Showing posts with label AisyaReviews. Show all posts
Showing posts with label AisyaReviews. Show all posts

Friday, July 15, 2016

Dining at Koryo-Won For The Second Time!

Hello everyone!

How have you been so far? Still celebrating Eid? Oh well you should. Eid is for a month long. So why not? Honestly i am done with all the Rendang and Ketupat and what not. I just want to go out and eat something other than 'Raya Food'. I decided to contact my forever bestie, Anne. Kebetulan dia memang nak keluar lepak. I contacted her around 1pm. She told me to get ready before 6pm - 6.30pm. As usual, memang lambat. Mula mula macam tak nak make-up. But since aku dah siap, dia pulak lambat, aku pun sempat la main make-up sikit. Usually when i am out with my friends, i prefer to wear something more natural and thin layer of make-up. Mula-mula macam nak buat 'Get-Ready-With-Me' (GRWM) kinda video. Tapi aku sedar, aku ni kalau depan camera, mak aih, malu. Lagipun aku tak ada gadget yang sesuai. Tak apa. Nanti sis kumpul duit atau buat tabung dana. Okay?

 This is what i use. Well most of them. Since i wasn't thinking about making a tutorial, so
tak ada proper image of what i use. This is just an image i took for my instagram.
Haha. Okay, i use that blusher pallete, that Stila Liquid Lipstick and my
forever-holy-grail weightless foundation from Nars. I got this thing with foundations
and liquid lipticks.

 Tadaaa. Ihik. Maluw maluw maluw. Kalau ada sesiapa interested with this look,
i'll be happy to create one special post about this and i will explain everything
in depth. Okay? I am not a professional. Kalau tahap amatur tu, count me in!

Dalam pukul 6 lebih tu, Anne sampai. Menjerit jerit kami sebab Kuala Lumpur lengang, okay? Lengang. Masa tu baru raya kelima. Kitorang dah meronta-ronta nak makan benda lain. Lagipun aku rindu dekat si gendut sorang ni. Cannot tahan. Hihi. 

Setibanya di KLCC, Anne cakap nak pergi Kinokuniya dulu. Macam biasa, my favorite section would be Literature (English), Bibliography (English) and Sastera. Bahagian Novel melayu cuma tempat aku dengan Anne gelak gelak baca tajuk novel zaman sekarang.

Nampak tu? 'Laki aku negro'. 
What?! Anne nak cari lettew. 

 My favorite section! 

I honestly wanna buy this book. Since i have almost all of Pramoedya Ananta
Toer's books, aku tak ingat yang ini aku dah beli ke belum.
Bila sampai rumah, lupa pulak nak check. Dah la tinggal satu je. 
Siapa ambik, sis jentik! *Sorok belakang-belakang*

 
 "Anne, aku dah lapar!"

Akhirnya, tak ada la beli buku pun. Cuma browsing je. Maka bermulalah perjalanan kami ke Koryo-Won yang terletak pada level yang sama. Pada mulanya aku nak makan Yukgaejang hari tu. Sumpah sedap. Tapi Anne pulak cakap Topokki dia sedap. Alaaa. Macam rugi pulak kalau tak rasa.
Daripada hari tu aku duk tengok benda ni. Comel.

 Macam biasa. Banchan sampai dulu. Biasanya Banchan ni kurang bersentuh.

Sampai dah topokki kita. 

Dekat Koryo-Won, boleh pilih nak Topokki ayam or daging. Since Anne dah berjaya menghasut aku dengan mengatakan bahan perap pada daging ni memang sedap, aku pun ikut la kehendak dia. Memang sedap. Daging dia kecik kecik. Tapi sedap. Kalau nak makan banyak, boleh order BBQ set. Memang dia serve daging ni. Untuk harga topokki ni RM35. Air mineral, aku tak nak la ulang berapa harga dia. Aku tak boleh nak buat apa. Haha. Aku dengan Anne dah cakap lainkali nak makan sini, aku bawak botol air je. Lantak kau sana. Siapa suruh jual air mahal.

This is just a video i decided to upload. I just downloaded a video editing software and suddenly i am all excited to buy myself a Go Pro or whatever smaller than my digital camera. Sorry for the bad editing. I am still practicing. Hiks.

