Phew!
Baru ada masa sikit nak update blog. Dari tadi busy semacam. Bos dekat depan tengah layan supplier. Yang itu..kita lantakkan.
Yang nak dipedulikan ni.. aku. Focus aku plis?
Hari ni kita bincang pasal makanan. Untuk yang kuat makan macam aku, tolong jangan jadi macam aku. Aku memang spesis main sedut je segala makanan depan meja. Cerewet pun ya jugak. Kadang tu tak lapar. Tapi mesti nak makan. Penyakit jugak tu. Jadi habit suka mengunyah.
Di satu hari Ahad yang indah, aku dengan kawan aku (si gemok, tak ada watak lain) pergi Kenanga Mall. Lepas layankan dia, dia ajak pergi minum petang pula. Ada satu foodcourt ni memang fave kitorang nak lepak lepak. Petang tu we all order sotong goreng tepung dua pinggan (dari nama watak dah tahu kan? so tak payah buat pelik). Dia satu. Aku satu. Ala banyak mana je pun sotong dia bagi. Besar sikit dari ibu jari, kalau letak sebelah ibu ibu jari kaki aku, besar lagi jari kaki aku & aku tak lebih 10 ketul pun, selebihnya tepung. Entah kenapa masa tu, tepung dia buruk. Kau ibarat makan jemput-jemput, dalam ada sotong.
Ok la. Makan. Lepas tu kawan baik aku ni pulak nak makan kerang rebus. Aku ni memang suka kopek kerang. Aku suka layan orang makan. So aku kopekkan. Dari kecik dulu, setiap kali kopek kerang, satu tangan akan gatal. Mak aku kata tu benda biasa bila kena air kerang tu. Tapi aku tengok orang lain rilek je. Ok la. Aku pun teruskan kopek kerang untuk dia. Tetiba lelangit aku gatal. Aku fikir standard la. Makan benda macam ni. Sebab aku tak pernah ada allergies dengan seafood or makanan gatal-gatal ni, macam ayam, telur sometimes ada manusia yang allergic dengan tenusu, kacang dan sebagainya.
Dah balik rumah, aku baring atas katil. Sebab tiba tiba aku rasa tak boleh nafas. Since aku dah memang ada asthma, probably aku letih sangat. Mata aku mula gatal. Aku biar lagi. Aku tengok cermin, besar gila kesan gatal tu. Aku tak boleh nak describe macam mana. Mata lagi satu tengah on the way nak bengkak. Aku sabar lagi. Ada la kot semut aku gigit ke, apa ke. Then gatal tu merebak sampai telinga, sampai tengkuk, sampai dada. Nafas aku mula tak betul, muka aku dah mula bengkak entirely. Suara aku dah tak boleh keluar sebab aku rasa saluran pernafasan aku pun dah bengkak. Terpaksa aku haruk mak aku. Menangis jugak la sebab aku spesis panik dulu. Pergi la klinik.
Malu wey. Aku jalan pun perlahan habis. Sebab biasanya kalau aku kena asthma, memang apa benda aku buat, semua penat. Cakap pun penat. Ye la. Tak cukup napas. Doctor terus suntik aku. Masa suntik tu memang tak rasa apa sebab badan aku tengah membengkak. Membazir bius je. Dah cucuk tu, aku ambik gas. Katanya kalau tak boleh jugak, pergi hospital. Dia kata saluran pernafasan tu yang penting sebab dia internal kan? Kalau physical macam tak apa lagi. Lepas dengar tu aku terus gigih bernapas seperti juara.
Tangan aku mula menggeletar. Kaki aku memang tak rasa apa. Aku tengok tangan aku memang dah swollen. Merah and besar. Bila dah macam tu, aku tunduk aku berzikir. Baru ingat Tuhan kata ko. Tapi memang bila dah kena sakit atau apa apa pun, memang kena sentiasa ingat pada Dia. Dah sampai rumah, aku jadi high dek panahan injection doctor tadi. Nak tak nak, aku tidur. Kalau bukan sebab gatal gatal ni, memang aku layan dah high aku ni. Ooops. Tapi sebab aku letih bertarung nyawa tadi, aku tidur. Tengah malam tu azabanar wey. Dalam pukul 3 pagi gitu, gatal gatal baru sampai ke kaki. Kiranya aku rasa injection tu nak slow down allergic tu je sebenarnya.
