Elo!
Memandangkan aku dengan S.G akan bercuti selama 10 hari, aku dapat rasakan yang status kewangan kami mungkin akan lebih ketat atau perbelanjaan kami akan menjadi lebih limited. Percutian kami dijangkakan bermula pada March tahun depan. Bermakna cuma tinggal 5 bulan je untuk kumpul duit segala. Tiket penerbangan belum beli! Hotel belum book! Barang belum beli! So aku decide sebelum aku menghalang diri aku daripada shopping, baik aku shopping habis habisan. Haha. Tindakan yang bodoh sebenarnya. But heck, aku suka. Lepas dari shopping segala baru aku akan stop and focus on the trip. Sebab tu tajuk entry kali ni aku cakap aku akan kedekut dengan diri sendiri. Sebab masa dah suntuk sangat. Ah tak sabarnya nak share segala!
S.G ajak aku pergi Pavillion sebab nak beli neck pillow katanya untuk trip Jakarta dia hujung minggu tu. Aku malas nak tanya tempat lain macam tak ada je kan? Aku balik kerja pukul 5:30 dia balik kerja pukul 8 malam. Aku dah fed-up duduk dalam office. Aku terus ke KLCC. Sebab dah janji nak jumpa dekat Avenue K. Dia kata dia lalu je depan Avenue K. Tak nak berhenti. Kalau aku sempat kejar kereta, eloklah. Kalau tak, dia tinggal. Begitulah kejinya sang S.G.
Aku kalau dah terlepas shopping bersendirian, alamatnya disaster. Aku pergi NARS sebab aku nak sangat beli Audacious lipstick. Dah banyak review aku tengok and ada few colors yang aku dah senaraikan untuk beli. Bila dah sampai NARS aku terus pergi area lipstick. Aku cuba la semua warna warna yang aku senaraikan tadi, tak ada satu pun yang sesuai. Hampeh. Mana taknya, yang buat lipstick swatch and review tu orang putih. Aku ni kulit asia yang kelam tambah sendu. Lepas tu datang la this one boy recommend dekat aku few colors. Eh macam suka pulak sebab lately aku suka warna gelap. Entah kenapa. Nanti aku share tip untuk pilih warna lipstick gelap berdasarkan warna kulit okay?
Lalu berjalanlah aku seorang diri sementara tunggu si S.G. Lama gila kot. 3 jam almost. Si S.G tu bukan boleh tunggu sekejap. Bising. Yang aku tunggu 3 jam ni? Tak mengapa? Gitoh?
Dah berjalan seorang diri, maka sampailah beliau. Maka mulalah perjalanan kami ke Pavillion. Dia nak cari kasut Nike Air Max idaman dia. Memang tak jumpalah design yang macam dia nak tu sebab dekat Malaysia ni sedih tahu tak?! Apa yang ada dekat luar negara, susah nak masuk Malaysia and Air Max yang masuk Malaysia semua common colors. Colors pun banyak kebudak budakkan atau memang tak lawa.
Sampai Miss T, ada neck pillow. Comel. Haha. Ada offer 2 bijik RM70. Aku ambik gambar penguin. Dia ambik gambar burung hantu. Haha. So cute. Cannot help it! Tengah jalan cari benda lain tiba tiba dia peluk tangan aku kuat gila. Aku macam pelik. Rupanya masa tu betul betul depan kedai Dr. Martens. Haha! Dia tau aku suka Dr. Martens and memang hasrat untuk membeli kasut boot tengah membuak. Kuaja gila. Kalau dah kena cengkam dengan S.G alamatnya memang tak dapat lepas la. Kalau nak seret, aku tak mampu. Macam seret sauh kapal aku rasa. Aku terus padamkan niat aku sebab taknak cederakan diri sendiri seret sauh. Haha.
Dah balik, sampai rumah, bermulalah aktiviti geledah barang shopping tadi. Hihi.Sewonoknyew!
Yang paling aku excited nak bukak would be this bag!
Macam bukak hadiah aku rasa!
Matte Lip Pencil in Damned.
Audacious Lipstick in Leslie.
Warna warna tu semua atas saranan budak laki tu. Surprisingly i kinda like it. Dari segi warna and texture. Yes. Dari segi harga. No. Haha. Sebab untuk dua lipsticks ni cost me around RM196. Heck. Niat nak buat collection terus terkubur. Tapi eloklah sebab boleh stop aku dari terus membeli, kan? Tak semua warna masuk dengan aku pun. Cis. Nanti kita buat lipstick collection review eh? I kinda have a lot of lipstick. Tak de la banyak sampai berlaci laci. Nak banding dengan S.G memang tidak. Dia make-up artist. Aku ni masih amatur. Haha. Tapi aku suka kumpul litip. Entah kenapa.
