Friday, November 20, 2015

Officially a graduate in Architecture!

Elo!

Mesti ramai yang dah tunggu keputusan pemenang birthday giveaway tu kan? Nak tau tak kenapa aku pilih untuk umumkan 17hb? Sebab


KITA DAH GRADUATE!

Niat di hati, nak la berkongsi kegembiraan dengan mengumumkan pemenang sekali. Tapi apakan daya, penat tahap cipan. Meh duduk and baca cerita aku. Haha.

Al-kisahnya beberapa bulan lepas, dapat surat daripada Institut mengenai konvokesyen. Aku melompat la happy. Aku terus duduk bersila depan mak yang tengah sedap tengok tv. Tiba-tiba mak cakap

"Mak dah lama tak bercuti"

Tanpa berfikir panjang, aku terus bukak agoda.com, tengok hotel terdekat dengan Putrajaya Convention Centre. Aku pilih Pullman Putrajaya Lakeside. Masa tu harga agak murah. RM200+ one night. Kalau harga biasa aku rasa dalam RM400+ kot. Lagipun konvokesyen aku dijalankan pada hari Selasa. Aku dah siap siap mintak cuti. Dapat la jugak merasa cuti 4 hari. Walaupun termasuk Sabtu Ahad.

Mak pun setuju bila aku cakap nak book tidur situ. Sebab utama aku nak tidur situ adalah kerana konvokesyen aku Sidang 1, jadi mula awal pagi untuk pendaftaran. Dalam pukul 7.15 hingga 7.45 pagi sahaja. Disebabkan aku terfikir pulak keadaan tempat letak kereta yang menyakitkan hati dekat PICC tu, eloklah kalau kita bermalam dekat sana. Satu malam pun jadilah. Adik adik aku tak dapat ikut sebab sorang ada kelas, sorang lagi kerja. Bonus untuk aku sebab dapat jugak merasa jadi anak tunggal sekejap. Haha.

Hari Isnin tu (16hb) bertolak dari rumah dalam pukul 1:15pm sebab check in pukul 2pm. Rasa rugi la kalau sampai lambat. Hujan sangat lebat masa tu, tapi tak apa, janji dapat sampai dengan selamat. Sampai Pullman Putrajaya Lakeside pukul 2:15pm. Okay la. Tak ada la rasa rugi sangat. The parking area agak sedih la sikit. Susah nak cari and parking space dia macam jenis, leceh. Janji ada parking space sudah. Okay. Itu judgment aku yang pertama. Entahlah, mungkin sebab masa belajar dulu, first assignment aku kena buat hotel, aku ada baca, first impression customer bila ke hotel. Pertama, exterior bangunan tu. Kedua, parking jenis friendly ke tidak. Ketiga, lobby. Selangkah je aku masuk lobby, aku dah rasa semacam.



Dari segi exterior aku suka la. Sebab ada unsur unsur traditional sikit. 

 Sendu betul counter dia. Sedih aku tengok. 

Ini ruang menunggu. Unlike hotel lain yang besar and selesa ruang menunggunya. Seats pun 
limited. Aku dulukan parents aku untuk duduk. Aku berdiri la kekdahnya. 

First impression aku untuk ketiga tiga tadi tu, exterior je okay sebab bangunan dia ala ala Terengganu. Tapi untuk parking dengan lobby, memang thumbs down. Selangkah je aku masuk lobby, dalam hati aku

"This better be good."

Ingatkan sampai boleh terus ambik bilik, rupanya belum boleh lagi. Dalam 15 minit jugak tunggu turn. Itu baru tunggu giliran tau? Belum dapat bilik lagi. Finally baru ada one of the staffs approach and mintak IC since aku book pakai Agoda. Kena tunggu pulak dia selesaikan registration. Sebelum dia settlekan registration aku, dia bagi coupon welcome drink dekat China Bar & Lounge.


Ini lah rupa China Bar & Lounge tu. Of kos la ni bukan gambar hasil tangkapan aku
memandangkan skill tangkap gambar aku kelaut. Yang pastinya abang buat air tu sama.
Tak caya pergi la. Dia awal awal lagi dah senyum. Kurang sikit rasa nak marah.

