Sunday, August 30, 2015

Mainan

Oh Hello!

Gitu tajuk blog aku. Tak tau nak letak tajuk apa. Haha. Sebenarnya semalam keluar nak pergi Times Square. Aku jenis malas nak keluar kalau tak ada tujuan. This time aku keluar sebab nak betulkan camera kesayangan. Camera ni aku dah ada bertahun. Tapi pakai kurang daripada 5 kali. Disebabkan aku pernah pencen tulis blog selama lima tahun, maka tak bersentuh la camera tu. Tambah pulak handphone zaman sekarang dah canggih. Camera pun boleh tahan. Tapi pada aku nothing beats the image quality from a real camera. A handphone is still a handphone in the end. 

Camera apa?

'

Nikon N1 J1. Dah lama sebenarnya idam nak beli camera DSLR. Hampir 7 tahun lepas dah simpan angan angan nak beli DSLR. Masa tu trend. Orang gantung dekat leher macam rantai je. Haha. Dapat yang ini pun, syukurlah. I am not a professional pun. In the end gambar tetap macam seorang amatur. Haha. Aku ingat lagi dulu aku nak sambung belajar ambik photography, parents aku tak bagi. Siap lari rumah lagi konon sebab diorang tak faham aku. Bila dah besar ni, dah sedar. Ambik la Architecture biar pecah kepala tak apa. Janji dapat bahagiakan mak bapak, gitu. Budak zaman sekarang lain. Budak sekolah pun dah ada DSLR. Aku tak tau la professional tahap mana kan? Tapi mak bapak kita, dia bagikan sahaja apa kita nak janji kita happy. Tapi pada aku, aku selalu consider jugak kemampuan parents aku. Kalau dah tak mampu, aku merajuk paling paling lari rumah seminggu. Duduk rumah kawan. Dah banyak kali dah sebenarnya. Sampai satu tahap bapak aku dah tak heran dah. Dia tak call lansung. Aku pulak yang risau. Mesej dia

"Abah tak cari Cha pon!"
"Eh. Nak sangat lari? Larilah! Jangan balik dah!"

Haha. Balik jugak aku. Macam tu la bebudak zaman dulu. Mak bapak ajar cara macam tu. Zaman sekarang? Haru. Dah lari, tak reti balik. Merajuk sangat. 

Berbalik pada masalah dengan camera ni, setelah sekian lama tersimpan, aku nak On balik, tapi tak ada gambar. Tekan shutter pun, gambar tak keluar. Adui. Janganlah. Sayang sangat camera ni. Dah la comel dengan flash terkeluar macam tu. Tak boleh jadi. Puas google nak cari punca kenapa, tak jumpa jugak. Terus google cari Nikon Centre dekat mana. Ya tak ya, dekat Times Square ada. Okay la. Heret la adik pergi sekali.


Nak dijadikan sebuah cerita, kebetulan hujung minggu ni kan ada Bersih 4.0? Apak dia, ramai gila! Letih jugak la aku nak melalui asakan orang kuning. Adik aku pun duduk dalam LRT, makin lama makin rapat dengan aku. Takut, katanya. Entah apa-apa. Aku boleh pulak terpakai baju merah. Haha. Kang tak pasal depa ingat aku geng yang buat kecoh dekat Sogo hari tu. Yang tu lagi la, buat haru. Nak tak nak aku gagahi jua demi camera tercinta. Dah letih tu, lepak minum dulu. Kebetulan ada flavor baru dekat starbucks. Yay. Mocha Honeycomb Crunch rasanya. Aku nak honeycomb tu je sebenarnya. Haha. Aku mintak saiz Grande je. Nanti nak makan lagi. Tak nak la kenyang minum Mocha je. Nak kena makan jugak. Baru rasa hidup. Haha. Dasar kuat makan.


Dah sampai Nikon Centre tu, aku punya la doa tak ada masalah serious pada camera aku. Duit mesti banyak habis nak betulkan. Aku pun bawak la pergi counter. Tanya dia apa masalah camera sebenarnya. Dia pergi belakang, ambik lense dari camera lain sambung dekat camera aku. Eh, boleh pulak dia okay. Ha. Nampak sangat masalah lens. Aku pun menggigil jugak la tanya berapa ringgit nak bayor. Dia kata free. 

