Elo!
I hope everyone is doing fine. Kalau blog ni boleh berdebu, confirm blog aku dah warna kelabu instead of warna putih. Ahaks.
Hari tu aku cerita pasal konvokesyen aku, kali ni nak cerita pasal konvokesyen adik pulak. Wohoo! Alhamdulillah, she is finally a graduate. Teruk jugak dia struggle masa belajar dulu. Walaupun masa tu aku jauh, tapi aku tau, she did try her very best.
Since aku duduk hotel untuk konvokesyen tempoh hari, kali ni aku dengan mak dah rancang untuk duduk hotel lagi sekali as a treat for my sister. Macam biasa, kitorang ambik deal paling murah melalui booking.com. Walaupun dekat Cyberjaya sahaja, but the deal was quite cheap. Untuk dua malam cuma RM200+ sahaja tanpa breakfast. Sengaja tak nak ambik breakfast sebab mak aku cakap nanti semua bangun lambat. Buat rugi. Mak aku suruh pilih mana mana hotel yang penting bukan Pullman lagi. Walaupun hotel tu 5 bintang, tapi service and condition of the room tak berapa nak best compared to this one. Yang ni aku tak pasti berapa bintang tapi aku suka sebab bilik dia besar. Executive suite la katakan. Kami ambik dua bilik. Rancang untuk check in pada 27hb. Aku dah mintak cuti hari Jumaat 27hb tu. Nak dijadikan cerita, hari Khamis petang tu tiba tiba bos cakap semua kena stay back sebab ada job urgent. Nah ambik kau, balik pukul 1:30am. Kau rasa?! Tapi nasib baik esoknya aku cuti, aku redha je la.
Aku balik tu, tenaga aku cukup cukup untuk mandi & bersihkan diri je. Esoknya aku bangun awal pagi, baru aku kemas bag untuk pergi hotel tengah hari tu. Mak, abah dengan adik pun faham agaknya kondisi aku. Lagipun hari Jumaat tu adik ada raptai. Aku redha je la walaupun mengantuk. Setibanya dekat Putrajaya, turunkan adik dekat PICC, aku dengan mak abah mulakan misi cari hotel. Hotel tu cuma 8 minit daripada PICC. Aku sengaja ambik hotel tu sebab we learned our lesson. Hotel kali ni dekat dengan tempat makan, station minyak dan banyak lagi. Lagipun kitorang tak ambik breakfast dekat hotel, so makan je la apa yang ada around there. Since kali ni kitorang spend 2 malam, ada la masa nak jalan jalan and rehat habis habisan.
Inilah hotel yang menjadi pilihan kali ni
Tahniah sebab terpilih!
*tiba tiba*
Surprisingly, urusan check-in teramat cepat dan senang. Masa aku tiba dekat lobby, lobby dia selesa and besar. Siap ada surat khabar and few magazines. Hari tu, surat khabar pun tak ada. Aku pergi ke kaunter, dia mintak kad pengenalan. Dia keluarkan satu kertas yang tertulis booking.com. Senarai dia agak panjang, tapi tempoh penantian tu sangat sekejap, okay? Aku terus jadi gumbira sebab aku tak sabar nak naik ke bilik nak hybernate. Penat semalam tak habis lagi wey.
Saat masuk ke kamar. Berdebar. Mana tau ada suami seketul atas katil tu. Eh?!
Haha! Okay, this is quite big.
Haha! Okay, this is quite big.
Wah, ada sofa. Tapi aku dapat rasa, katil jua yang akan di lenjan. Sofa tu jadi tempat
sidai tuala je. Haha!
Ada la jugak meja makan kecik dekat sini. Tapi macam biasa, katil jua menjadi pilihan.
Kawasan pantry sebelum dipenuhi dengan maggi dan snack sampingan.
Keadaan katil sebelum dijadikan macam rumah sendiri.
Everything looks fine. Since bilik dia besar, siap ada dua aircond satu bilik. Satu depan sofa tadi, satu depan katil ni ha. Jom tengok tandas mana tau ada aircond seketul. Haha
Tandas dia kecik je. But its okay. Aku bukan nak tidur dalam tandas pun. Yang penting bersih. Unlike Pullman hari tu, floor trap pun tersumbat. Choi.
Terimalah duckface aku. Haha.
Sementara tunggu adik habis raptai, of course la aku tidur macam beruang yang comel. Puas wey. Aku bukak air cond sejuk habis. Sampai mak abah aku call suruh siap nak ambik adik dekat PICC baru aku bangun. Ambik je adik dari PICC, dia dah bising bising sebab dia cakap, last minute diorang umumkan parents tak boleh masuk. Dah la pada awalnya yang boleh masuk dua orang je. Yang aku ni? Campak dekat luar. Adik aku menangis sebab dia sedih terkenangkan parents yang datang dari jauh nak tengok anak dapat anugerah. Dia cakap FB kolej dia penuh student maki sebab yuran konvo sahaja dah RM200+. Maklumlah, tak semua orang yang berada. Ada je keluarga yang susah. Malam tu, baru ada announcement dekat FB cakap parents boleh masuk dewan pulak. Aku rasa sebab dah ramai student complaint and mintak duit balik.