 Mak bangun, mak! Tunggu bilik kejap. Jangan tido sini!

 Aku tak berapa suka sangat color pallete dia sebab nampak gelap and suram. Whatever la kan.
Haha. Janji selesa.

Hasil daripada coupon tadi, kami bertiga dapat minum air mangga. Boleh tahan la.
Sedap jugak. 

Eh kejap. Bilik aku mana, bilik aku? 

Air dah nak habis. Abah pulak kelihatan penat. Aku pada tadi kehulu kehilir depan counter lobby tu biar dia nampak aku tunggu. Sesekali aku tanya, katanya bilik belum ready lagi. Masa tu dia jawab..

"Kita mestilah nak customer duduk dalam bilik selesa, kan?
Takkan nak bagi bilik kotor."

Berani la bagi bilik kotor, tengok nanti aku berubah jadi incredible hulk. Pada aku jawapan tu tak membantu lansung. Lagi buat aku marah. 

"Kalau nak jugak bilik, kalau tak boleh tunggu, saya boleh bagi, tapi
bilik jauh la. Mungkin awak blok lain, parents awak block lain.
Utara Selatan"

Aku tahan lagi.

"Sebenarnya kami kena ikut kepantasan house keeping. Kalau cepat, cepat la cik 
dapat bilik"

Aku dah mula bersuara

"Orang datang awal, bersebab. Kalau dah tau orang nak check in pukul 2, siapkan awal.
House Keeping lambat, is not my problem. Awak dah libatkan masa saya. Saya pulak yang
kena tunggu house keeping? Saya datang pukul 2 lebih, that girl told me pukul 4 baru dapat bilik."

Its a freaking 5 star hotel tapi service dia memang total thumbs down. Maknanya betul la first impression aku tadi. Sebab aku tengok lobby and management pun ke laut. Aku siap bagitau mak aku lagi

"Tengok lobby pun i dah rasa something"

Sebab lobby dia kecik sangat. Aku risau je bapak aku mengamuk. Sebab tu aku rela settle sendiri. Disebalik tu semua, aku fikir baik, mungkin ramai or ada event. Aku beranikan diri ajak mak abah pergi makan dulu. Ada few restaurants dekat hotel ni.

Muka mak abah dah tension masa ni. Tengah google nak makan dekat mana. Sebab semua
restaurant dekat hotel ni tutup. Pukul 7pm nanti baru bukak. Adui. Satu je restaurant yang
bukak, nama restaurant tu B's. So, ke sana la kita.

Sebelum keluar lobby, aku pesan lagi sekali. Better by 4pm bilik dah ada. Dia angguk je. Aku tinggalkan beg dekat kaunter lobby nan sendu tu, menapak la pergi restaurant.

B's Restaurant. Aku rasa pemilik hotel ni suka warna merah la. Sana sini merah aku
tengok. Gelap je interior.

Kesian mak penat tunggu bilik. Nah bunga plastik. Hewhew.

Datang la waiter ni bawak menu. Ohoi aku tengok Char Kuey Tiau RM36. Belum lagi minum and makan yang lain. Tutup mata je la. Jom la isi perut sebelum emosi terganggu dek kerana lapar.

Sementara tunggu makanan siap, dia bagi roti comel comel ni. Aku ni cukup suka butter
hotel. Haha. Pergi mana mana hotel, mesti aku cekau butter dulu.

Mak abah order air teh tarik dengan nescafe. Dua dua harga RM14 untuk satu cawan.

Aku order Mango Lassi. RM21.


Abah makan Nasi Ayam Dara Guling. RM 33. Tak ada apa yang special. Sambal pun tak ada.  Rempah dekat ayam tu tak berapa nak sedap. Dia bagi sup kosong instead of kari or gulai. Yang spe'sial' nya cuma harga je la. Kesian bapak aku. Dia ingat special la sangat. Mana tau ada kelainan dari kedai biasa biasa.


Mak order Lamb Masala. RM 33. Pada aku ni worth the money la sebab ada kuah. Lamb pun banyak. Mak aku makan dengan puas hati.