S.G tanya aku ada nak pergi mana mana tak. Aku terus cakap nak singgah Victoria Secret. Kebetulan ada offer beli tiga botol for RM175. Aku pun apa lagi, kaut la 3 botol. Aku suka bau pure seduction sebab bau dia ala ala menggoda gitu. Bukan nak menggoda orang. Cuma aku tak suka bau yang manis macam gula gula atau buah yang super mengarut tu. S.G dah jeling jeling aku. Aku cakap aku dah lama tak pakai perfume pergi pejabat. Haha. Nak kata badan aku berbau memang hell-to-the-no. At least bersebab la jugak kenapa aku beli kan? Kalau nak tau, cologne ni bau dia tak tahan lama. Maksud aku kalau nak compare dengan EDT atau EDP, memang sekejap sangat bau dia. Nak tau tip bagi perfume tahan lama? Tunggu next update okay? Semua berkenaan dengan make up and beauty hacks boleh belek tab dekat atas. Hihi.
Memandang facial cleanser aku semua dah nak habis, haruslah aku beli stock balik. Cleanser, toner dengan moisturiser. Aku memang suka habiskan product serentak. Memandangkan aku dengan S.G dah nak mulakan misi menjelajah dunia, aku dapat rasakan, tabiat memanjakan diri aku harus dikurangkan. Maksudnya dari segi kos. Apakata kita cari product yang baik, tapi jauh lebih murah. Tak salah, kan? So, aku decide untuk pilih Body Shop. What i like about Body Shop is that semua 100% chemical free. Kalau korang cuba pencuci muka, jarang sekali complain kulit rasa tegang tak selesa atau kering. Aku selalu percaya pencuci muka yang macam foam atau banyak buih, is because banyak acid. Kalau pencuci muka wangi pun aku tak suka. Rasa macam aku letak chemical atas muka sendiri.
I choose to go for this. Seaweed.
Korang tau tak rumpai laut ni banyak khasiat? Selain daripada elok untuk proses penghadaman, rumpai laut sangat elok untuk re-structure balik kulit kulit yang rosak. Bukan setakat tu sahaja, rumpai laut pun boleh kurangkan stretch mark pada perut ibu mengandung. Stretch mark warna merah and sangat lain dengan selulit. Selulit warna putih. Stretch mark, sorry to say, memang takkan hilang. Kalau pakai mask rumpai laut, cuma boleh kurangkan warna merah tu.
Tadaa! Ada ketiga-tiga basic face cleanser.
Surprisingly sangat lembut. Ada rasa sejuk sikit lepas masa apply cleanser. Tapi tak banyak buih. I like. Toner pun tak tegangkan kulit macam sesetengah product lain yang sejuk je toner dia. Moisturiser ni dekat bekas tu tulis Daycream. So i assume mesti ada night cream. Dia suruh beli asing sebab masa tu tengah ada offer. Beli tiga ni, dalam satu set, RM173. Dengan lantas aku sebat. Compare dengan set Clinque RM300+ satu basic set. Ah lainkali je la. Aku susah nak settle down dengan product muka sebab aku suka tukar.
Haritu aku punya facial cleanser yang pakai battery tu jatuh (boleh tengok sini). Entah macam mana. Since then dah tak boleh pakai. Maka kembalilah kita kepada manual. Aku beli facial brush ni dekat Body Shop jugak untuk RM15. So okay la. Tak ada la aku paranoid sebab tak dapat scrub muka lepas balik kerja. Euw!
Aku sebenarnya nak share jugak neck pillow yang dah dibeli tu tapi yang itu nak masuk entry khas. Link ada di bawah okay?
Setiap hari muka ada kulit mati dan itu adalah fakta!
AisyaAzman
P/S : Ada tiga entry yang berkaitan. Haha. I dont know why i have to make all you readers confuse. Tak apa, Aku sediakan links untuk setiap entry okay?
Part 1 : S.G pergi Jakarta :(
Part 2 : Unplanned Visit with Sister.
Part 3 : Persiapan sebelum travelling.
Wow banyaknya shopping! Btw I love the scent of Pure Seduction as well, but it goes down the list bila dah try Aqua Kiss from VS jugak. I think you should give it a try! :)
ReplyDelete