FREE!

Aku tak pasti la aku ni lambat tahu ke, atau korang dah tahu lama ke, atau buat buat tahu ke. Haha. Yang penting free. Itu je aku nak dengar. Aku nak sujud syukur situ nanti, takut dia panggil security pulak. Haha. 

Menggamit kenangan betul. Teingat dulu gantng dekat leher. Berat jugak la. 


Photography. Aku suka sebab gambar, ada cerita. Dah macam Yuna pulak aku rasa. Tapi pada aku, cerita ada pada gambar yang natural. Tanpa edit. Aku prefer gambar yang banyak emosi. I like it bila aku sendiri kena interpret gambar tu ceritakan hakikat yang sebenarnya. Sebab hakikatnya bukan begitu. Haha. Bodo.


Tunggu settle hal dengan hakak counter Nikon tu, dia kata dalam masa 2 minggu kalau masih ada parts. Dia akan telefon. Dah ambik resit semua, adik dah mengharuk lapar. Dia kata tak suka lepak Times Square. Entah la. Aku pun rasa yang sama. Kitorang prefer Avenue K atau KLCC sebab pada macam lagi tenang. Then kitorang pergi la KLCC. Ada kawan aku cakap chicken chop situ sedap. Dekat Food Court Rasa, satu level dengan Kinokuniya. Nama kedainya Chicken Delights. Dia suruh cuba Oriental Salted Egg. Aku pun nak la rasa, apa yang sedap nau. Nama pun telur masin, maka masinlah. Tapi aku tak berapa suka sangat. Aku lagi prefer Chicken Chop dekat rumah aku ni. Sedap gila sebab dia ada cheese. Nanti aku update untuk segmen Monday makan makan okay? Walaupun aku tak tau Isnin ni dia bukak ke tak sebab Public Holiday. 

Aku ada satu hobby. Aku suka main Lego. Tapi bukan la sampai tahap collector tegar. Aku suka sebab pada aku mainan lego ni boleh increase creativity level kau but in my case, mainan lego ni ajar aku erti sabar, Aku ni ada perangai baran sikit. Aku tak suka. Kalau orang lain, sebelum apa apa, dia akan diam dulu. Aku marah dulu. So, aku main Lego. Memang la marah-marah sebab nak siapkan tu bukan senang. Ada Abang office aku kata, ada kedai Lego baru bukak dekat KLCC. Aku pergi la. Excited gila.

Percubaan adik untuk buat orang. Haha nampaknya gagal jua.

Aku sebenarnya dah lama cari Lego Architecture tu. Tapi harga dia mencekik la. Tak apa. Yang penting aku dah tau dekat situ ada jual. Misi seterusya, nak kumpul duit and beli. Ada few Lego tu, satu set RM700+. Memang best sebab boleh bukak and tengok dalam. Ada kerusi semua. Aku hampir beli semalam. Sebab aku tau, ada collectors tegar Lego luar sana yang sanggup bayar double the price. Ingat nak la beli. Mana tau aku nak jual balik, dapat la duit kan? Tapi nanti la dulu. Biar aku puas main dengan Nano Block dulu. Nano Block ni dah berapa tahun aku collect. Aku tak beli sebulan sekali. Aku beli jarang jarang. Aku suka sebab comel.


Nak mengubati luka yang lara, aku pun pergi la Kinokuniya sebab aku tau dekat situ ada Nano Block. Aku nak beli dalam dua tiga kotak macam tu. Tapi bila fikir balik, nanti la dulu. Tamak sangat. Jumpa Hello Kitty edition! Yay! Haruslah beli! Memula rasa macam nak beli kawan kawan dia, tapi scale tak sama. Tak best la. 


Dah ambik tu, nak bayar dekat counter, ternampak ada satu rak jual Tomica. Adoi. Setahu aku Tomica ni ada kereta biasa untuk boys. Tapi bila nampak ada yang characters punya, aku terus nak. Sebab dalam display tu, ada kereta Hello Kitty. Aku gigih la cari dekat rak dia. Tak ada. Aku tak puas hati, tanya la counter, dia kata kena check dekat Japanese Section. Pun tak ada. Sedih! Akhirnya aku ambik je Rillakuma ni. Comel. 