Ni sis punya. Smoked Salmon. RM48. Harga kalah mak bapak punya. Aku nak makan lain sebenarnya. Tapi mak aku pulak paksa makan Salmon sebab dia kata dari hari tu aku duk 'berzikir' nak makan Salmon. Memang la tapi bukan dekat sini. Tengok la harga dia. Kenyang terus aku.


Nah, sis closeup sikit. Aku tengok rupa Salmon tu agak menakutkan, ya adik adik. Kering semacam. Tapi bila dah potong, ya ampun sedap pulak. Aku ni jenis manusia tak suka makan sayur. Di sebabkan RM48, buat pertama kali dalam hidup, aku makan Asparagus. Itu pun sepotong dalam 1 cm macam tu. Yang lain semua aku bagi Abah. Korang kena faham, orang berumur perlukan nutrisi yang lebih. #SisPerihatin. Kira okay la aku makan Asparagus 1 cm. Aku dapat rasa nutrisi Asparagus tu meresap ke dalam badan aku. Rasa lain sangat. Achievement unlocked! Haha!

Pada aku it is kinda rude to disturb your parents while they are eating, ambik makanan dari pinggan diorang dan sebagainya. I was taking photos of my dish. Mak nampak. Dia kata,

"Yang ni tak nak tangkap ke?"

Aku terus bangun tangkap gambar Lamb Masala dia. Lepas tu abah pun nak jugak..

"Nah, ayam guling abah ni sekali"

Aku senyum and layankan je la. Aku jarang sangat nak tangkap tangkap gambar. Ini pun parents aku bagi kebenaran. Kalau tak, memang tak aku nak tangkap gambar. Agak kurang sopan pada aku. 

Dah habis makan tu, aku harap sangat lobby akan call cakap bilik dah sedia. Aku sengaja lengah-lengahkan mak abah. 


Posing sikit, pakcik. Sini la kitorang makan. Total dalam RM170+. Hmm ok la. Tiga orang makan. Masa tu baru lepas hujan, tangga situ agak slippery. Abah tolong mak turun tangga. Aku cepat cepat pergi lobby nak tanya bilik. Nasib baik dia kata bilik dah prepare. Jom la kita tengok bilik pulak. 


My room for a night. Cantik. Aku tolak katil dua dua tu kasi rapat. Tapi tak dapat pun tidur sebab kalau baring tengah tu, lama lama dia akan ada gap balik. Hampeh betul. Nasib baik mak abah bilik sebelah je. Boleh aku datang kacau. Hihi.


Tandas dia kecik tapi aku suka. Siap ada bathtub. Tepi bathtub tu ada tingkap kalau korang nak main cak cak dengan sesiapa atas katil tu. Haha. Nak tengok TV sambil mandi pun boleh. 


Sis belanja selfie satu. Yang pipi tu sebab sisa Smoked Salmon tadi. Aku sengaja simpan sikit dalam pipi. Ye la kan, mana tau malam nanti lapar tiba tiba. Haha!


Aku rasa above all, this is my fave spot la kot. Aku baru nak feeling feeling baca buku sambil bukak tingkap. Tapi rasa rugi pulak. Baik aku memalaskan diri dengan 'berenang' atas katil. Haha. Dalam masa rehat rehat tu, dapat la aku relax dengan berkubang dalam bathtub. Tengok TV bagai. Tau tau dah pukul 8 malam. Aku dah mati kutu. Sorang sorang duduk dalam bilik, bosan. Adik adik tak ada. Tak dapat aku nak bebel bebel. Aku pun lari pergi bilik parents aku. Ajak makan malam dekat Alamanda. Haha. Mak aku ni cukup payah kalau nak ajak berjalan. Tapi malam tu dia layankan saja aku ni. Sampai Alamanda, rasa bosan pulak sebab tempat tu macam tak ada apa apa. Dah la jauh dari hotel. Ingat dapat la shopping shopping sikit. Tapi hampa. Tapau Burger King, makan dalam bilik masing masing.

Dah siap makan, basuh muka, gosok gigi, pakai mask, aku kunci jam pukul 5 pagi. Sebab aku tau bila bab nak bersiap ni, aku makan masa lama. Nak pergi makan sarapan dalam pukul 6.30pagi. Nak makeup makeup semua. 