Kalau nak baca entry first time aku makan Koryo-Won,
boleh click [sini]

I wish i can write more. But this is all i have. Video ada tapi kualiti tak seberapa sangat. Lagipun, aku tak minat vlogging. So, yeah. Till my next entry, peeps!

Babai,
AisyaAzman

 

Thursday, July 14, 2016

Do You Smule? [Part 2]

Hello everyone!

I just noticed that my blog has been viewed by few other countries as well. Not just from Malaysia. Japan, China, and others as well. I'm quite overwhelmed but at the same time, makes me feel like i should blog in English instead (no?). Sorry for any bad grammar. But i will try my best. Most of the entries viewed are regarding my food review, makeup reviews and this, Do You Smule? . I am terribly sorry if those entries are in Bahasa. Even if it is in English, i don't think its gonna help much? Haha. I will improve my writing from time to time. Bare with me okay?

The reason why i am writing this is because i have been receiving numbers comments asking about the smule app. There is no way i can reply to them and they won't get notified as well.

First of all, no, i am not working with smule. Second, i am just like you guys, i have no idea about the app when it comes the technical parts. But i can only answer a few. Here goes nothing.

I haven't tried that before since i only have one phone.

This is a real 'gigih' one.

Sadly you cannot because it works just the same like other apps.
You have to pay via bank.

You can only use the features once you subscribe the VIP. So,
kalau tak bayar, pakai je la yang free. Agak limited juga.

I cannot. Malu la. Ihik

If you are using android, you can stop the subscription by going to the 
playstore, search for smule, and there is a button (or link?) that says
'Stop Subscription' or something. 


I am not 'smule'-ing anymore since i noticed i only bring sadness and depression to the people in the house. Haha. I have already stop subscribing but i continue to sing the old way... yes. In the bathroom. Feel shoot me more questions. Again, i am not working in the technical department for Smule. Haha.

Till my next entry,
AisyaAzman



Sunday, July 3, 2016

Does it really work? : How to remove tough stains from your Beauty Sponges

Elo!

Eid is just around the corner. I guess it is kind of impossible to not look fresh and good in the morning right? Especially when you are out to visit your family and friends. We will be very busy during the whole month celebrating Eid. 

But before anything else, i would love to remind you girls, not to forget to clean all your brushes before you apply your makeup. It is so important for the sake of cleanliness. Since Beauty sponges are quite famous these days, i bet all of you girls are using it too. I have been cleaning my beauty sponges lots of times but the stains just wouldn't go away. I started to worry that my sponges are actually not that clean and Eid is just around the corner, i don't want to have any break outs and nasty stuffs on my face. 

I decided to google-ed and youtube-ed for some tricks and tips on how to remove stains from your beauty blender instead of using the original Beauty Blender's Bleandercleanser, It is not that pricey but if there is any other way or cheaper way, i would love to try and make it as a routine.

I found few tips on how to remove stains from your beauty sponges naturally. Some of them used Olive Oil. But in my case, i don't have any. I decided to use Coconut Oil instead. Does it really work? Can i change my beauty sponges from 'Euw?!' to 'Yay!' ? Here's a step by step on how to achieve a squeaky clean beauty sponges! 


I seldom go to events and weddings. The only time i will be wearing makeup is to the
office. Sometimes i just wear no makeup at all. Basically, those are the only brushes that
i used. So let's line the up!

 
I used a shower gel and my trusted extra virgin coconut oil that you can get from any local drugstores. I did however, asked Anne about this. She used Life Buoy in yellow to clean all of her brushes and baby shampoo. But since i am using dove, i might as well just use that instead. 

Euw! Not gonna put that on my face! Remember to clean your brushes and
sponge to avoid break-outs, acnes and pimple, guys. Especially for a sensitive skin!

Wet your beauty sponges. In my case, i am using Real Techniques' Miracle 
Complexion Sponge. It is in orange. So you can clearly see if there is any stains
or old makeup on your sponge. Avoid buying the black ones because you will
never know how dirty your sponges are.

Apply the extra virgin coconut oil on the stains.

Press your beauty sponges until all of the foundations are out. 
Just a little pressure one at time to avoid your sponges tearing up.
Look at all the foundations. Euw!

