Friday, August 28, 2015

First Impression Friday #1 : Facial Treatment & Haircut at Capello By Nina!

Finally!

Its Friday. Yay! I was so busy working, sampai lupa Isnin ni cuti. Which makes this Friday is a lot more awesome! Haha. Sebenarnya hari ni duduk office sekejap je. Pagi pagi lagi dah kena keluar uruskan hal pejabat. Petang sikit lepas solat Jumaat, pegi submit documents untuk project. Gosh. Tak boleh nak ungkapkan bertapa letihnya badan ni.

Sebenarnya tak ada rancangan pun nak buat facial bagai. Cuma nak balik sembam muka ke katil and tidur je macam biasa. Eh? Haha. Then tetibah rasa macam nak gunting rambut sebab pakai tudung, rambut panjang. Rimas. Nak potong pendek je macam laki tu. Senang. Balik tu singgah la Capello By Nina ni. Depan office je pun. Yang bonusnya, MUSLIMAH ONLY okay? Tak banyak saloon yang offer the entire place only for women. Paling paling pun kalau pergi kedai saloon lain, dia bawak kita pergi bilik belakang yang tak ada rupa bilik tu. Tapi bukan sini. Kau boleh jalan dengan bebas tak payah risau orang nampak. Gitu.

Haa gitu muka taukey kedai! Haha. Betul betul atas Hong Leong Bank.

Capello by Nina
No 91A, Lorong Mamanda 1,
 68000 AmpangSelangor, Malaysia

Aku bukan peminat pink yang tegar. Tapi perempuan mana
yang tak rasa senang hati bila nampak pink? Sekali dia cat sepanjang tangga
warna pink. Lagi laju aku naik tangga.

STRICTLY NO MEN ALLOWED!

One thing about me, aku appreciate sangat effort orang yang utamakan kaum Muslimah ni sebab nak jaga aurat, satu tanggugjawab yang besar. Kadang kadang aku tersasar jugak. Tapi bila orang dah beri kemudahan, kita syukurkan & raikan. Sometimes aku tak boleh nak digest segelintir mentaliti masyarakat Melayu yang masih lagi dalam pemikiran yang kolot..

"Dia buat untuk Muslimah, tapi dia sendiri tak pakai tudung"

Review macam tu sangat menyakitkan hati. Apa kau dapat bila sakitkan hati orang? 

"Hakak duduk dulu ya. Saya panggil kawan yang buat facial"

Al-kisahnya tak cadang jugak nak buat facial treatment dekat sini. Tapi bila terkenangkan muka yang dah lama tak kena basuh gila gila ni, naik rimas. Sebab dulu belajar dekat Kuantan yang macam Marikh tu. Bayangkan angin tiup tanah warna Merah? Campur pulak belajar bidang Seni Bina, Kerja pun bidang Seni Bina, duduk bawah matahari tu standard. Aku jenis jaga muka. Aku rajin scrub bagai. Nanti aku share ya!



Tengah syok syok tengok price list, well, the price for facial here are not bad. Standard macam facial treatment aku pergi tempat lain. Kemudian datang staff dia,

" Akak sekarang tengah ada Merdeka Promo"
" Berapa ya kalau nak buat Facial Treatment untuk kulit kering?"
" Akak buat yang ni la Hydrating & Rejuvenating Facial Treatment. Harga asal RM 123, sebab tengah promo, cuma RM98."
" Okay, akak nak potong rambut dengan facial treatment sekali!"

Muka model ni lagi cerah dari masa depan aku. Pfth!

Facial mana yang tak sakit? Lagi lagi tang dia picit tulang hidung kau? Haha. Berair mata aku. Tapi aku redha kan je la. Sepanjang treatment tu memang best sebab aku memang nak rehatkan diri. Asyik kerja. Tidur pun tak menentu. Lama lama kulit jadi kusam, rambut pun gugur. Macam burung kasawari dah rupa aku. Then dia kata

"Akak ada rasa gatal gatal ke? Sebab ni extract Tomato"

Masa tu dia tengah apply scrub. Aku cakap tak. Lepas tu dia keluar sekejap. Rupanya rupanya lepas tu baru ada rasa rengsa rengsa sikit. Macam kena cubit cubit on certain areas. Dalam hati aku..

'Gigit bacteria jahat, Tomato! Gigit!'

Sebab aku geram lately muka aku naik ruam dekat dahi. Mungkin sebab jerebu baru baru ni. Dah lepas facial tu, rasa macam muka bersih gila! Baru rasa macam kurang sikit dari Burung Kasawari tadi. Haha! Kurang sikit sebab belum buat rambut lagi! Dah siap semua nanti baru akan rasa macam seorang AisyaAzman. Haaa gichuew!


"Hakak nak ambik gambar boleh ya, adik? Nak hantar dekat kawan"
"Boleh! Boleh!"