Dah final pilih semua, nak bayar, aku ternampak satu sign dekat dengan Nano Block display tu. Aku tanya brader tu, apa beza Nano Block, Nano Block + and Dia Block? Dia kata sama kot. Banyak la dia punya sama. 



Macam biasa, dalam kotak tu ada pack kecik kecik lego & of course ada manual. Japanese, diorang takkan berbahasa orang putih melainkan terpaksa, ini kan pulak menulis? Kau ingat manual dia nak tulis omputih? Harapan. Faham faham sendiri je la. Bawah ni ada video time lapse aku siapkan the whole set. It was fun! Nak beli lagi!


 Dah turun tu, singgah Typo pulak. Beli lagi barang comel comel untuk hias meja dekat office. Haha.

Dah siap! Comel kan?!


Koleksi Nano Block lain. Taj Mahal, rumah atas laut, kucing gergasi. Tiga tu
memang officially keluaran Nano Block. Yang gorilla dengan buaya tu, aku beli 
dekat D.I.Y. RM3 je satu. Haha. Tak tau la sekarang ni ada lagi ke tak. Tapi tak 
banyak pilihan pun. Setakat nak main suka suka boleh la. 



Ini favorite aku. Sebab boleh bukak bumbung. Ingin diingatkan, memang kecik lego dia. Teramat kecik. Banyak kali jugak la aku bising sepanjang nak main. Tapi bila fikir balik, kalau nak main sampai stress stress, baik tak payah main kan? Harga untuk mainan ni agak mahal la sebenarnya. Tapi kalau dah minat, apa salahnya, ye dak?
Kawaii,
AisyaAzman

Friday, August 28, 2015

First Impression Friday #1 : Facial Treatment & Haircut at Capello By Nina!

Finally!

Its Friday. Yay! I was so busy working, sampai lupa Isnin ni cuti. Which makes this Friday is a lot more awesome! Haha. Sebenarnya hari ni duduk office sekejap je. Pagi pagi lagi dah kena keluar uruskan hal pejabat. Petang sikit lepas solat Jumaat, pegi submit documents untuk project. Gosh. Tak boleh nak ungkapkan bertapa letihnya badan ni.

Sebenarnya tak ada rancangan pun nak buat facial bagai. Cuma nak balik sembam muka ke katil and tidur je macam biasa. Eh? Haha. Then tetibah rasa macam nak gunting rambut sebab pakai tudung, rambut panjang. Rimas. Nak potong pendek je macam laki tu. Senang. Balik tu singgah la Capello By Nina ni. Depan office je pun. Yang bonusnya, MUSLIMAH ONLY okay? Tak banyak saloon yang offer the entire place only for women. Paling paling pun kalau pergi kedai saloon lain, dia bawak kita pergi bilik belakang yang tak ada rupa bilik tu. Tapi bukan sini. Kau boleh jalan dengan bebas tak payah risau orang nampak. Gitu.

Haa gitu muka taukey kedai! Haha. Betul betul atas Hong Leong Bank.

Capello by Nina
No 91A, Lorong Mamanda 1,
 68000 AmpangSelangor, Malaysia

Aku bukan peminat pink yang tegar. Tapi perempuan mana
yang tak rasa senang hati bila nampak pink? Sekali dia cat sepanjang tangga
warna pink. Lagi laju aku naik tangga.

STRICTLY NO MEN ALLOWED!

One thing about me, aku appreciate sangat effort orang yang utamakan kaum Muslimah ni sebab nak jaga aurat, satu tanggugjawab yang besar. Kadang kadang aku tersasar jugak. Tapi bila orang dah beri kemudahan, kita syukurkan & raikan. Sometimes aku tak boleh nak digest segelintir mentaliti masyarakat Melayu yang masih lagi dalam pemikiran yang kolot..

"Dia buat untuk Muslimah, tapi dia sendiri tak pakai tudung"

Review macam tu sangat menyakitkan hati. Apa kau dapat bila sakitkan hati orang? 