Aku bukan seorang doktor. Tapi tapi tapi, memandangkan aku memang dilahirkan super sensitive, aku lebih berhati hati dalam apa-apa jua sekalipun. Walaupun aku seorang yang sangat adventurous, berhati-hati tetap perlu ada. Kecuali masa makan. Sebenarnya aku pun ada allergies pada kulit. Aku tak boleh kena habuk. Nanti naik gatal gatal. Aku kalau bab mengemas, aku suka tapi bergantung pada keadaan. Kalau habuk tebal macam bedak dekat muka artis, aku tak boleh. Kang tebal pulak muka aku membengkak. Aku tak sanggup. Seksa. Tambah pulak lepas tu aku akan selsema yang sangat teruk. Belum lagi aku sentuh bab sinus aku. Payah kan aku ni? Macam macam. Aku kalau bab hidung, memang aku sensitive. Jangan ada apa apa physical contact dengan hidung aku. Jangan picit, jangan sentuh. Tak boleh. Dalam beg aku mesti kena ada tissues and few pills, macam Zyrtec or Clarinase. Sebab sekali aku dah bersin, memang tak bersabdu. Kadang tu jadi letih sebab tak berhenti. Pening kepala pun ya. Sebab setiap kali bersin, rasa macam otak tu bergegar. Pernah sekali aku pergi bundle dengan SG. Dia gi baling winter jacket dekat muka aku yang bau hapak and tahap habuk tu level 99999. Rasa macam aku nak lempar je mana mana objek keras yang berdekatan. Kalau ada brader berdekatan masa tu, sesilap brader tu aku lempar dekat dia. Aku diamkan dulu. Maybe dia tak tahu. Balik tu, siap la kau. Terbaring aku dibuatnya.
Tapi semenjak dah kena macam macam ni. Kena la jaga. Aku kena belajar erti serik. Gitu. Tadi boss bawak homemade cookies wife dia buat. Ada nuts. Sebelum ni aku tak pernah ada apa apa allergies pada food. So aku, secara naturalnya, terus ambik masuk mulut. Dalam lima keping aku makan tu, aku rasa lain. Heart beat aku jadi laju tak semena. Aku nafas pun mula tak betul and rasa susah sangat. Aku terus terdiam sekejap.
Tak mungkin. Tak mungkin.
Aku tak makan lagi lepas tu. Tak masal kena balik. Eh tapi apa salahnya kan? Balik la. Haha! Tapi nak menanggung azabanar tu aku tak sanggup. Langkah yang bijak di ambil. Iaitu duduk tepi tu dendiam and tengok member makan sambil bergelak tawa. Benci!
Nak buat macam mana, Esah! Tuhan nak ajar kau baca Bismillah dulu agaknya sebelum makan! Bukan main kaut masuk mulut walaupun secara semulajadinya kau macam tu! Aku sedar, semakin meningkat umur, semakin banyak supplement kau kena ambik untuk provide extra something for your own body. Aku bukan nak promote barang tau! Haha! Tapi ada few products la yang quite convincing and some of it memang dah famous pun. Antaranya macam Shaklee, Herbalife atau apa apa je lah.
Tapi macam mana? Vitamin C yang dari kecik mak aku paksa makan pun payah! Aku bukan tak berani makan ubat. Aku kan adventurous? Setakat makan ubat? Apa sangat? Telan je la. Tak sedap pun, kau kena. Cuma aku ni jenis tak reti berdisiplin. Memang dari sekolah aku suka main kejar kejar dengan cikgu disiplin, Hasilnya.. malas makan ubat. Ahahaha! Tak ada kaitan lansung!
So kawan kawan, apa sahaja food intake yang kalian ambik, semua ada keburukan, kebaikannya sikit sangat.
..
..
Aku rasa macam tak guna je nasihat. Sebab siapa yang nak terima nasihat dari orang yang tak reti nasihat diri sendiri.Puik!
Okay, Esah. Kena berhati hati lepas ni! Sebelum makan food, interview tukang masak dulu! Biar la orang nak kata kau picky eater ke, piggy eater ke. This is for your own sake! Nak hidup lama kan? Nak kawen kan? So buat cara nak kawen! Haha!
Ok la. Esok nak ke pejabat. Seperti biasa, pecahkan biji mata depan PC. Ada new project nak kena handle. Seronok. Pujuk diri sendiri je. Tapi memang seronok pun. Apa ni?! Apa ni?!
betul.. lagi stress lagi banyak: zat hilang dalam badan..
ReplyDeleteOh betul ke? Saya memang cepat stress. haha
Deletecantiknya kaler lipstik
ReplyDeleteDulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR