cerita cerita baru!

Yang tak nak pasif,
AisyaAzman


Tuesday, September 27, 2016

Writer's Block

Elo!

Wah wah. Hari ni bangun pagi, suhu tak seperti biasa. Panas. Tapi tak apa, bersyukur jua diberi peluang untuk hidup hari ini. Hihi. Sorry sebab tak update sederas dulu. Receieved a comment from a reader the other day, bila dia mention the word writer's block, baru teringat nak pakai. Haha. Oh yes. Hampir setiap manusia yang suka menulis, akan mengalami perkara ni. The condition of being unable to think of what to write or how to proceed with writing. 

*Kenapa tiba-tiba ayat jadi skema?*

Sebenarnya i've been busy running. I think that is my favorite thing to do after reading and writing and eating . I mean, let's face it, dunia zaman sekarang ni, kau tak boleh tidur selagi kau tak scroll feed or timeline, kan? Lagi banyak social media kau ada, lagi banyak story kau nak follow, lagi busy body la dikau, lagi kurang la tidur. Jangan tak mengaku. Haha. Nasib baik aku bukan jenis 'kena-ada-internet-all-the-time'. Kalau tak ada pun tak apa. Honestly kalau aku buat sebulan pun, basically sebab aku nak berlarian petang nanti, nak pakai GPS and nak track berapa km aku dah lari. I have to admit, aku ni kurang bersenam. But lately, bila aku dah mula disiplinkan diri tak makan nasi and pergi berlari, somehow badan aku dah register pergerakan tu. Sakit sakit tu standard la. Dulu aku pernah mengaku, aku lagi rela penat dari rasa sakit, but now, aku rasa sakit tu 'sedap' hahaha. Entah. I keep wanting more. Aku jaga sleeping pattern aku slowly. Makan tepat pada waktu. Alhamdulillah, i manage to rebuild my stamina. Somehow aku rasa kita jaga badan ni bukan nak kurus sangat pun, pada aku itu salah satu cara untuk kita bersyukur and jaga amanah yang Allah dah bagi. Amanah ni bukan zuriat sahaja, tapi semua yang Allah dah kurniakan. Ingat bumi ni bukan amanah kita ke? Ingat korang buang sampah rata rata macam orang tak bertamadun tu apa? Eh tetiba emo.

I honestly tak boleh tolerate dengan spesis manusia yang buang sampah rata rata. Aku perhatikan je masa sambut kemerdekaan. Lepas sambutan tu, bersepah sampah. You know, this country, is your home. Despite the crisis and all, this country, is my beloved home. Aku sayang Malaysia. Dah la banyak makanan, dapat kawan berjenis jenis. Seriously. Kenapa tetiba patriotik ni?! Cuma aku tak menahan, itu tempat rekreasi, track tu basically orang berlari, ada yang tolak stroller, ada yang naik basikal, ya aku faham, itu bukan tempat aku sorang. But you get the point. It's a place where people wanna be HEALTHY. Faham? Apa kau rasa bila kau tengah sedap dapat tune ni, tetiba orang depan jalan and block kau sesambil hisap rokok? Aku tengah beria control nafas, tetiba tersedut asap rokok. Only in Malaysia, guys. Lack of common sense. Kalau kau dah kemaruk sangat sampai tahap tak-merokok-boleh-boleh-buat-kau-menggelupur-macam-ikan-naik-darat, please do it somewhere else la. Merokok dalam kereta ke, biar kau lemas sorang sorang. Jangan lemaskan orang lain.

Since i've started running, i've never felt so good in my life. Haha. Nampak sangat kan? Sebenarnya dari dulu aku suka berlari tapi disebabkan dulu aku ada asthma, aku jadi takut. Sebab pernah kaki tangan semua sejuk sebab sesak nafas. Not to say sekarang aku tak ada, tapi dah kurang. Alhamdulillah. I've found my new healthier and fun hobby. Bukan duduk melepap gitu. Lagipun aku tak tahan mak abah jadi terlalu concern about my weight. Mak abah ni, biasalah, kalau kita kata terlalu concern, mustahil la tidak beserta dengan bebelan, betul? Somehow i manage to turn it the other way round and jadikan itu sebagai semangat untuk aku lari setiap petang.