"Hakak duduk dulu ya. Saya panggil kawan yang buat facial"

Al-kisahnya tak cadang jugak nak buat facial treatment dekat sini. Tapi bila terkenangkan muka yang dah lama tak kena basuh gila gila ni, naik rimas. Sebab dulu belajar dekat Kuantan yang macam Marikh tu. Bayangkan angin tiup tanah warna Merah? Campur pulak belajar bidang Seni Bina, Kerja pun bidang Seni Bina, duduk bawah matahari tu standard. Aku jenis jaga muka. Aku rajin scrub bagai. Nanti aku share ya!



Tengah syok syok tengok price list, well, the price for facial here are not bad. Standard macam facial treatment aku pergi tempat lain. Kemudian datang staff dia,

" Akak sekarang tengah ada Merdeka Promo"
" Berapa ya kalau nak buat Facial Treatment untuk kulit kering?"
" Akak buat yang ni la Hydrating & Rejuvenating Facial Treatment. Harga asal RM 123, sebab tengah promo, cuma RM98."
" Okay, akak nak potong rambut dengan facial treatment sekali!"

Muka model ni lagi cerah dari masa depan aku. Pfth!

Facial mana yang tak sakit? Lagi lagi tang dia picit tulang hidung kau? Haha. Berair mata aku. Tapi aku redha kan je la. Sepanjang treatment tu memang best sebab aku memang nak rehatkan diri. Asyik kerja. Tidur pun tak menentu. Lama lama kulit jadi kusam, rambut pun gugur. Macam burung kasawari dah rupa aku. Then dia kata

"Akak ada rasa gatal gatal ke? Sebab ni extract Tomato"

Masa tu dia tengah apply scrub. Aku cakap tak. Lepas tu dia keluar sekejap. Rupanya rupanya lepas tu baru ada rasa rengsa rengsa sikit. Macam kena cubit cubit on certain areas. Dalam hati aku..

'Gigit bacteria jahat, Tomato! Gigit!'

Sebab aku geram lately muka aku naik ruam dekat dahi. Mungkin sebab jerebu baru baru ni. Dah lepas facial tu, rasa macam muka bersih gila! Baru rasa macam kurang sikit dari Burung Kasawari tadi. Haha! Kurang sikit sebab belum buat rambut lagi! Dah siap semua nanti baru akan rasa macam seorang AisyaAzman. Haaa gichuew!


"Hakak nak ambik gambar boleh ya, adik? Nak hantar dekat kawan"
"Boleh! Boleh!"

Aku bab nak ambik gambar tiba tiba memang fail. Aku tak reti macam bloggers lain. Aku tak tau la macam mana diorang boleh ambik gambar semua benda. Kau nak minum teh, ada orang tangkapkan gambar. Kau nak buat rambut, kau acah acah baca majalah, orang tangkapkan gambar. Kau ambik gambar kedai, entah kau baring ke apa teknik kau guna, cantik pulak gambar tu aku tengok. Aku ni tak reti sangat bab gambar gambar. Maka jamahlah gambar amatur aku ni. 


The space is so big! Aku suka! Eh gambar taukey lagi!

Ni lagi berderet gambar taukey! Haha! Dah kedai dia kan?
Takkan nak letak muka kau? Haha


Sesiapa yang pergi sana, akan dihidangkan air. Pilih la air apa nak minum.
Jangan mintak minum air basuhan rambut korang tadi sudah.

Lepas facial, baru nampak muka seorang AisyaAzman. 
Bukan lagi seekor burung Kasawari. Ihik

Lepas dari facial tu, aku tanya la budak yang buat muka aku tu.

"Banyak ke black head, dik?"

sebab bersungguh dia picit muka aku. Jahanam sangat ke muka Burung Kasawari ni?

"Tak ada pun, Kak. Akak mesti jaga kulit. Akak pakai product apa?"
"Clinique"
"Memang bagus tu kak."
"Akak memang rajin scrub pakai facial massager tu"
"Oh yang orang jual online tu ya? Pobbling?"
"Bukan. Ni lain. Akak beli ni dah lama sangat dah"

Nanti la aku share tips jaga muka, okay? Nak kata hebat tak la. Tapi so far, okay je untuk combination skin macam aku. Aku rasa aku antara perempuan yang paling rajin mereput bawah matahari. Balik je melawat site, confirm misi aku tonyoh muka sebab aku rasa geli. 

Sebenarnya tadi sibuk sangat. Tak sempat nak makan tengah hari. Bila bos kata nak hantar document, terus terfikir nak makan sekali lepas settle kerja. Tetibah cakap dalam hati..