After you finally remove all the oil and stains, continue the same step with 
any shower gel or shampoo you wish to use.

To make sure your sponges are actually clean, take a look at the small bubbles.
Make sure it is finally white and no color.

Leave it to dry and Tadaaaa, it looks extremely like brand new!


I'm kinda happy that i finally found a way (cheaper way) to remove stains from my sponges! Finally! I can't wait to try few makeup looks for this coming Eid! 

Dalam sibuk membuat persiapan raya, jangan lupa bersihkan makeup brushes, okay? (Tetiba Bahasa Melayu balik. Haha!)

That is all for this entry. I hope i can share more tricks, tips and beauty hacks with your girls soon!


Still choosing my eye shadow color,
AisyaAzman


Thursday, June 30, 2016

My Koryo-Won and Ko Hyang Experience!

Elo!

Bagi peminat setia makanan Korea, kalian mesti akan suka entry ni. Sebab di sini, aku nak bagitau dekat mana Korean Restaurant yang memang buat aku nak datang dan lagi. Aku ni jenis manusia yang sangat memilih bila bab makanan. Tapi bila tengok saiz badan, tak layak nak kata aku ni memilih. Lagi lagi bila tengok aku makan. Macam vaccum. Semua aku sedut. Haha. Tapi entahlah, kalau makanan Korea, Jepun atau Indonesia, aku tak ragu ragu nak makan. Maksudnya aku tak takut nak merasa and sering buat aku terliur. Kalau makanan Melayu, aku punya cerewet, bukan main lagi. Lagi satu, aku tak suka makanan tradisional Melayu sangat. Macam pucuk rebung ke, apa entah lagi namanya tu, masak lemak labu apa entah. Lepat pengat apa tu semua aku tak reti makan. Tak teringin pun nak rasa. Tapi kalau kau sebut makanan Korea ke, Jepun ke, Indonesia or Western ke, aku punya terliur tu, jangan cakap. Entah perangai siapa aku ikut pun aku tak tau.

Aku nak cerita pengalaman makan di Koryo-Won dulu sebab baru semalam aku makan situ dan masih fresh setiap urutan kronologi dalam kepala. Hihi. Kisahnya aku nak cari kasut raya. Kasut aku semua tahap kesian. Nak pakai untuk raya memang tak sesuai. Aku sebenarnya tak gemar nak beli hanya untuk specific reason. Contohnya kalau raya, aku tak suka beli yang beria lip lap sangat. Aku akan beli untuk pakai raya and pakai to the office jugak. Alang alang tu, pergi la berbuka sekali dengan Anne. Mula mula nak makan Bumbu Desa. Pukul 2 petang aku dah call nak buat reservation, tapi tak reti angkat rupanya. Aku fikir, Anne keluar office pukul 4 petang, aku keluar 4:30 petang. Teramat sempat la kalau nak naik sekejap reserve siap siap. KLCC je pun. 

Sesampainya dekat sana, terus naik level atas sekali, which is level 4. Seberang Bumbu Desa tu pulak, ada la Koryo-Won ni. Mula la si Anne ni tergedik gedik nak makan sana. Dia kalau bab recommend tempat makan & makeup, memang expert. Boleh la sesiapa nak ambik dia jadi duta product. Haha. Maka terjadilah konflik nak pilih untuk makan mana pulak. Aku cakap aku nak Bumbu Desa sebab macam aku dah set tekak aku nak makan pedas pedas. Mungkin rezeki Anne agaknya, meja dekat Bumbu Desa tak ada yang untuk 3 orang. Sebab dah penuh. Nak tak nak, makan la Koryo-Won. 

& Ieeko decided to join us for Buka Puasa. Yeay!

Maka kami terus buat reservation. Kitorang order makanan terus. Senang. Orang kedai tu pun recommend yang sama sebab lagi senang dia nak prepare and letak tepi. Lepas dah selesai semua, mulakan misi cari kasut raya aku. Bila shopping dengan orang ni, limited sikit gerakkan aku. Sebab aku selalu consider orang lain. Kalau aku sorang, aku boleh terlepas sampai Pavillion jalan kaki dari KLCC. Haha. Tambah pulak, Ieeko tak sihat. Nasib baik jumpa jua kasut raya aku. Biasa biasa je. Tapi boleh la. Hihi.