Esoknya hari sabtu, memang kitorang free sehari suntuk. Tak pergi mana mana pun. Duduk dendiam je dalam bilik and guling guling. Haha. Cuma petang tu je kitorang keluar makan dekat Old Town. Tak sampai 10minit daripada hotel. Mungkin bilik tu sejuk agaknya, kitorang asek lapar je. Makan dekat Old Town masa tu pun boleh tahan.
Sementara tunggu makanan. Itu la adik jendul ku. Manja dia lain macam sikit.
Lepas makan, balik hotel balik. Guling guling balik. Haha. Malas nak berjalan pun. Duduk lepak je. Esoknya nak pergi konvokesyen dan confirm confirm sehari suntuk. Konvokesyen adik sidang petang, so aku dah dapat bajet, parking confirm problem sebab saing dengan sidang pagi tu. Adik cadang kitorang keluar awal dalam pukul 9 check out sekali. Nasib baik kitorang tak ambik breakfast. Kalau ambik breakfast buat rugi je.
Esoknya, kitorang makan dekat Old Town lagi. Makan macam biasa, penuh meja. Tak makan 10 hari kononnya.
Nah gambar dengan my dearest papa :*
Sampai PICC, macam biasa, aku kena duduk luar dewan. Parents aku je yang masuk. Aku duduk cafe bertemankan handphone, iPad dan internet. Nak di jadikan cerita, internet masa tu memang menyakitkan hati. Puas aku pindah tempat, internet tetap sama. Duduk je la aku dekat situ baca buku & main game. Dalam beberapa jam tu, bapak aku call. Dia kata dia nak keluar pulak sebab bosan.
Finally, aku dapat masuk dewan! Oh macam ni rupanya konvokesyen kolej uolls.
Finally, tiba masa adik aku untuk ambik scroll. Aku menangis tak ingat punya. Haha. Kalau uolls nak tau, aku ni agak sensitif bila masuk bab keluarga and adik adik aku. Aku rasa macam, baru je semalam dia habis sekolah menengah. Aku ingat lagi dulu setiap tahun, naik lenguh tangan aku tuliskan nama dekat buku latihan and buku teks adik-adik aku. Balut buku pun aku. I kinda miss that. Finally, tiba masa untuk pelajar terakhir..
Masa ucapan terakhir daripada Dekan tu, dia minta pengajar pusing belakang menghadap para graduan, aku macam, eh pahal? Lepas tu dia kata..
"Seterusnya pelajar yang terakhir, Allahyarham Muhammad... (nama aku tak ingat)
Yang telah meninggal dunia ketika semester akhir. Beliau dianugerahkan
sijil Diploma. Dijemput kakak beliau untuk naik ke pentas untuk mengambil sijil"
Macam biasa, hati aku ni hati tisu. Cepat benar menangis.
"Di minta para graduan memberi tunduk hormat kepada pensyarah yang
telah mengajar kalian sehingga berjaya"
Lepas tunduk tu, tak kurang juga yang melambai lambai dekat lecturer. Ye la kan, mana tau lepas ni dah tak jumpa lagi. Masa tu aku dah sebak gila. Tiba tiba dia cakap lagi..
"Di minta para graduan untuk pusing kebelakang menghadap para ibu bapa dan
berikan tunduk hormat kepada para ibu bapa yang telah menyokong kalian
sehingga kini"
Masa tu aku dah tak dapat tahan air mata. Aku menangis. Peduli apa aku, mata aku. Haha! Aku tengok kiri kanan, ramai parents lambai lambai dekat anak, bahagia betul suasana. Penuh kegembiraan. Aku rasa macam.. ni majlis konvokesyen ke apa ni wey? Sedihhhh~
Kenapa kau membesar cepat sangat, dik? :'(
Dia sedih sebenarnya sebab tak dapat anugerah ketua executive & anugerah pelajar cemerlang. Tapi sudah sudah la tu dik. Kau dapat anugerah dekan setiap semester kot. Setiap semester dapat 4flat. Dia cuma fail masa semester pertama je sebab dia kata masa tu dia blur blur ayam lagi. Haha. Kes dia sama macam aku la. Tapi apa pun, kitorang bersyukur and happy sebab we both know we did try our best to make our parents proud and deep down inside, i know mak abah IS happy :')
This is my favorite photo. Semua nampak happy. My brother is missing tho.
Dia sibuk dengan Final Year Project dia. FYI, aku tak edit gambar pecah gini.
Ini semua kerja si jendul depan tu. Pakai iPhone je lebih.
Aku berjendul tapi tak over macam dia,
AisyaAzman