"Eh hari ni First Impression Friday!"

Okay la. Gigih cari bahan nak buat entri segmen kali ni. Ingat nak buat pasal makanan sebab aku makan dekat Fuel Shack, Quill City Mall. Fuel Shack tu macam baru la dekat Malaysia ni. Macam kedai fast food biasa. Aku memang dah lama teringin nak cuba Cheese Fries dia tu. Aku rindu makan Chilli Cheese Fries dekat Carls Jr. Mak aih. Sedap yal chilli cheese fries dia. Tapi rasa dia tak sesedap Carls Jr. la. Bila fikir balik, takkan aku nak buat review pasal kentang, doh? Dah la first entri untuk segmen ni. Tapi pasal kentang? Wadehel? Haha

Ni la kentang yang dipertikaikan tadi. Haha. Tapi habis jugak..

sebab..

burung Kasawari ni lapar tahap nak mengamuk.

Hmm. K bye.
AisyaAzman


 

Thursday, August 27, 2015

GFC Masih Lagi Problem.

Holla.

Nak buat satu entry yang cepat, padat dan informatif. Wah gitu!


Nampaknya, GFC (Google Friend Connect) atau butang 'Join this site', yang kalian guna untuk follow blog lain, masih lagi bermasalah. Aku pun terkena sejak dua hari lepas. Sedih sebenarnya ni sebab tak tau siapa yang follow. 

Kalau ada sesiapa yang tahu widget lain selain GFC, boleh la share ya. Dengar cerita ada few widgets yang nak shutdown nanti. Korang standby je la apa apa yang patut. Sekarang ni GFC tengah slowly shutdown. So jangan peliklah kenapa tetibah ada orang tanya 

"Kenapa tak boleh follow?"

Sesungguhnya aku pun tak mengerti. Kalau nak follow aku boleh, click button dekat atas belah kanan tu ha atau pun click sticker 'BlogLovin' dekat atas Chatbox tu. Daripada aku letak GFC tapi orang tak boleh pakai, aku pun panas hati. 

Cuma sedih sebab tak nampak la muka muka korang yang follow. Aaa tak best!

Boleh rujuk SINI

Merajuk belakang pintu,
AisyaAzman

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE!

So, Google decided to retire most of Google Friend Connect's feature last year, though they have mentioned that they will continue to run the service for the 'foreseeable future'. The GFC Follower's gadget, that used to be available in the 'Add a Gadget' list of gadgets, has now been replaced with Google+ Followers gadget. For those of you who are still using GFC's Followers gadget, you can keep using it, until Google decides to pull the plug. But for new users, or for those of you who had your gadget accidentally removed, here's how you can add it back.


Aku yang dapat masalah, aku jugak yang jumpa solution-nya. Haha. Haru la kau ni, Esah! Okay, harapnya ni sedikit sebanyak dapat membantu kalian yang ada masalah serupa. Yang mana masih lagi boleh pakai, pakai la dulu. Kalau dah tak boleh tu, baru tukar kepada Google+ Followers gadget yang terdapat dekat sidebar dashboard korang tu. Okay? 


Throwback Thursday #1 : Showcase Fynn Jamal // Big Hug Burger // Chemistry Lab Cafe

Hello!

Saja nak throwback hujung minggu yang awesome. Sorry kalau ada sebarang kekurangan info. Masa tu tak terfikir pun nak blog. Haha. Bayangkan 5 tahun tak blog? Sebab blog la orang ambik gambar sakan kan? Sebab blog jugak la orang ada buku nota khas untuk tulis ideas kan? Ingat aku tak tau? Come on. Aku bekas blogger tegar. Haha. Dah berapa kali delete blog. Lebih 4 kali rasanya. Harapnya kali ini aku dapat setia berblogging semula. Haha.

28.7.2015 
Jumaat

Aku ingat lagi masa tu aku dekat office. Tiba tiba ada notification masuk. Kawan aku tag dekat gambar Kak Fynn. Katanya nak buat showcase and ada tickets untuk early birds. Makanya? Berebutlah semua sebab tickets untuk early birds tak banyak. Limited katanya. Bukan apa, aku follow Fynn Jamal dari tahun 2007 kot. Masa tu zaman kegemilangan Rantai Art Event.Aku ingat lagi masa tu band underground tak boleh terima mainstream. Ada la banyak issue issue zaman dulu. Kalau aku cerita balik, tak jadi la nak cerita pasal throwback aku. Haha.