Aku bab nak ambik gambar tiba tiba memang fail. Aku tak reti macam bloggers lain. Aku tak tau la macam mana diorang boleh ambik gambar semua benda. Kau nak minum teh, ada orang tangkapkan gambar. Kau nak buat rambut, kau acah acah baca majalah, orang tangkapkan gambar. Kau ambik gambar kedai, entah kau baring ke apa teknik kau guna, cantik pulak gambar tu aku tengok. Aku ni tak reti sangat bab gambar gambar. Maka jamahlah gambar amatur aku ni. 


The space is so big! Aku suka! Eh gambar taukey lagi!

Ni lagi berderet gambar taukey! Haha! Dah kedai dia kan?
Takkan nak letak muka kau? Haha


Sesiapa yang pergi sana, akan dihidangkan air. Pilih la air apa nak minum.
Jangan mintak minum air basuhan rambut korang tadi sudah.

Lepas facial, baru nampak muka seorang AisyaAzman. 
Bukan lagi seekor burung Kasawari. Ihik

Lepas dari facial tu, aku tanya la budak yang buat muka aku tu.

"Banyak ke black head, dik?"

sebab bersungguh dia picit muka aku. Jahanam sangat ke muka Burung Kasawari ni?

"Tak ada pun, Kak. Akak mesti jaga kulit. Akak pakai product apa?"
"Clinique"
"Memang bagus tu kak."
"Akak memang rajin scrub pakai facial massager tu"
"Oh yang orang jual online tu ya? Pobbling?"
"Bukan. Ni lain. Akak beli ni dah lama sangat dah"

Nanti la aku share tips jaga muka, okay? Nak kata hebat tak la. Tapi so far, okay je untuk combination skin macam aku. Aku rasa aku antara perempuan yang paling rajin mereput bawah matahari. Balik je melawat site, confirm misi aku tonyoh muka sebab aku rasa geli. 

Sebenarnya tadi sibuk sangat. Tak sempat nak makan tengah hari. Bila bos kata nak hantar document, terus terfikir nak makan sekali lepas settle kerja. Tetibah cakap dalam hati..

"Eh hari ni First Impression Friday!"

Okay la. Gigih cari bahan nak buat entri segmen kali ni. Ingat nak buat pasal makanan sebab aku makan dekat Fuel Shack, Quill City Mall. Fuel Shack tu macam baru la dekat Malaysia ni. Macam kedai fast food biasa. Aku memang dah lama teringin nak cuba Cheese Fries dia tu. Aku rindu makan Chilli Cheese Fries dekat Carls Jr. Mak aih. Sedap yal chilli cheese fries dia. Tapi rasa dia tak sesedap Carls Jr. la. Bila fikir balik, takkan aku nak buat review pasal kentang, doh? Dah la first entri untuk segmen ni. Tapi pasal kentang? Wadehel? Haha

Ni la kentang yang dipertikaikan tadi. Haha. Tapi habis jugak..

sebab..

burung Kasawari ni lapar tahap nak mengamuk.

Hmm. K bye.
AisyaAzman


 

8 comments:

  1. seriously cantik giler tempat ! CP pun dah lama tak pergi saloon, dulu memang rajin, hahaha, saloon rambut la, best ooooo orang cucikan rambut, urut kepala, urut tengkuk, ada saloon yang CP pernah pergi sampai urut belakang..

    Kalau facial muka lak, pernah la pergi dua kali, tu pun sebab support member yang keje situ, bila member dah tak keje, dah tak pergi dah.....

    Antara sebab CP suka pergi saloon or saja menyemak g facial sebab nak release segala tekanan yang ada, so, saloon and facial treatment antara cara yang berkesan untuk kurangkan stress, rasa rilex jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab saya pergi pun untuk potong rambut. Haha. Dah macam dawai dah ni. Service dia pun elok. Tapi lagi best kalau saloon dia ada bau macam comel comel. Haha. Kena dengan interior dia

      Delete
  2. wahhh.. clinique tu produk mana? hehe. tak pernah dengar pun . baguslah.. sesekali merehatkan badan kan. bukan selalu. kita ni haaa. Duk pikiaqq masa depan sampai bilaa pun tak habisss neh. HAHAAA

    btw, salam ukhuwwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clinique ni brand US. Dah lama dah Clinique ni. Dulu masa muda remaja pernah pakai. So far tak menghampakan. Hihi. Sebab fikir masa depan la muka naik jerawat & rambut kusut. Haha. Fikir, fikir jugak. Kesihatan jangan lupa jaga ya? Salam Ukhwah Fillah :)

      Delete
  3. ummi dah lama tak ke spa... teringin pulak..
    orang lain tak tahu PUTIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Pergilah, Ummi. Sekali sekala manjakan diri. Tak salah :)

      Delete
  4. Hazy ada jugak jumpa tempat untuk muslimah untuk facial dgn gunting rambut tapi kedai yg biasa2 jelah. Tapi yang ni best gila! interior dia lawa !!!
    omg zo ekzaited.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhihi. Pergilah! Best. Tempat untuk perempuan, Interior dia pun haruslah keperempuanan gitu. Tak silap ada cawangan dekat Shah Alam & Bangi :)

      Delete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!