Wednesday, April 27, 2016

Mini Trip To Ipoh 2016 : Food and Activities

Elo!

Seperti yang dijanjikan, berikut ialah sambungan post bagi trip kami berdua ke Ipoh. Satu malam je kot. Jadi masa kami agak terbatas dan banyak aktiviti yang tak dapat kami jalankan mengikut itinerary. Aku ni jenis manusia yang suka plan. Teramat suka kalau semuanya tersusun mengikut jadual. Walaupun aku tau, memang takkan dapat ikut, at least the effort is there.

Lepas letak bag dan memalaskan diri dalam bilik, we decide untuk keluar cari makan. Lapar nok. Mentang mentanglah Ipoh Parade tu connected dengan hotel, aku memang dapat rasa kadar lapar aku akan lebih dari luar biasa. Maka berangkatlah kami ke Ipoh Parade. Masuk masuk je Anne nampak Sushi King. Terus dia nak. Aku cakap, ye lah, dekat KL rasa Sushi King dia lain dengan Ipoh gamaknya. Terus dia senyap. Haha. Aku rasa dalam setahun, hampir setiap bulan aku makan Sushi King.  Haruslah tak nak.

Tengok Itinerary, Karat Cafe is the nearest, within 4 minutes dah sampai. Tapi lama jugak kitorang berpusing sebab tak ada signboard. Yang aku nampak cuma signboard Thumb's Cafe, Cafe sebelah Karat Cafe tu. Bengang jugak sebenarnya. Nasib baik lawa tempatnya.

Ala-ala kampung, uolls. I like.

 Ni kalau aku letak nenek aku seketul situ, dah sah sah aku rasa macam
makan dekat rumah dia. Eh?

Meh aku belanja sikit gambar sekitar kawasan dalam cafe yang menarik perhatian aku.











Ini pilihan aku, seperti yang dicadangan oleh waitress, Salmon with White Sauce 
berharga RM18. Besar ni? Okay *Menangis tepi tangga*

Yang ni Anne punya, kalau menurut menu, Rice with Lemak Cili Padi Prawn katanya.
RM12. 

Baik aku makan macam Anne. Tapi bila difikir balik, kalau makan sama, then tak dapat la rasa dua dua kan? Yang ni boleh tahan sedap. Masak lemak dia thick and creamy tapi macam kurang rasa sikit. Macam salmon aku tu, semua dah okay, cuma portion dia kecik gila. Aku memang terus terang, tak kenyang. Nak pulak RM18. Alahai.

Masa tu dah nak Maghrib, memang tak sempat nak lepak lepak kopitiam. Lagi pun penat tadi tak habis lagi. Sampai hotel, sah sah aku serang Ipoh Parade nak beli makanan lagi. Lapar beb. Salmon besar 4 jari. Hmm hmm. Tengok website Ipoh Parade, siap pilih kedai mana nak pergi sebab tak nak menerawang pergi tempat lain. Penat gila. Nampak kedai ayam Shihlin ni terus pergi. Boleh la setakat nak buat snacking snacking.



Kalau dekat sini, famous dengan ayam XXL macam uncle bob tu. But personal preference, aku lagi suka Shihlin dari ayam Uncle Bob sebab lagi rangup dan ayam lebih juicy. I think it depends on siapa yang masak, right? Ayam macam dah biasa makan, lagipula aku macam nak makan nasi, aku ambik Happy! Rice Box Set RM 12 dan Sausage Cheese Egg Crepe RM7.60. Aku jenis manusia tak kesah harga when it comes to food, kalau mahal, biar setanding rasa and kuantiti. Kalau sedap, mahal, portion pun elok, memang balik suka hati la. Tak lama lagi area office aku ada nak bukak Shopping Mall, aku harap sangat kedai ni ada. Aku makan lunch ni hari hari pun tak apa. Haha.

Macam ni la rupanya Happy! Rice Box Set aku. Confirm kenyang.
Nasi, ayam goreng macam uncle bob tu, tauhu dengan kicap sikit. Nyum.

Yang ni pulak Sausage Cheese Egg Crepe. Nyums!