Zaman kegemilangan Rantai tu, memang best. Masa tu la aku kenal Kak Fynn. Tahun 2007 dekat The Red Bungalow. Dengan converse dia. Sampai sekarang tetap dengan Chuck Taylors. Pujaan hati kot. Selesa pun ya. Aku mula stalk MySpace (zaman tu FB tak ada. Mark Zuckerberg tengah bodo bodo alam lagi)

Masa tu la aku baca puisi dia. Aku jumpa blog. Aku jumpa YouTube. Masa tu aku remaja. Dia pun remaja. Kepala liar. Pada aku masa tu, memang aku banyak memberontak. Sampai aku penat. Aku pilih untuk slow down sikit. Focus jadi manusia balik. Penat lari dari masalah sebenarnya. Dah la lari, sakitkan hati mak bapak. Tak best wey. Ada sebab bagi setiap orang kenapa dia berontak. Tak semua yang pernah berontak, tak terkesan. Walaupun dia dah move on, dah mula hidup baru, kesannya tetap ada. Adik-adik yang baca, jangan tiru lagak ngeri ini. Berontak berpada-pada. Jangan menyesal macam aku. 

Aku jenis manusia tak pandai tunjuk perasaan. Aku tak pandai luahkan. Kalau menulis, aku beria-ia kentang. Hakikatnya? (sebab hakikatnya bukan begitu. eh tetibah?) Cakap la sayang macam mana pun, aku macam tu jugak. Macam mak aku, kadang kadang datang peluk cakap sayang. Muka aku macam tu jugak. Sampai dia kena tanya banyak kali nak confirm betul ke aku sayang dia jugak. Gitu la gamaknya. So bila jumpa manusia yang spesis macam aku, kau rasa? Aku terus minat dekat dia. Aku jadi lagi giat menulis. Aku rasa dari aku tadika, aku selalu bagi mak aku surat. Kalau aku marah, lagi banyak surat aku bagi dekat mak aku. Aku tak tau la dia simpan ke tidak. Kalau bagi bapak aku? Belum baca lagi dah kena hambat. Jangan main gila. Banyak yang aku tulis, aku buang. Tu cara aku nak luah perasaan. Bila dah buang, aku tak nak ingat lagi. 

Bila aku baca puisi Kak Fynn, aku boleh relate. Aku boleh menangis. Aku boleh marah. Aku boleh rasa macam macam. Untuk orang yang minat sastera, jiwa dia lain. Pada aku, honestly, sastera bukan setakat membaca. Puisi bukan setakat menulis. Ada jiwa dalam tu. Baca puisi, kena rasa, kena fikir. Masalah manusia zaman sekarang, diorang tak suka membaca, apatah lagi berfikir? Hakikatnya banyak. Aku perhatikan saja. Sebab tu dia banyak melodikan suara hati dia. Dia nak orang dengar. Dah orang malas baca kan? Dengar je la. She is not a singer. She is a writer and a storyteller. Bila aku cakap pasal Fynn Jamal, selalu respon yang aku dapat..

"Suara dia bukan sedap pon!"

You damn right. She does not have the best voice in this whole wide world. Dia sendiri mengaku. Sebab dia bukan penyanyi. Dia penulis. Get the facts right. Wah gitu aku pertahankan Kok Pin aku. Sebab aku sayang dia. Aku tak dapat nak zahirkan macam mana. 

Tak semua orang boleh tadah telinga
Dengar masalah kau semata
Tak semua orang boleh jadi suara
Jadi wakil untuk semua

Itu yang kau dapat kalau kau jadi wakil untuk semua. Dia tahu. Takkan dapat lari dari keji manusia. Tapi dia dah redha. Janji dia dapat bantu sehabis daya. Sebab tu aku sayang dia.

Ok. Kembali pada asal.

Disebabkan aku rindu, aku cepat cepat beli tiket early bird! Alhamdulillah dapat! Sepanjang minggu aku tak dapat focus kerja. Aku lupa semua. 