Dalam pukul 6:45pm tu, kitorang dah naik balik ke Koryo-Won and decide nak lepak lepak je dalam kedai tu. Borak borak, sekejap tu tengok jam, usap usap perut. Haha. Dalam pukul 7:15pm tu dia dah hantar hantar semua 'Banchan' dengan sayur salad untuk wrap. Aku dah mula terliur liur dah. 






Tengok side dish sahaja aku dah terliur liur macam Niagra Falls. Haha. We ordered set B. Dalam set B tu ada kambing dengan ayam. Anne dengan Ieeko order Yuk Gae Jang. Anne dengan Ieeko suka gila Yuk Gae Jang dekat sini sebab sedap gila katanya tapi tak dapat kalahkan lagi satu restaurant. Nama restaurant tu Go Gung. Itu yang diorang cakap la. Aku tak dapat lagi makan dekat Go Gung, namun bakal ke sana jua nanti. Bila orang dah cakap sedap, takkan tak nak pergi, kan? Aku dengan Anne share Yuk Gae Jang sebab portion dia agak besar. Dia bagi pulak nasi semangkuk. Anne sebok gelak gelakkan aku sebab orang tu letak dua mangkuk nasi dekat aku. Tapi akhirnya Anne jugak yang makan dua mangkuk nasi. Haha. Aku makan satu je. Dasar gendut.

Maaflah kalau posting ni tak banyak gambar sebab dah duduk baru decide nak blog pasal first experience makan dekat sini. I guess my blogging camera SHOULD NOT be outside my bag. Tapi, takkan pergi kerja pun nak bawak, kan? MALAS!

Bayar beratus-ratus kau bagi makan bawang je ke, bang?
Jangan aku grill muka kau pulak nanti.

Ada pilihan. Nak dia grillkan atau nak grill sendiri.
Kalau tanak lansung, dia suruh dapur je grillkan. Tapi
malam tu we all decide nak mengada ngada. Nak dia grillkan. 
Haha


Aku gagal tangkap gambar Yuk Gae Jang tu. Kalau nak tau macam mana
rupanya, dalam gambar di atas tu ada. Yang dalam pot hitam tu.


Makanan tengah grill, belum makan pun lagi. Dah cakap pasal nak makan ice cream lepas tu. Haha. Perangai!

So aku nak senaraikan total damage dekat sana


BBQ Set B = MYR135
Yuk gae Jang (2) = MYR 60
Mineral Water (6) = RM18

Service Charge = MYR 21.30
GST = MYR 14.06

TOTAL DAMAGE = MYR 248.35

Air mineral RM6 kau! Memang setahun sekali je aku makan sini. Sumpah. Nasib baik bayar kongsi 3. Tak ada la aku rasa sangat. Kalau korang nak pergi bawah ni ada alamat untuk dua cawangan Koryo-Won


Lot 418-419, Ramlee Mall
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur,
Malaysia

TEL : 03 2166 6189
 ----------
Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur,
Malaysia

TEL = 03 2143 2189


Verdict : This is not a place that i would want to go most of the time but it would be nice for a 'once-in-a-while' visit with friends or for special events. 

Price: Super expensive. Probably RM70 a meal for one person. Cash / Credit Cards / Debit Cards Accepted.