Sambil makan tu, cadangnya nak tengok movie yang ada dalam hardisk Anne. Tapi malangnya tak ada subtitle sebab TV tu tak boleh detect. Okay, nak kongsi tip, memandangkan aku dengan Anne adalah seorang blogger yang suam suam tegar, ingat nak bawak laptop. Tapi kalau beg dah banyak macam tu, lupakan je la. Aku cadangkan bawak hardisk je sebab banyak hotel nowadays ada USB dekat belakang, InsyaAllah boleh access hardisk. Hihi. Sila buat research mengenai TV yang disediakan dalam hotel atau telefon. Macam dekat Hotel Weil dia kata ada remote lain untuk control files dalam hardisk, so kena call room service and ask for the remote. Selesai makan, aku nak tidur, boleh pulak Anne tak bagi. Geram aku. Masa tu dah pagi. Esok awal lagi nak bangun serang buffet sarapan dekat bawah. Konon kunci jam nak bangun awal, tak ada maknanya nok! Tapi sempat la nak breakfast bagai. Sempat naik bilik balik, kemas barang, lepak lepak kejap, mandi semua. Keluar check out terus.

Kenapa aku cadangkan untuk stay di Hotel Weil? [Baca sini ] Sebab semua jarak tidak melebihi 10 minit. Best kan? Tapi ada je hotel hotel yang berlainan harga berdekatan. But i love Weil Hotel walaupun mahal. Check Out hotel, terus pergi kawasan pertama, Concubine Lane.


Tengah jalan jalan cari parking, tetiba Anne menjerit,

'Wey wey wey! Nanas kecik tu. Aku dah lama nak!"
"Kau tunggu keluar kereta dulu boleh?!"
"Aku nakk. Aku nakk"

Semput aku dibuatnya. Jauh jugaklah parking kitorang sebab kawasan tu sangat sesak dengan orang. Tapi disebabkan nak merasa diri tu ala ala seorang traveller, maka harungi jualah. Malas nak fikir penat ke apa. I know this is gonna be worth it.

The first thing we saw.

Ada jugak terselit Plan B dekat sini. Yang ini kemudian kemudian nanti.
Sebab Plan B ni dekat KL pun ada.

Teruskan perjalanan. Jumpa the famous Concubine Lane. Tapi concubine
dah tak ada la. Cuma zaman dulu tempat ni memang boleh dianggap
sebagai Lorong Haji Taib sebenarnya.

When you wanna talk about street foods, memang semua nampak menyelerakan
tapi disebabkan aku ragu ragu, makanya lebih elok tidak.


Macam biasa, souvenir. Memandangkan kampung bapak aku
sendiri dekat Ipoh, macam gedik je nak beli souvenir bagai, kan?

Reminds me of the old days.

Elo!



Ramai jugak yang beratur untuk Cotton Candy akak ni.
Tapi masa ni aku sedar aku patut berhenti makan.



All this old and rustic stuffs really brings back all the memories.


Aku seriously fikir ni pudding. Sampailah aku tanya budak tu,
katanya sand art. Nampak sangat kau asek fikir makan je, Esah!






Sampai ke kawasan hijau ni, rasa sejuk je. Tak macam dekat Concubine Lane tadi. This is somewhere around Plan B and Sekeping Kong Heng.



Lepas makan dekat Plan B, aku pergi tandas.


Cantik okay tandas dia! Aku suka rustic rustic macam ni.


Ni dekat sebelah Plan B ada this one mini market selling all this colourful and cute things!






Lepas tu ada pulak this small handmade elephants! Aku dah gatal gatal tangan nak beli.
Tapi tak beli pun.

Sampai hari ni aku rasa lock ni mengarut. Konon nak mangga
cinta kau dekat sini. Ah tak payah!

Bosan kan entry ni? Just basically about food and activities je. Lagipun 2hari 1malam. Semua limited. Tak puas sebenarnya, but honestly, i am looking forward for more activities and share stories with you readers in the future. Banyak nak kena improve. Kalau ada sebarang cadangan, boleh la tinggalkan di bawah, okay?

XOXO,
AisyaAzman