Yes. Setiap hari, setiap petang. Kalau aku penat sangat balik kerja, tak sempat lari petang, aku lari dekat treadmill sambil tengok TV. Cerita abang Bomba pun Bomba la. Sumpah aku tak minat. At least something to distract me from the pain and all those sweats on my face. Biar aku leka sampai tak sedar aku tengah menyeksa lemak lemak dalam badan sebenarnya. Haha.

Pada mulanya rasa nak menangis sebab "Apahal la kau ni gebab sangat sampai nak lari pun tak boleh" aku cakap dekat diri aku sendiri. Biasanya kalau badan naik, orang akan perasan. Tapi aku tak. Nampak sangat aku tak jaga. Aku selalu fikir, tak apa la gemuk pun, janji sihat. Bila dah mula berlari, oh i am so not healthy. Betul la orang cakap, 'determination is key'. Kalau sepuluh ribu orang keep on cheering and bagi kata semangat, kalau kau sendiri tak gerak, tak menjadi jua. I've paid the gym more than i should back then, tak menjadi jua. Tokey makin kaya, kau makin gemuk. Ah tak payah. I am not saying that you can't go, it is your money anyway, but without discipline and determination, well, you know what you will end up with. That's all.

I start to change my mind set, aku mula bergaul dengan orang yang lebih positif, make a group of new friends yang sumpah kelakar nak mampus tapi tak pernah jumpa. Boleh? Itu aku akan cerita kemudian. We will set a meet up soon and terus tengok semangat teamwork masing masing. Echeh. The reason why i keep running is because i wanna do something in my life. Aku tak nak duit, aku nak kepuasan dalam diri. I wanna be happy with what i choose to do. Aku tak suka orang bagitau aku apa nak buat. I have always been like that. Pernah sekali mak tinggikan suara tiba tiba

"Aisya, do something fun! Go out and enjoy your life!"

Aku jadi sebak tak semena mena. Since then aku nekad, i have to do something. Aku tak kejar duniawi semata mata. I have to give myself a pat at the back, for that. Sebab aku yakin, life is more than that. 

I can't wait to update my blog for new adventures. This month is full of activities. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Sesungguhnya kita hanya merancang dan usaha. Stay tune, bloggers!



Reborn,
AisyaAzman


P/s : Well, nampaknya aku tak mengalami writer's block hahaha.



Friday, September 23, 2016

Meninggalkan dunia blogging?!

Elo,

Lama dah tak menulis kan? Tak ada apa yang menarik selain daripada keserabutan dek masalah yang tak pernah kurang. Tapi tak apa, itukan semua dugaan Allah. Takkan kita nak cakap tak payah pulak, kan? Disebabkan nak selesaikan masalah itu lah aku jarang update blog. Nak selesaikan satu persatu baru boleh fikir hal yang lain. Nak enjoy ke, nak bercuti ke, semua aku letak ketepi dulu. Kalau dah desperate sangat nak tenangkan kepala, probably aku akan travel dekat dekat je dulu. InsyaAllah,

Sebenarnya ada jugak beberapa kali terfikir nak tinggalkan dunia blogging tapi sayang sangat, sebab aku dah mula blogging dari zaman sekolah lagi. Siapa yang pernah follow blog dulu dulu, tahu la hahaha. Hari ni sebenarnya nak update post pasal keputusan untuk quit dunia blogging, nampak gayanya macam tak jadi sebab makin ramai pulak nak masuk bloglist. Boleh tahan juga jumlah peserta. Nanti aku quit dunia blogging takut kena serang dengan uolls. (Tapi korang tak tau aku duduk mana kan? Hihi)

#SisTerharu

Honestly aku tak pergi blog sorang sorang untuk umumkan pasal bloglist ni, aku tulis entry and tepek je dekat blog sebab nak jalan jalan ke blog orang, aku seriously tak ada masa. Tapi mungkin disebabkan posting korang, maka bertambahlah orang yang sudi nak join. Suka! Sumpah! Terima Kasih banyak banyak. Aku rasa kali ni ramai pulak peserta lelaki. Segan jadinya. Rasanya macam nak bagi dua hadiah giveaway. Untuk lelaki dan perempuan. Cuma aku tak tahu nak bagi apa. 