Kitty says "Goodnight!"

---------------------------------------------------------

Pagi tu alarm bunyi, aku terjaga pukul 5.30pagi. Apalagi, #SisMelompat! . Nasib baik sempat makeup semua. Senonoh la sikit muka ni nak tangkap gambar and ambik scroll. Disebabkan nak kejar masa, pukul 6.30pagi tepat aku dah keluar bilik panggil mak abah. Tangkap gambar buffet sarapan pun tak sempat. 

Aku rasa bab convo convo tak ada nak bercerita sangat la kot dekat blog ni. Nah aku share few gambar dengan kawan kawan seperjuangan. 


Sebelum masuk dewan besar, kitorang kena dengar taklimat dulu. Disebabkan tak cukup kerusi, aku kena berdiri. Aku bosan. Aku selfie. Siapa suruh tak bagi sis kerusi? Maka bertaklimat la sorang sorang dekat depan tu. 


Dah masuk dewan besar. Nervous pulak rasa walaupun ni kali kedua aku convo. 


Dah naik pentas, lega gila rasa. Terus selfie hantar dekat mak abah yang duduk entah dekat mana.  



Tangkap gambar dengan classmate and roomate sebelum daftar and dapatkan jubah. Semua masih sama. Cuma sorang tu je dah mengandung sebab lepas habis belajar, terus kahwin. Haha. Tak ada dalam gambar pun. Entah mana dia pergi.




Muka bahagia masing masing lepas dapat scroll. Sebenarnya batch sebelum kitorang, banyak tak lepas final presentation and exam sebab susah katanya. Aku ingat lagi, kita semua berazam untuk saling tolong kawan kawan yang tertinggal supaya semua dapat graduate sama sama. Alhamdulillah, misi tercapai. Memang rasa bahagia tapi ..






.. tak ada yang lebih membahagiakan selain daripada tengok mak abah kita tersenyum sebab kita dah berjaya tamatkan pelajaran. Walaupun aku aim untuk dapat anugerah tokoh graduan terbaik, tapi aku tak dapat. Its okay. Dapat merasa jadi pelajar terbaik hari tu pun aku dah bersyukur sangat. Sementara mak bapak kita ni masih hidup, kita kena bahagiakan diorang sehabis daya kita. Aku belum lagi cerita macam mana aku struggle untuk sesuaikan diri supaya jatuh cinta dengan Architecture. Aku buat sebab abah suruh. Aku buat untuk mak bapak aku. Aku percaya sangat, kalau mak bapak redha, Allah akan turut redha. Alhamdulillah, jalan aku dipermudahkan selama tempoh pembelajaran. Dah habis sesi bergambar, aku pulangkan jubah. Masa tu terus dapat sijil & pointer untuk seluruh semester. Alhamdulillah, aku dapat 3.89. Sikit je lagi nak dapat 4 flat. Tapi bila tengok mak abah senyum macam ni, aku rasa lagi bersemangat nak banggakan diorang lagi dan lagi. Apa agaknya misi lepas ni, kan? Belajar dah habis. Kerja pun dah okay. Biar Allah yang tentukan.

Mak Abah,

This is for you. Not at all for me. Cuma nak bagitau yang Aisyah belum puas banggakan mak abah. i hope this is not the last and i hope this is the start of everything. Finally baru Aisyah nampak hikmahnya bila kita dahulukan orang tua. Semoga Allah berkati. Amin.

Esoknya masuk office ada surprise pulak dari boss..


Kebetulan ada officemate tu pun graduate hari tu, dia bagi chocolate chip banana cupcakes. Anak dia 3 tahun buatkan. Comel gila!


Alahai bos, kesian betul. Aku selalu tak faham apa dia tulis. Haha. Kalau dia ada draft apa apa e-mail or notes, mesti aku tak faham apa dia tulis. Alhamdulillah, rezeki aku untuk rasa gembira :)


Together? Together :')

Sis Berjuang,
AisyaAzman 

Monday, November 2, 2015

From Heavy Metal to a Fluffy Kitty

Elo.

Sebenarnya aku tertarik dengan Kempen Tutup Aurat yang saudari Cik Belon ajak melalui chatbox tepi tu, boleh baca dengan lebih lanjut dekat sini . 