17.8.2015
Ahad.

Hasil merebut. Haha

Memandangkan event tu dijalankan di KLPAC, which is my fave place in KL, aku bertambah super excited. Dari aku habis SPM aku teringin nak join Theatre. Aku nak jadi penulis. Aku nak duduk dekat KLPAC ni. Tapi endingnya aku jadi seorang Akitek sendu. 

Ambik feel. Ambik bau. Tenangkan fikiran. 

Masa lampu dah mula bukak, asap dah keluar, aku dah mula kelam kabut cari tissue. Aku tau, aku confirm, aku mesti menangis sepanjang show. Bukan sebab aku ni big fan Kak Fynn, sebab feel tu. Aku dah pastikan asap tu bukan dari Vape. Kalau dari Vape, aku tekan Vape tu sampai masuk anak tekak si penyedut. Sebelum Kak Fynn keluar stage, ada bunyi suara dia baca puisi. Masa tu aku dah menangis. Show belom start lagi padahal. Kau rasa?

Kakak kitew dah keluar.

Aku tak surprise dia keluar pakai cape and serba hitam. Sebab dia memang misterius orangnya. Luar nampak macam kelam kabut, tapi bila dia baca puisi dia, baru kau kenal siapa Kok Pin tu sebenarnya. Eh kejap. Pintu? Hahambar.

Masa ni aku rasa hingus aku dah beku.

Asal masuk puisi baru je aku dah mula cari tissue baru. Tissue basah semua aku selit dalam beg. Sepanjang performance aku tutup mata. Aku cuba tolak suara sendu beliau. Lagi lagi bahagian Juna dengan Ayahanda. Sebagai seorang yang rebellious, dosa aku dengan mak bapak, tak terhitung tingginya. Aku tak nafikan. Bila aku pilih kawan. Aku abaikan bapak aku yang tunggu dekat rumah. Dia telefon, aku matikan volume. Okay aku dah mula sebak. Move on kepada seterusnya!

Aku nekad nak duduk line paling depan!

Meet & Greet session. Masa tu show dah habis. Aku pun tak faham kenapa semua tak nak keluar. Haha. Kitorang dah keluar dulu dah. Aku tanya counter, meet & greet session dekat mana. Terus aku duduk situ. Kawan aku dah bagi signal jangan gerak. Siot je. Kak Fynn sampai sampai je meja, mata dah bengkak bengkak, mata dia dah berair. Rupanya Abang Tri buat surprise untuk dia bawak bunga dengan balloon. Comel gila. Aku ni kalau nampak orang menangis, hmm aku pun menangis walaupun aku tak tau apa sebab musababnya. Aku orang yang paling tak boleh dijemput masa majlis akad nikah. Percayalah. Aku akan menangis. Walaupun aku tak kenal siapa pengantin tu. Aku ingat lagi masa kenduri siapa entah aku menangis, ada orang tanya

"Anak ni kawan pengantin perempuan ke?"
"Taakkk. Bbbbukan"

Kau bayangkan nak jawab masa tu dengan suara getar getar menangis? Macam bodo. Aku tak boleh la bab bab 'Bapak-serahkan-anak-dekat-lelaki-lain'. Sebab pada aku, ish. Malas nak cakap. Nexxtt.




Yay! Walaupun Abang Tri tak famous macam Kak Fynn, aku rasa macam dia layak untuk dihargai. Tak semua suami boleh tabah. Tak semua suami boleh ketepi bila orang nak tangkap gambar dengan isteri. Sebab dia jugak, Kak Fynn dah berubah jadi yang lebih baik dan Solehah. I couldnt ask for more except for Allah to bless her with all His Mighty. 

Dari pagi aku tak makan sebab show ni. Aku rasa aku banyak menangis pun sebab aku lapar sebenarnya. Haha. Korang jangan tipu la. Ada satu tahap kalau korang lapar sangat, korang menangis. Korang je tanak mengaku. Choi! Maka berangkatlah kami ke Big Hug Burger, Subang Jaya. Sebab kawan aku tu beria ajak aku makan sini. Dia kata hari tu masa Rantai Event, Big Hug Burger ni ada bukak trak. Aku mana la tau. Dah tua tua ni, dah kurang sikit la nak aktif luar rumah. Duduk rumah tengok Nona je la paling paling pun. Haha. Teruk noh tua aku kan? 26 baru. 

