Eyo!
Sebenarnya dah nak tidur dah tapi entah kenapa tiba tiba datang rasa nak menulis. Selama ni mampu tahan, tapi semenjak dah berblogging ni, rasa suka nak share my thoughts and two cents.
Terlalu banyak sangat perkara yang jadi depan mata. Dari awal dulu masa aku mula nak pakai tudung, masih merangkak tutup sana sini, jaga aurat. Ada certain point aku rasa aku failed miserably. Ada certain point aku rasa, aku patut tepuk belakang aku, ucap tahniah pada diri sendiri. Untuk berubah ni, macam macam datang nak ketuk kepala kau. Benda simple simple je padahal. Skirt baru la. Fesyen atau warna rambut baru la. Aku tak kata benda tu salah. Skirt? Pakai la maxi skirt. Rambut? Buat la apa kau nak. Tapi jangan tetibah kau pergi tayang stegrem pulak. Tapi aku cuba nak hold dulu semua perasaan tu sampai la aku boleh control and perbaiki niat aku.
Atas semua benda yang jadi, dah confirm itu sebagai pengajaran. Takkan tak ada satu pun kau kaut, kau simpan biar jadi peringatan. Betul?
"Maka perlu apa kau bongkar gali, kalau cuma diletak tepi? -- Fynn Jamal; Tahu
Jangan sia-siakan setiap perkara yang negatif, yang pernah jadi pada diri kau sendiri ataupun orang lain. There is a reason in everything. Masa aku awal nak berubah dulu, aku rasa macam satu dunia tak bagi. Entah kenapa. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cakap aku buat ni sebab aku nak Allah sayangkan aku lebih. Aku nak mak bapak aku tak masuk neraka. Tak layak buat mereka walaupun sepercik api. Wallahi. Dugaan datang macam ombak. Aku ni semut je. Sekali ombak datang, aku boleh lesap sampai tak jumpa jasad. Mulut orang, kan?
Tujuan aku nak menulis ni sebenarnya pasal
Kalau kau kerja sebab nak duit, maka duitlah yang kau akan dapat.
Kalau kau belajar sebab nak kawan, maka kawanlah yang kau dapat.
Kalau kau buat sesuatu perkara kerana Allah, maka redha lah yang kau dapat.
Aku suka belajar dari pemerhatian. I am not really good in learning through reading. Aku memang minat membaca tapi sekadar suka-suka atau buat mainan imajinasi. But when it comes to life, aku suka memerhati. Aku percaya pada niat. No matter what. Apa niat orang lain, kita takkan tahu. Masa tu la kau kena sangka baik. Tak susah pun. Jangan pulak dah terang terang orang tu merompak, kau tetap nak sangka baik, kan?
Kau suka tak. bila niat kau lain, tapi orang suka suka je nak letakkan kau pada satu keadaan yang kau sendiri tak rela? Macam complicated je nak faham kan? Okay let me make it clear. Contohnya :
Dekat tempat kerja. Orang mengata bos kau. Kau cuba sangkal. Kau cakap
"Tak baik la"
"Suka bos eh?"
Apakah kau rela orang letakkan diri kau dalam keadaan macam tu? Keadaan yang sememangnya jauh dari niat kau? Tak, kan? Sebenarnya memang jadi pada diri sendiri. Pada aku, memang rezeki tu, Allah yang bagi. Bos kau tu sebagai asbab je. Apa salahnya kau hormat dia? Macam aku cakap, aku percaya pada nawaitu bos tu, dia nak menolong. Sebab tu dia bagi kau kerja. Keadaan pekerja tu aku faham, tapi aku tak nak cerita dekat sini. Bila dah dapat kerja, buatlah perangai macam tu. Bila tau bos keluar meeting, balik lunch lambat. Berjam. Banyak lagi. Kalau dah perangai macam tu, aku dah tak boleh nak sangka baik. Bersangka baik, ada tahapnya. Kalau selalu jadi, mana baiknya? Contoh satu.
Contoh dua berkait dengan cerita atas. Member tu masuk kerja berdua. Kawan dari tempat kerja lama. Pernah keluar dari mulut sendiri, dia kerja situ sebab member tu ada situ, dah selesa. Okay. Tapi dia buat hal. Bos tak puas hati. Kena buang. Macam aku cakap. Niat. Kalau niat kau sebab nak kawan, yes. Memang kau dapat kawan. Tapi bila kau kena buang, kau dapat kawan jugak tapi kerja tak dapatlah. Kawan tu pun tak boleh tolong kau.
Kesian memang kesian. Aku dah cuba nasihat. Tapi macam biasa, disalah anggap yang aku ni pandang rendah dekat dia. Tak pasal-pasal, dia cemburu dengan aku sebab aku kerja lagi bagus dari dia. Allah. Niat. Macam mana kau nak explain dekat orang niat kau? Takkan boleh. Aku cuba ajar, aku kena marah balik. Aku cuba tegur, dikatanya aku anggap dia macam orang bodoh. Nak buat macam mana kalau perangai sudah memang macam tu? Aku cuba sangka baik. Mungkin dia tertekan. Aku diamkan. Sampailah dia kena buang. Aku cerita dekat mak. Mak kata,
"You do what you have to do,
Yang lain, itu antara dia dengan Tuhan"
Bila benda jadi macam ni, aku cuba untuk jauhkan diri daripada buat perkara yang sama pada orang lain. Aku tau bertapa tak best-nya diletakkan dalam keadaan yang macam tu. Memang susah nak sangka baik bila kau letak emosi dulu. Kalau masa aku kena bentak dulu, aku letak emosi dulu, memang dia balik naik motor dengan kerusi dekat kepala. Aku ada habit bila dah marah sangat, tangan aku jadi sejuk. Bila dah sejuk, aku istighfar banyak-banyak. Sebab aku tau, kalau dicuit lagi sikit, memang aku dah tak peduli apa apa. Aku tak peduli kalau aku kena buang kerja. Yang penting dia kena. Macam tu lah gamaknya. Tapi Alhamdulillah, i can still overcome my anger issues. Jangan lepas ni tak ada kawan dekat blog pulak (T__T)
Kesimpulannya di sini, sebelum apa apa, perbetulkan niat. Kita manusia biasa. Kadang niat kita lain, keluarnya lain. Niat lain tapi caranya tak kena. Aduh. Manusia dengan dosa macam bayang-bayang. Tak boleh lari. Cuba bersangka baik dulu sebelum apa pun. InsyaAllah, orang lain akan sangka baik dengan kita. Aku selalu bebel dekat FB, selalu tulis dalam status aku
"Solat lima waktu sahaja tak cukup"
that is so deep to me. Itu untuk diri aku sendiri. Jangan pernah rasa puas. Kalau kau hidup semata hanya untuk solat lima waktu, tapi yang lain kau tak pandang.. it doesnt work that way.
Aku doakan semua dikurniakan hati yang bersih. Sentiasa bersangka baik. Don't let the fitnah start from your own mouth.
,نعوذ بالله من ذلك
AisyaAzman
* This is a scheduled post. Aku nak tido. Esok Isnin. Kerja.
** Tajuk segmen Tuesday Thoughts #3 : Kita hidup dalam zaman mempersoal. See ya next week!
Thank you for the post. I need this. Actually sgt membuka minda. You know how to use your words. Tahniah! hehe.. tapi itulah kan, memang nawaitu yg penting. Kalau nawaitu tak baik pun belum tentu keje jalan.
ReplyDelete