Nak bagi apa ni wey?! Hahahah

Kalau perempuan tu, aku tau la nak bagi apa. Yang lelaki ni, nak bagi apa? Ada cadangan? Walaupun aku ada adik lelaki, aku tahu identity dia macam mana. Aku belikan je figurines batman ke, Marvel ke, sweater pull & bear ke, mainan apa apa ke. Yang uolls ni macam mana? Kang aku beli baju, tak muat saiz. Nanti bagi lighter lawa-lawa, aku support merokok pulak. Haha. Aku ada la google jugak untuk cari idea. Ada juga yang menarik perhatian aku. Sesilap aku beli untuk diri sendiri je. Jangan terkejut sebab kebanyakkan taste aku macam lelaki and i love toys. I really really love toys & action figures & legos & star wars & DC & Marvel & ok cukup. Kasut pun sama. Aku lebih suka pattern lelaki dari perempuan sebab pattern perempuan macam gedik sangat. Muka aku pun macam laki aku rasa. Aku ni sebab pakai tudung je. Kalau tak pakai tudung confirm ada terlepas panggil aku 'bro' hahaha.

Ingin diingatkan sekali lagi, pemilihan pemenang untuk giveaway birthday adalah yang tersenarai dalam bloglist SAHAJA. Pemenang akan dipilih secara rawak, tak kira hensem ke, lawa ke, famous ke, sendu ke, bujang ke, kahwin ke. Gitu. 

Tarikh penutupan ada diletak dalam entri sebelum ni. Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut, tidak di layan. Senarai bloglist boleh di lihat di sini. Hari tu ada yang tanya

"Kenapa nama tak masuk list"

Awak, sabar ya awak. Saya sibuk Hihi. Tapi jangan risau, bloglist sudah pun di update dan banyak juga peserta baru. Persaingan semakin sengit dan hangit hahaha. Konon. Bagi yang nak masuk bloglist, masih belum terlambat. Ada 25 hari lagi. Nak masukkan nama 5 minit sebelum pukul 12am pun tak apa. Ikut suka. Yang penting, click sini untuk tahu lebih lanjut.

Akhir kata..

Aku dah mengantuk.



Lama lagi ke nak balik?!,
AisyaAzman





* Hari tu ada salah seorang peserta pergi tepek balik link blog aku instead of link blog dia. Terkekek aku gelak dekat office. Jangan la seksa sis. Susah tau nak tahan gelak dalam opis. Minta tolong baca syarat penyertaan dengan sekali lafaz tenang dan damai. Nak buat yoga dulu ke apa pun boleh. Haha. 



Friday, September 2, 2016

Thank you! [Short Post]

Elo,

Sebenarnya i had been very busy this few days. Sempat buat entry Pencarian Bloglist je tapi tak sempat nak pergi ke blog masing masing dan umumkan. But thanks to those who joined! I will definitely update my bloglist from time to time. Kalau nak tau di mana letaknya blog kalian yang sudah join, boleh pergi ke tab di atas.



I guess that's all for now. Tunggu la nanti bila aku dah tak busy. Banyak sangat idea nak buat entry tapi tak ada masa. Just sit back, relax and baca je la balik previous postings yang aku ada buat. Mana la tau ada terselit information atau tips yang kalian tak pernah tau. Kan? Ketahuilah, bahawasanya, aku cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari buat entry tak berfaedah. Haha.

Kalau dalam sehari ada 48 jam kan bagus,
AisyaAzman