Aku order burger biasa je. Aku lupa nama dia.

 Soft Shell Crab burger. Roti boleh pilih nak roti arang atau roti biasa.
Kentang pun boleh tukar dengan frankfurters (atau bahasa biasa, hot dog)

Well, the deco was not bad at all. I am quite impressed.
Cuma the location of the shop, to me agak tersorok sikit. Kalau yang jumpa,, jumpa la.
Aku ni, pakal ada member nak bawak. Kalau tak? Sebab mana taknya,
signboard kedainya dekat lorong belakang tu ha.

Since masa tu aku tak terfikir nak bebel sepanjang ni, aku tak berapa nak peka sangat dengan harga and details lain. Tapi harga dia memang berpatutan. Aku rasa dalam sebiji burger, besar and banyak macam tu, tak lebih RM20. Okay la kan? Aku bajet Soft Shell Crab tu mahal, rupanya tak lebih pun RM30. Yang paling aku tak expect mula mula..


Ada teddy bear. Haha. Mungkin tu la sebabnya kenapa dia namakan kedai tu Big Hug ye dak? Lagi besar dari aku. Beratnya aku rasa, dua kali berat badan aku. Haha. Serious berat. Terpaksa la makan sebelah dia ni ha. 



Kenyang nok! Masa tu tak ramai orang, sebelum manager dia datang cakap 'buat macam rumah sendiri', aku dah terlebih buat dulu sebab aku boleh baca dari lenggok and gerak anak mata dia. Ewah! Haha!

Sesiapa yang teringin nak makan sini, boleh la pergi cari. Ni ha alamat dia..

Big Hug Burger,
CT-G-03, Subang Square Corporate Tower, Jalan SS15/4G, Subang Jaya.
Tel: 03-5613-4788
Closed Mondays.

Lepas makan and tangkap gambar semua, aku semacam rindu dekat bakal Boyfriend aku yang baru baik demam tu. Mana taknya, dengar macam teruk dia demam. I is risau boyfriend i sakit. Maka kami berangkat ke bangi. Member ajak lepak dekat Chemistry Lab Cafe. Aku tak pernah lepak cafe ala ala hipsturr zaman sekarang ni. Haha. Nak la feeling hipsturrr and suwek suwek macam dak dak urban KL.

Ni la bakal boyfriend aku. Nama dia Emir Fath! 

Aku dapat rasakan dia akan jadi seorang jejaka yang handsome di masa akan datang! Awal awal aku dah book & panggil member aku bonda and laki dia, merangkap member aku jugak, ayahanda. Pedulik apa aku! Aku akan pastikan dia suka dekat aku. Aku akan tatang dia ibarat minyak RON 97 yang penuh!

Emir cakap "You need to shave, girllll!"
Aku cakap "Grow a beard!"

Sebenarnya masa Showcase tu aku kena tarik untuk interview oleh akak akak comel ni. Dia paksa. Aku macam kesian. Job macam diorang ni akan jadi lebih susah dengan orang yang tak nak bagi kerjasama. Nawaitunya, hendaklah aku kurangkan susah dia.

Maka inilah balasannya. Mak masuk TV kejap hari tu nok. Haha!

Memang aku tak nak bagitau kawan kawan aku. Sebab confirm dan lagi sahih, aku akan kena bahan. Tapi aku terlepas jugak cakap dekat seorang kawan yang gemuk durjana.

"Weh kau masuk TV Channel berapa?!"
"Ada lahhh!"
"Ok!"

*Beberapa jam kemudian*

"Kelakor siak muka aku dalam tv. Kenapa diorang tak pakai camera 360?"
"Ada lagi tak muka kau?"
"Mana ada lagi dah! Habis!"
"Eh ye la ek. Buat apa nak lama lama. Bukan kau Fynn Jamalnya pun."

.. dan perbualan menjadi bisu. Dingin angin mencucuk ke tulang.
Dingin lagi hati aku setelah menerima respon yang mega jahanam.

Oh well.. thats what bitches best friends are for. Kalau sehari diorang tak bahan kau, seolah macam matahari kurang bersinar pada hari itu.

Sekian,
AisyaAzman