Elo!
Rasa macam dah lama tak tulis entri sejak isnin lepas. Haha. Padahal baru 2 hari lepas. Sebenarnya Ahad hari tu aku gigih menahan diri dari keluar rumah sebab aku tahu, kalau aku keluar, aku mesti akan habiskan duit dekat make-up. Bukan tak ada. Contohnya eyeliner. Dah ada dah. Tapi aku dapat tahu Tartiest by Tarte dah sampai Malaysia, aku hampir beli. Tapi aku dapat lawan nafsu serakah aku. Haha. Macam kawan aku sorang tu, dia memang make-up artist, dia rajin la update update aku pasal make up and jadi penghasut aku. Aku ni jenis cepat je terpengaruh. Tapi kalau ada orang datang bisik bisik dekat aku pasal gegula yang putih kan kulit tu, memang awal awal aku bangun, pergi tempat lain. Aku kalau pasal benda benda yang nak ditelan ni, aku memang particular sikit. Serupa tak logic bila kau makan produk tu, kulit kau akan putih. Putih yang semacam. Padahal masa lahir tak macam tu pun. So, tidak sama sekali.
Disebabkan aku menghalang diri aku sendiri dari keluar hari Ahad lepas, aku cari jalan nak hilangkan bosan. Aku kemas barang make-up aku. Aku punggah semua. Berus make-up aku basuh. Botol foundation yang tercalit sikit semua aku basuh. Entah kenapa aku tak suka bila benda tu nampak selekeh. Geli je. Dah habis punggah, basuh, aku letak balik dalam bekas acrylic aku ni. Aku panggil adik aku. Aku tanya okay tak aku susun. Dia kata biasa je. Tak berubah apa pun. Aku bebel dekat dia yang aku tak suka bekas acrylic aku bercampur dengan eyeliner atau apa apa product mata. Aku suka kalau bekas tu untuk bibir, maka bibir je la gamaknya. Kalau berus, berus je. Aku memang ada penyakit OCD sikit. Aku tak suka benda yang tak sepatutnya bercampur. Adik aku dah marah-marah dia kata jangan membazir. Aku pun explain la pasal aku tak suka campur campur tadi. Macam biasa dia tak interested pun nak dengar sebab make-up ni dia tak berapa suka. Dengan pantas aku halau dia keluar.
Aku pun terduduk memikir macam mana nak kasi settle benda ni. Mula mula ingat nak beli lagi bekas acrylic ni sebab aku dah jumpa few places yang murah. Aku nak beli yang laci tu. Biar nampak kemas litip litip aku dalam tu, eyeshadow pallets. Tak suka nampak dia tercacak-cacak macam tu. Lagi satu perangai aku, aku tak suka nampak tempat tempat kosong macam tu. Nampak tak ada dalam 4-5 bahagian dekat bekas acrylic tu kosong? Aku tak suka. Aku nak penuhkan. Dengan confident aku bukak laptop aku pergi website luxola. Dekat situ make-up semua best. Tapi tak boleh kalahkan Sephora la. Kalau masuk Sephora aku jadi sawan.
Aku terus lupa kegigihan aku menghalang diri aku keluar tadi. Sebab ada alternatif lain nak shopping make-up, iaitu secara online. Teruk perangai. Dah hampir 4 kali aku confirm nak buat payment. Beberapa set eye shadow, beberapa set berus semua aku masuk dalam shopping cart. Tapi aku cancel. Haha. Setiap kali nak tekan butang terakhir nak buat bayaran tu, aku cancel. Sebab aku tau perangai aku ni, aku suka memiliki. I like to own things. Aku tarik nafas panjang panjang sampai lupa hembus, aku tutup laptop. Aku tenung balik bahagian make-up aku ni. Tak boleh jadi. Aku tak boleh teruskan tabiat membeli make-up. So aku decide untuk main make-up hujung minggu tu. Just to see what can i do with the ones i have. Nak kata seorang make-up enthusiast tu memang tidak la. Aku menunggu jugak member aku tu ajar aku make-up lagi best. Tapi hampa. Jadual kerja dia tak sama dengan aku. Tunggu je la bila bila yang boleh.