Somehow sebenarnya membuatkan aku rindu pada seseorang. Seseorang yang sangat rapat dengan diri aku. Bukan nak buka aib, tapi sekadar perkongsian. Dulu aku terkenal dengan sifat rebellious aku. Muka kau ni bersepah dekat gig sana sini. Hampir setiap minggu, aku keluar berhibur dengan kawan kawan. Aku tak fikir mak bapak dekat rumah. Abah aku sampai pagi, tidur dekat ruang tamu dengan TV terbuka. Bila aku balik, dia terpinga pinga bangun, terus masuk bilik. Saat tu, dia dah tak mampu nak kata apa. Dia sendiri dah hilang kata kata. Pada aku, kalau sampai mak bapak dah tak boleh tegur tu maknanya dah teruk sangat la perangai kau. Tapi masa tu, aku cuma fikir diri aku sendiri. Aku terlalu mahukan sesuatu tapi aku tak tahu apa. Pakaian aku, tak mampu la aku nak jelaskan, cukuplah sekadar membuatkan lelaki tidak mengalihkan pandangan. Tindik pula di bawah bibir, kening dan lidah aku. Entah. Aku rasa bila sakit kena tebuk tu, tak dapat tandingi rasa sakit aku dalam hati tika tu. Bodohnya.

Sampailah satu masa aku tengok cermin, aku tanya diri aku sendiri

"Aku ni beragama Islam ke?"

Aku cuba tengok diri aku sendiri. Sebab dah beberapa kali aku dihampiri orang tak dikenali, tanya apa agama aku. Aku sedih. Hati aku jadi lembut. Satu persatu subang aku tanggalkan. Baju baju aku semua aku tukar. Tiada lagi bergambar khinzir. Tiada lagi pakai yang tercatat kata kata kesat. Mungkin saat tu aku dah mula rasa letih. Selama ni aku cuma lari dari masalah. Bukan selesaikan masalah. 



Aku ingat lagi masa tu tahun 2011, trend Hana Tajima tengah top. Aku pun ada terfikir nak pakai tudung. Nak cuba sehari je sebenarnya, lalu aku pun meng-Hana Tajima-kan diri aku. Tak selesa okay?! Kepala aku dah bengkak bengkak tercucuk dek jarum. Akhirnya aku kembali kepada tudung bawal & tudung sarung. Tapi masa tu semua atas dada. Lama lama aku sendiri rasa macam 'tak siap'. Rasa macam, ish tak la. Bukan macam ni sebenarnya.

Mungkin jodoh Allah, aku ada jumpa seorang teman, yang merupakan seorang ustaz, dia dah lama baca blog lama aku. Dia kata dia suka bila aku cerita pasal perjalanan aku pakai tudung semua. So entry ni sebenarnya summary untuk semua entry aku dari blog lama. Kalau sudi membaca, silakan. Lama-lama aku semakin rapat, bukan rapat macam mana, aku rasa macam ada anchor. Ada tempat untuk aku tanya semua soalan soalan bodoh. Dia pun jawab je semua soalan aku. Sampailah dia kata ada Islamic Event dekat PICC, Twins of Faith namanya. Dia ada 10 ticket free. Dia bagi satu pada aku. Aku masa tu fikir pasal transport. Dari rumah nak ke sana, bukan dekat. Aku ambil ticket tu, tapi hati aku belum lagi terbuka untuk pergi. 

Tarikh yang di nantikan telah tiba. Event bakal bermula dalam beberapa jam lagi. Aku mesej dia, aku minta maaf aku tidak dapat hadir. Dia terus telefon aku. Tak pernah pernah dia telefon. Aku jawab. Suara dia kedengaran tegas. Sangat tegas suruh aku usaha untuk hadirkan diri. Seolah tak nak aku lepaskan peluang. Mungkin doa daripada dia juga, aku sampai. Masa tu aku pakai baju kurta labuh sampai lutut, seluar jeans dan tudung bawal pin tepi. Masuk je PICC, aku jadi segan sendiri. Semua pakai tudung labuh, pakai jubah, bagi salam tanpa peduli siapa. Sejujurnya aku rasa macam aku di syurga. Siapa semua ni? Dari mana mereka datang? Aku tertanya. Memandangkan event tu selama dua hari, hari kedua aku decide untuk pakai jubah dan selendang tutup dada. Nawaitunya hanya untuk merasa. Alhamdulillah, aku rasa tenang and sudah tentu, covered!