----------------------------

Kemudian aku nak share jugak experience aku makan dekat Ko Hyang, The Gardens, Mid Valley. Ko Hyang means country so i assume semua makanan akan rasa lebih authentic. Kalau tengok signboard, Ko Hyang Korean Country Delights. Ha betul la tu. The menu consists of traditional country style home-cooked food with no MSG seasoning used in the preparation; it is easy to choose as there are brief descriptions and each dish is illustrated in the menu. This happened a day before Ramadhan hari tu. Rancangan asal nak pergi makan dekat GoGung. Tapi GoGung tutup sebab buat renovation. Aku rasa kalau aku dapat makan GoGung hari tu, my review for Koryo-Won might be different. For your information, Koryo-Won dengan GoGung ni adik beradik. Nama dia GoGung by Koryo-Won. Sama macam restaurant Madam Kwan dengan Miss Kwan gitu. Sekarang ni aku nak cerita pasal Ko Hyang. Memandangkan Anne kerja dekat British Council, dia selalu dapat jumpa student foreigner. Rezeki agaknya, dapat la berkawan dengan bebudak korea dekat situ. Ada sorang nama dia Yoonji, tapi aku dapat lepak dengan dia 2-3 kali je. Siap main swimming pool sama sama lagi. Tapi dia dah pindah Australia sambung belajar. Last time contact dengan dia, katanya dia stress duduk sana sebab orang Australia punya accent lain. Campur pulak dia punya accent Korea, lagi la tak faham. We wish her well tho. Ada la juga niat nak melawat dia dekat Australia sana tapi kumpul la duit dulu. Dia pun standby je dekat sana nak sambut kedatangan we alls gitu. Hihi.

So ada Korean friend yang baru. Panggil dia BB. Nama betul dia aku tak reti sebut. Terbelit belit lidah. BB gerak sendiri naik bas. Aku dengan Anne gerak dari Ampang jumpa dengan dia dekat Mid Valley. Ini kali pertama kau jumpa BB. Anne cakap, BB ni lagi friendly. Nampaknya memang betul. First time aku nampak dia, dari jauh dia dah lambai lambai aku dengan senyum lebar. Datang datang terus peluk. Aku macam, eh friendly nya kau. Haha. Aku pun okay je la. Tak sempat berbual panjang sambil cari tempat makan, BB keluarkan sesuatu dari bag dia "Aisya, this is for you" katanya. Dia keluarkan facemask. Alahai. Aku dah sebak sebak dah. Segan pun ada sebab aku tak tau nak bagi apa dekat dia balik. Bagi kasih sayang je la. Haha.

Kalau korang tengok Return Of Superman or any other Korean movies, memang korang akan perasan, memang budaya dia, kalau jumpa kawan, kalau datang rumah orang, MESTI bawak gifts. Lepas ni jumpa dia aku nak bagi kuih Tart Nenas mak aku la. Haha.


The perks of having Korean Chinggus.
Ini koleksi face mask aku. Tak tahu la bila nak pakai.

Memandangkan GoGung tutup, kitorang makan tempat lain iaitu Ko Hyang yang terletak di level bawah. Nanti aku akan tinggalkan alamat. A large crowd at a restaurant usually indicates good food. I noticed a crowd forming around Ko Hyang, patiently waiting to be seated and served.

Aku order La Bokki, which is a dish consists of Ramen and Teobbokki. Anne makan Yuk Gae Jang dia tu. BB makan Bibimbap. Harga dia quite reasonable. Aku order side dish, Goon Man Du, which is a Korean Traditional Dumplings. Sedap sangat. Anne pun order side dish Lamb BBQ. Yang ini memang sedap gila. 

Dalam banyak banyak dish, ini je yang aku sempat tangkap. Puih.
Maaf la. Aku masih lagi kena belajar bab blogging blogging ni.



BB made this collage and sent to our whatsapp group. Hihi. She is so sweet. 
Kitorang ada whatsappgroup di mana kitorang belajar Korean and dia belajar Bahasa.
Best kan bila ada multi-racial friends? Tak ada la kawan dengan Melayu je.
Aku pun tak suka. Rasa macam otak aku sempit je. Haha.

My experience dekat Ko Hyung is quite nice. Cuma kalau nak review dari segi tempat, aku tak berapa suka sebab sesak and restaurant dia sangat kecik. 


Besar ni je la kedainya.

Nasib baik aku bertiga je. Kalau lebih, agaknya boleh stress. Haha. Kalau nak pergi, boleh la ke Gardens, Midvalley. Ini exact location of the restaurant


Ko Hyang Korean Country Delights, 
LG-K05, The Gardens, Mid Valley City, 5
9200 Kuala Lumpur, Malaysia. 
(directly opposite Cold Storage)

TEL : 03 6203 0013

Verdict : I wouldn't hesitate to come here again. The service is very quick, the food is super delicious and the price is reasonable. No wonder this place is packed with people.

Price: Reasonable. We usually pay RM40 for 2 persons. Cash only.