Maka tenyeh la muka dengan cleanser pulak. Yang ni pakai tangan je. Serious best. Dia ringan. Kalau sesetengah product yang aku dah cuba, lepas basuh, kulit muka jadi kering and tegang. Aku tak suka. Dia seolah memaksa kulit tu walhal kulit tu kena relax je sebenarnya. Aku jarang pakai scrub lepas pakai Clinique ni sebab cleanser dia tolong tanggalkan sekali kuit kering atau apa apa objek asing atas muka tu. Sebab tu Clinique sendiri galakkan pakai toner dia lepas basuh. Sebab atas kapas tu nanti, barulah korang nampak kulit kering, daki, make-up minggu lepas, kerak kuali.
Blend, blend, blend. Buff, Buff, Buff. Ting!
Jadi seorang Aisya.
Am using
Nars' All-day Luminous Weightless Foundation in Stromboli
Marc Jacobs's Kiss Pop in Headliner
Nars' All-day Weightless Powder in Stromboli
Tarte Eye brow mousse in Rich Brown
Stila's Major Major Major Lash Mascara
Marc Jacob's liquid eyeliner in Blacquer
Stila's eyeshadow in Abstract Eyeshadow Pallete
Itu saja. Haha. Dah siap baru aku perasan aku tak ada blusher. Dah habis. Cheit. Nanti la beli. Cari sebab je sebenarnya nak pergi shopping. Bila dah make-up tu, haruslah basuh. Aku geli jugak make-up lama lama atas muka. Hari tu ada yang tanya product apa aku pakai. Okay aku share. Macam mana aku basuh pun aku share. Hihi.
Tadaarghhhh! My holy grail of err-thangg!
Clinique 3-steps ni best gila. Aku suka. Sebab tak pekat, tak kasar dekat kulit. Lembut je. Ada cleanser, toner, moisturiser. Sebab tu la dia panggil 3-steps like duhh! Mihmih. Aku suka segala benda dekat atas ni. Balik kerja, memang aku suka sental muka. Aku jarang pakai scrub sebab Clinique 3-steps ni pada aku dah cukup best dah. Kadang-kadang kalau rasa muka tu kotor gila, aku pakai Sephora Cleansing Gel and Exfoliating Brush tu. Aku cadangkan untuk beginner, yang baru belajar belajar nak jaga muka, boleh pakai ni. Sebab bawah tiub tu ada brush, tengah tu macam ada lubang kecik. Bila picit, akan keluar product dekat situ. Then jangan lupa twist untuk lock balik. Nanti membazir banyak product. Pakai sikit je. Then, sental in circular motion dengan lembut. Jangan kau tonyoh pulak. Aku tak tangkap gambar sebab..
Aku pakai ni. Hiks.
Neutrogena ni aku pakai sejak aku sekolah menengah lagi. Neutrogena ni pada aku harga dia okay la. Standard drugstore punya harga. Cari je dekat mana mana Watson or Guardian. Mesti ada. It's good for my skin. Korang kena try moisturiser dia. Best gila. Fuhh. Aku mula pakai Clinique bila dah start kerja. Ada gaji sendiri. To be honest Clinique ni mahal sikit la. Kalau nak beli 3-steps macam aku tu dalam RM300 plus gitu. Kerja la dengan gigih untuk beli. Tapi tak la semahal SK-II essence tu. Serum sahaja dah beratus. Belum satu set lagi. Tunggu la dah naik pangkat dalam 3-4 tahun lagi ke. Tak pun kahwin dengan orang kaya ke. Haha.