Aku masih ingat lagi masa aku berkeputusan untuk bertudung, gambar pertama aku bertudung
membuatkan seluruh rakyat FB (dalam friendlist) terkejut. Tidak lama selepas tu, aku 
terima tudung labuh begini daripada sepupu aku yang duduk di Kedah. Aku tak pernah
pakai tudung ni. Aku rasa di sayangi sangat :')

Esoknya hari isnin, aku terduduk. Macam mana nak ke pejabat? Baju apa aku nak pakai? Pakaian semalam sangat sangat selesa sehinggakan bila aku terfikir pagi ni, aku tersenyum. Ah. Aku gagahkan diri. Aku pakai jugak. Aku naik LRT. Untuk kali pertama sepanjang hidup aku, tak ada siapa pandang aku & aku rasa sangat sangat selesa. Sampai pejabat, kena bahan. Macam biasa. Aku diam. Aku sedih sebab suasana semalam tu, dah tak ada. Sedih sebab kena hadap dunia realiti yang kotor dan kejam. 

Siapa kata istiqamah tu senang? Dan siapa pula yang kata untuk berubah itu susah?

Berubah itu senang. Macam aku, aku bangun pagi, terus decide nak tutup aurat. Tapi nak kekalkan? Allah sahaja yang tahu. Aku tak boleh terlalu selesa. Dalam hidup ni kena selalu improve. Aku tak boleh simpan perasaan

"Ala janji aku pakai tudung"

Lama lama aku semakin jauh. Pakaian aku perlahan lahan kembali kepada asal. Tudung tetap ada. Tapi pakaian aku masih tidak mematuhi syarat yang sepatutnya. Banyak betul dugaan yang datang dalam tempoh aku nak berubah. Aku dah mula bekerja, aku dah ada gaji sendiri. Kalau kalian baca entry entry sebelum ni, aku dah mula terjebak dengan make-up. Aku tak nafikan sebelum aku bertudung, aku bersolek juga. Kemudian aku nipiskan sampai hampir tak pakai apa apa. Sekarang bila dah bertudung labuh, aku suka bersolek pula. Alahai, iman naik turun. Macam tu la. Kalau aku boleh kira balik koleksi make-up aku boleh cecah ribu ringgit. Menyesal pun ada kadang kadang. Entah sejak bila aku mula suka bersolek balik pun aku tak sedar. Sekarang aku dah nekad untuk kurangkan solekkan aku. Perlahan lahan. Sebab aku rindu. Aku rindu diri aku yang dulu. Yang jauh lebih tenang. Yang tidak jauh pada fitrah. 

Masa ni aku dah mula tolak tepi semua makeup. Kening aku pun macam sedih je 
masa ni. Tapi aku tak peduli. Bedak aku pun aku pakai MAC je. Nipis macam kulit
bawang. Mata pulak pakai mascara sikit. Dah. Siap. Keluar kalau tak pakai stokin,
aku rasa macam 'berbogel'

Bukan aku nak kata sekarang aku pakai seksi, cuma aku rasa tak cukup syarat. Kadang kadang tudung aku pendek sikit. Kadang kadang aku tak pakai stokin. Hand sock jangan cakap la. Sekarang dah tak pakai lansung. Yes indeed. Aku rasa macam keluar rumah dalam keadaan 'tak siap'.



Sempena ulang tahun kelahiran aku ni, aku nak tanamkan azam aku. Kembali kepada fitrah sebagai seorang wanita yang menjaga auratnya. Apalah maknanya umur meningkat tapi masih lagi di takuk yang sama. Aku tak sepatutnya sibuk fikir apa pandangan orang terhadap aku. Aku ni nak kata cantik sangat, tidak la. Harapkan makeup aku tu je. Kalau makeup pun orang tengok tak berapa inikan pulak tak bersolek?