Kalau korang ada recommendation nak makan dekat mana mana, boleh tinggalkan link dekat bawah, okay? Makan makan ni memang feveret. Haha.

Sis Lapar Tiba Tiba,
AisyaAzman


 

Wednesday, April 27, 2016

Mini Trip To Ipoh 2016 : Food and Activities

Elo!

Seperti yang dijanjikan, berikut ialah sambungan post bagi trip kami berdua ke Ipoh. Satu malam je kot. Jadi masa kami agak terbatas dan banyak aktiviti yang tak dapat kami jalankan mengikut itinerary. Aku ni jenis manusia yang suka plan. Teramat suka kalau semuanya tersusun mengikut jadual. Walaupun aku tau, memang takkan dapat ikut, at least the effort is there.

Lepas letak bag dan memalaskan diri dalam bilik, we decide untuk keluar cari makan. Lapar nok. Mentang mentanglah Ipoh Parade tu connected dengan hotel, aku memang dapat rasa kadar lapar aku akan lebih dari luar biasa. Maka berangkatlah kami ke Ipoh Parade. Masuk masuk je Anne nampak Sushi King. Terus dia nak. Aku cakap, ye lah, dekat KL rasa Sushi King dia lain dengan Ipoh gamaknya. Terus dia senyap. Haha. Aku rasa dalam setahun, hampir setiap bulan aku makan Sushi King.  Haruslah tak nak.

Tengok Itinerary, Karat Cafe is the nearest, within 4 minutes dah sampai. Tapi lama jugak kitorang berpusing sebab tak ada signboard. Yang aku nampak cuma signboard Thumb's Cafe, Cafe sebelah Karat Cafe tu. Bengang jugak sebenarnya. Nasib baik lawa tempatnya.

Ala-ala kampung, uolls. I like.

 Ni kalau aku letak nenek aku seketul situ, dah sah sah aku rasa macam
makan dekat rumah dia. Eh?

Meh aku belanja sikit gambar sekitar kawasan dalam cafe yang menarik perhatian aku.











Ini pilihan aku, seperti yang dicadangan oleh waitress, Salmon with White Sauce 
berharga RM18. Besar ni? Okay *Menangis tepi tangga*

Yang ni Anne punya, kalau menurut menu, Rice with Lemak Cili Padi Prawn katanya.
RM12. 

Baik aku makan macam Anne. Tapi bila difikir balik, kalau makan sama, then tak dapat la rasa dua dua kan? Yang ni boleh tahan sedap. Masak lemak dia thick and creamy tapi macam kurang rasa sikit. Macam salmon aku tu, semua dah okay, cuma portion dia kecik gila. Aku memang terus terang, tak kenyang. Nak pulak RM18. Alahai.

Masa tu dah nak Maghrib, memang tak sempat nak lepak lepak kopitiam. Lagi pun penat tadi tak habis lagi. Sampai hotel, sah sah aku serang Ipoh Parade nak beli makanan lagi. Lapar beb. Salmon besar 4 jari. Hmm hmm. Tengok website Ipoh Parade, siap pilih kedai mana nak pergi sebab tak nak menerawang pergi tempat lain. Penat gila. Nampak kedai ayam Shihlin ni terus pergi. Boleh la setakat nak buat snacking snacking.



Kalau dekat sini, famous dengan ayam XXL macam uncle bob tu. But personal preference, aku lagi suka Shihlin dari ayam Uncle Bob sebab lagi rangup dan ayam lebih juicy. I think it depends on siapa yang masak, right? Ayam macam dah biasa makan, lagipula aku macam nak makan nasi, aku ambik Happy! Rice Box Set RM 12 dan Sausage Cheese Egg Crepe RM7.60. Aku jenis manusia tak kesah harga when it comes to food, kalau mahal, biar setanding rasa and kuantiti. Kalau sedap, mahal, portion pun elok, memang balik suka hati la. Tak lama lagi area office aku ada nak bukak Shopping Mall, aku harap sangat kedai ni ada. Aku makan lunch ni hari hari pun tak apa. Haha.

Macam ni la rupanya Happy! Rice Box Set aku. Confirm kenyang.
Nasi, ayam goreng macam uncle bob tu, tauhu dengan kicap sikit. Nyum.