Berbalik kepada cleansing oil, aku suka ya amat sebab dia tanggalkan semua makeup atas muka. Gosok perlahan pun, memang nampak bedak tu atas tapak tangan. In my case, aku suka pakai facial cleanser yang pakai battery tu. Aku dapat rasa sampai ke liang lahad roma dia punya berus tu. Aku tak suka guna kapas sebab kadang tu kapas serap lebih produk dari apa yang kita apply atas muka. So seeloknya pakai tangan atau pakai mesin ni. Mesin ni mak aku bagi masa aku sekolah menengah dulu. Tahun 2004 rasanya. Aku tingkatan 4. Haha. Punya lama aku jaga. Oil ni dia tolong remove make-up je tau. Belum tentu muka tu bersih betul betul lagi.
Maka tenyeh la muka dengan cleanser pulak. Yang ni pakai tangan je. Serious best. Dia ringan. Kalau sesetengah product yang aku dah cuba, lepas basuh, kulit muka jadi kering and tegang. Aku tak suka. Dia seolah memaksa kulit tu walhal kulit tu kena relax je sebenarnya. Aku jarang pakai scrub lepas pakai Clinique ni sebab cleanser dia tolong tanggalkan sekali kuit kering atau apa apa objek asing atas muka tu. Sebab tu Clinique sendiri galakkan pakai toner dia lepas basuh. Sebab atas kapas tu nanti, barulah korang nampak kulit kering, daki, make-up minggu lepas, kerak kuali.
Euw?
Toner tu aku pakai dalam dua kapas. Setiap kapas setitik dua je. Tapi mak aih. Kapas pertama tu jangan cakap la. Haha. Kapas kedua, biasanya aku pakai dah bersih dah. Atas kapas tu confirm tak ada apa tinggal. Even masa facial session hari tu pun, walaupun tak ada blackhead and whitehead, kulit kering tetap ada sebab kena matahari and kena aircond. Tapi bergantung la pada kulit masing masing kan? Maybe masa mula banyak la kot kulit kering. Tapi nanti lama lama dia okay. Kalau ada yang nak beli, make sure korang tahu jenis kulit sendiri ya. Kulit oren ke, kulit limau purut ke. Kulit buah tomato ke. Haha. Okay gurau. Kulit kita ada yang berminyak, ada yang kering ada yang combination skin. Combination skin ni macam aku. Bahagian pipi aku okay. Tapi dekat dahi dengan T-Zone aku sometimes berminyak. Ha itu namanya combination skin sebab ada bahagian okay, ada bahagian tak okay. Gittew. Kalau tak pasti, boleh je nak tanya salesgirl tu. Clinique ni ada jual dekat Parkson and Sephora. Kalau dekat Parkson, dia boleh tolong check sekali status kulit muka kita. Tapi kalau kau nak check status kulit muka dekat kedai mamak, dia check je pakai mesin pengayak tepung. Haha.
Jangan lupa pakai krim pelembab atau moisturiser okay? Amat penting untuk kalian tahu status kulit muka sebab aku pernah tersalah beli moisturiser untuk oily skin, memang kering muka aku. Sebab dia nak keringkan minyak yang tak ada. Begitulah vice versa. Lagi satu pasal toner ni, dia kecutkan balik por-pori korang yang dah bersih tadi. Bayangkan kalau dah basuh tapi pori-pori tak tutup balik? Euw. Aku jadi lebih OCD dalam mencuci muka bila aku dapat tahu yang masa kita tidur, akan ada hama panjat ke muka kita and melakukan aktiviti intim-intim sambil berak atas muka. Yuck! Memang la tak nampak tapi kalian kena tahu jugak, kulit muka kita ni dia main sedut je apa apa atas muka. Di tekankan juga, kalau basuh muka atau pakai toner, jauhkan dari bahagian mata. Selalu dengar, kan? Sebab kulit bawah mata kita adalah kulit yang paling nipis di anggota badan kita. Kalau tengok kawan mata panda tapi tidur cukup, itu sebab dia gosok mata. Gosok mata pun boleh jadi punca gelap bawah mata sebab geseran tu. Di sebabkan nipislah, bila pakai apa apa product, kena jauhkan dari bahagian mata sebab takut effect terlalu kuat & menyebabkan mata rosak.