Ini gambar terbaru. Aku masih rasa belum sempurna pemakaian aku yang terkini. InsyaAllah. Baby steps, Aisya. Baby steps!

Ish! Jangan macam tu. Orang yang rendah keyakinan diri adalah orang yang tidak yakin pada Allah. Sekarang ni aku dah kurang pakai alat solek. Aku pergi pejabat pun, lepas solat Zohor, aku dah tak pakai apa apa dah. Pakai bedak baby tu je. Lantak la bos aku tengok aku tak bermaya pun. Siapa dia aku nak impress kan? Dia lelaki yang aku tak kenal. I think other girls should remember and remain reminded. Biar rendah di bumi, tapi di langit kita tinggi. Allah mungkin tengok kita senyum ja :')


Somehow, aku rasa sangat bersyukur aku diberi pulang untuk merasa both worlds. Zaman jahil & zaman berubah. Membuatkan aku tak berani untuk menilai orang yang kelihatan jahil sekarang sebab dulu pun aku macam tu. Membuatkan aku rasa nak tolong mereka yang masih mencari inspirasi. Membuatkan aku hormat pada mereka yang telahpun berhijrah lebih lama dari aku. Ingin aku tegaskan lagi, bukan senang, kawan. Mereka yang mungkin telah dibiasakan sejak kecil untuk menutup aurat, sangat berbeza dengan yang masih tidak biasa.

Sama-samalah kita kembali kepada fitrah kita. Kembali dekat dengan Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Syurga tu terlalu besar untuk kita sorang, kan? Aku semakin sedar, aku berubah sangat drastik. Aku berubah penampilan dulu baru focus pada solat. Tapi pokoknya, setapak kehadapan, kan? InsyaAllah. Dalam apa jua keadaan.. Lillahita'ala.

Dulu daripada ketiga, terus ke-lapan. Dari lapan jatuh ke-lima.
Kini ke-tujuh. Jom maintain yang ke-lapan sampai bila bila :')


Sis nak jadi Solehah,
AisyaAzman




P/s : Yang pasal ustaz tu, dia baru je kahwin hari tu. Melepas? Eh tak la. Kalau aku mampu jumpa orang macam dia, aku yakin Allah akan rancang seseorang yang lebih baik dari dia untuk aku. Amin :')

Persiapan sebelum travelling 1.1

Elo!

Hari ni macam tak ada kerja pulak sebab hari tu dah puas bertungkus lumus, hari ni relax sikit. Sementara tunggu simulation habis runnning, makanya aku decide untuk update aktiviti sabtu lepas. Yay!

Seperti yang ramai tahu, sabtu lepas adalah hari jadi aku. Hari jumaat tu aku dah letih, aku decide nak tidur awal (read tidur as scroll handphone). Aku rasa dalam pukul 12.04pm tu, mak aku ketuk pintu. Aku tak expect apa apa pun sebab macam tahun tahun sebelumnya, i dont celebrate my birthday. Paling paling pun balas birthday wishes dekat Facebook, Instagram and wishes from my family. Mak pun akan peluk and wish me all the best. Thats it.

So masa mak aku ketuk pintu tu, aku just assume dia nak peluk je la. Aku pun bukak la dengan mata separuh bukak sebab silau. Tiba tiba..


Happy Birthday to you~
Happy Birthday to you~
Happy Birthday to Acha
Happy Birthday to you.
Wuuuu~

That was exactly what i heard. Cuma aku dapat dengar suara bapak aku je. Dia nyanyi lain sikit. Macam ni..

Happy Birthday to you~
Happy Birthday to you~
Happy Birthday to Gemok
Happy Birthday to you.
Wuuuu~

Orang lain nak wuu, dia pun nak wuu jugak. Comel la bapak aku ni! I feel like a kid again. Dari lilin tu dah nampak agaknya berapa umur aku. I honestly dont remember when was the last time i blew candles. Rasanya kali terakhir tak sebanyak tu. Haha. Lebih sikit kudrat untuk tiup lilin tahun ni. Alhamdulillah!