Yang ni pulak Sausage Cheese Egg Crepe. Nyums!

Sambil makan tu, cadangnya nak tengok movie yang ada dalam hardisk Anne. Tapi malangnya tak ada subtitle sebab TV tu tak boleh detect. Okay, nak kongsi tip, memandangkan aku dengan Anne adalah seorang blogger yang suam suam tegar, ingat nak bawak laptop. Tapi kalau beg dah banyak macam tu, lupakan je la. Aku cadangkan bawak hardisk je sebab banyak hotel nowadays ada USB dekat belakang, InsyaAllah boleh access hardisk. Hihi. Sila buat research mengenai TV yang disediakan dalam hotel atau telefon. Macam dekat Hotel Weil dia kata ada remote lain untuk control files dalam hardisk, so kena call room service and ask for the remote. Selesai makan, aku nak tidur, boleh pulak Anne tak bagi. Geram aku. Masa tu dah pagi. Esok awal lagi nak bangun serang buffet sarapan dekat bawah. Konon kunci jam nak bangun awal, tak ada maknanya nok! Tapi sempat la nak breakfast bagai. Sempat naik bilik balik, kemas barang, lepak lepak kejap, mandi semua. Keluar check out terus.

Kenapa aku cadangkan untuk stay di Hotel Weil? [Baca sini ] Sebab semua jarak tidak melebihi 10 minit. Best kan? Tapi ada je hotel hotel yang berlainan harga berdekatan. But i love Weil Hotel walaupun mahal. Check Out hotel, terus pergi kawasan pertama, Concubine Lane.


Tengah jalan jalan cari parking, tetiba Anne menjerit,

'Wey wey wey! Nanas kecik tu. Aku dah lama nak!"
"Kau tunggu keluar kereta dulu boleh?!"
"Aku nakk. Aku nakk"

Semput aku dibuatnya. Jauh jugaklah parking kitorang sebab kawasan tu sangat sesak dengan orang. Tapi disebabkan nak merasa diri tu ala ala seorang traveller, maka harungi jualah. Malas nak fikir penat ke apa. I know this is gonna be worth it.

The first thing we saw.

Ada jugak terselit Plan B dekat sini. Yang ini kemudian kemudian nanti.
Sebab Plan B ni dekat KL pun ada.

Teruskan perjalanan. Jumpa the famous Concubine Lane. Tapi concubine
dah tak ada la. Cuma zaman dulu tempat ni memang boleh dianggap
sebagai Lorong Haji Taib sebenarnya.

When you wanna talk about street foods, memang semua nampak menyelerakan
tapi disebabkan aku ragu ragu, makanya lebih elok tidak.


Macam biasa, souvenir. Memandangkan kampung bapak aku
sendiri dekat Ipoh, macam gedik je nak beli souvenir bagai, kan?

Reminds me of the old days.

Elo!



Ramai jugak yang beratur untuk Cotton Candy akak ni.
Tapi masa ni aku sedar aku patut berhenti makan.



All this old and rustic stuffs really brings back all the memories.


Aku seriously fikir ni pudding. Sampailah aku tanya budak tu,
katanya sand art. Nampak sangat kau asek fikir makan je, Esah!






Sampai ke kawasan hijau ni, rasa sejuk je. Tak macam dekat Concubine Lane tadi. This is somewhere around Plan B and Sekeping Kong Heng.



Lepas makan dekat Plan B, aku pergi tandas.


Cantik okay tandas dia! Aku suka rustic rustic macam ni.


Ni dekat sebelah Plan B ada this one mini market selling all this colourful and cute things!






Lepas tu ada pulak this small handmade elephants! Aku dah gatal gatal tangan nak beli.
Tapi tak beli pun.

Sampai hari ni aku rasa lock ni mengarut. Konon nak mangga
cinta kau dekat sini. Ah tak payah!

Bosan kan entry ni? Just basically about food and activities je. Lagipun 2hari 1malam. Semua limited. Tak puas sebenarnya, but honestly, i am looking forward for more activities and share stories with you readers in the future. Banyak nak kena improve. Kalau ada sebarang cadangan, boleh la tinggalkan di bawah, okay?

XOXO,
AisyaAzman