Jangan lupa pakai krim pelembab atau moisturiser okay? Amat penting untuk kalian tahu status kulit muka sebab aku pernah tersalah beli moisturiser untuk oily skin, memang kering muka aku. Sebab dia nak keringkan minyak yang tak ada. Begitulah vice versa. Lagi satu pasal toner ni, dia kecutkan balik por-pori korang yang dah bersih tadi. Bayangkan kalau dah basuh tapi pori-pori tak tutup balik? Euw. Aku jadi lebih OCD dalam mencuci muka bila aku dapat tahu yang masa kita tidur, akan ada hama panjat ke muka kita and melakukan aktiviti intim-intim sambil berak atas muka. Yuck! Memang la tak nampak tapi kalian kena tahu jugak, kulit muka kita ni dia main sedut je apa apa atas muka. Di tekankan juga, kalau basuh muka atau pakai toner, jauhkan dari bahagian mata. Selalu dengar, kan? Sebab kulit bawah mata kita adalah kulit yang paling nipis di anggota badan kita. Kalau tengok kawan mata panda tapi tidur cukup, itu sebab dia gosok mata. Gosok mata pun boleh jadi punca gelap bawah mata sebab geseran tu. Di sebabkan nipislah, bila pakai apa apa product, kena jauhkan dari bahagian mata sebab takut effect terlalu kuat & menyebabkan mata rosak.
Pada aku, tak salah untuk habiskan duit untuk diri sendiri. Aku suka je pergi manicure, pedicure, urut sana sini, beli product kecantikan. Kadang mahal. Kadang kalau dah miskin, aku cuci muka pakai shampoo je. Haha. Tak la tipu. Reward yourself. Ikut kemampuan tau. Yang penting, pandai jaga kebersihan muka, ambil tahu jenis kulit muka. Kalau dah rasa product tu sesuai dengan diri sendiri, teruskan pakai and improve cara penggunaan from time to time. Macam masa cuci tu biasanya pakai tangan. Lain kali upgrade sikit pakai berus sabut berus jamban ISH. upgrade sikit pakai sponge lembut ke, berus gigi baby ke, berus gigi yang pakai battery tu pun boleh. Kalau nak best, boleh beli sponge muka dekat body shop. Ala yang mana boleh je. Okay?
Stay pretty and clean, girls. I is keletihan. Kalau ada cadangan / pertanyaan, boleh je hembus dekat comment bawah okay? Macam biasa, i akan reply. Korang mesti tak tahu aku reply kan? Sebab aku pun tak tahu korang tahu ke tak aku reply. Haha.
Mwa Mwa,
AisyaAzman
* This is not a sponsored post. I buy them myself menggunakan titik peluh keringat bekerja.
** I do no get paid for promoting certain brands. Tak dapat apa melainkan penat dan puas sebab dapat share. Hiks.
Best kan dapat shopping untuk makeup. Boleh sawan kejap ����
ReplyDeleteoh mekap saya pun boleh gila kalau masuk sephora berus set buat saya nak beli semua nya setiap inch and besar hehehe
ReplyDeletejemput baca entri Legoland Malaysia
Part 1 | Part 2
cantik orangnya :)
ReplyDeletewahhh thanks for the tips! I need this! hehe masih mencari-cari cleanser yg menarik & macam best je pproducts kat atas ni ;)
ReplyDeleteKalau cuci muka pun kena avoid bahagian bawah mata ke?
ReplyDeleteoh yes. kalau nak cuci muka, cuba avoid bahagian mata dan bawah mata. you will never know how string the chemical is since the skin under yout eyes are so delicate ;)
Delete