Aku terus basuh muka, potong kek, makan dengan semua. Bayangkan pukul 12 pagi? Haha. Ingat esoknya, hari Sabtu tu nak duduk rumah je, tapi tiba-tiba S.G whatsapp ajak keluar pulak. Halah. Pagi pulak tu. Tapi dia punya 'pagi' tu aku dah faham sangat dah. Sebagai seorang perempuan dan anak dara yang di didik dengan baik, aku bangun awal hari Sabtu tu. Dalam pukul 8:30pagi aku dah keluar belikan nasi lemak untuk ahli penduduk tetap rumah ku. Aku tunggu jugak si SG ni whatsapp aku. Katanya pukul 10 dah gerak. Lepas makan nasi lemak tu aku mengantuk gila. Aku siap tidur balik. Aku kunci jam takut terlajak. 

Lapar pulak aku tengok nasi lemak ni. Ohoi!

Tiba tiba dalam pukul 10 lebih tu S.G whatsapp dia kata dia baru bangun. Kan aku dah cakap? Hahaha. Lantak kau la. Aku pun sedap tidur balik tadi. Makanya setelah bersiap siaga, kami pun mulakan perjalanan ke Subang Jaya. Kitorang ni malas nak pergi tempat jejauh tanpa sebab. Tapi ada apa di Subang Jaya yang menyebabkan kami beria sangat nak ke sana?


Aku rasa ramai dah tahu sebab dah viral dah benda ni. Aku pun dah prepare for the worst. Aku ni cukup tak gemar nak selit selitkan badan antara manusia ni. Aku cepat lemas. Aku dah bagitau S.G kalau aku pengsan atau lemas, sila dukung aku dan letak ke tepi dengan kasih sayang. Haha. Then S.G tanya aku

"Cuba kira berapa ramai orang bawak stroller"

Ramai jugak la yang bawak. Aku bukan nak cakap apa, but have some common sense la. Tempat tu sempit. Nak bawak stroller. Yang dalam stroller tu, anak. Dah la panas, tak selesa, tambah pulak buat tempat tu tambah sempit. Tak kurang jugak berapa kali stroller langgar objek sana sini. Kalau tak nak fikir pasal orang lain, at least fikir untuk anak sendiri la. Berapa ramai orang dekat situ, banyak jangkitan. Bukan bersih sangat pun. So please. Korang takkan nampak aku dekat FoodFest ke, Karnival Jom Heboh ke, whatever la. 

Rambang la jugak mata sementara ada dekat sana. Aku memang malas nak berhenti berhenti ambik gambar dekat dalam. Sepanjang aku dekat sana, aku sibuk nak tengok kasut, ramai jugak yang sebok ambik gambar. Nak masuk blog lettew. Ni lagi satu aku nak bebel, boleh tak tepi? I mean, i am also a blogger tapi aku tengok keadaan jugak nak mengambil gambar. Tengah syok jalan, tetiba orang depan tu berhenti, halang jalan. Semata? Nak tangkap gambar SELURUH rak kasut tu. Motif aku di situ? Haruslah tunggu dia habiskan sesi bergambar. Please. Tengah ramai tu wey kak oi. Aku memang kemam bibir je dekat situ tahan geram.

Aku dengan S.G cuba focus pada misi sebenar yakni cari Daypack dan Kasut kalau ada. Kasut tu aku tak berapa sangat sebab aku ada few shoes at home yang tak berpakai sangat. Ada la jugak beberapa kasut yang murah tapi macam biasa la, tak menarik sangat. Banyak kasut Puma Suede. Ramai yang tahu, fabrik baldu ni sensitif sikit. Aku rasa memang tak sesuai nak dibawa travel. Makanya, aku skip. Terus cari Daypack. Akhirnya aku jumpa Daypack Gelert 35L dengan harga RM85. Aku suka. Aku terus ambik, peluk. Ha gitu. Haha. Jalan lagi jumpa pulak Karrimor Wash Bag. Harga asal dalam seratus lebih, tapi hari tu turun jadi RM29. Aku kaut. Haha. 

Aku tak tau S.G ambik apa masa tu. Tau tau, dia dah ada dekat kaunter pembayaran. Ah biar dia survive sendiri. Dia suka marah aku kalau aku hilang dekat mana mana. Dia kalau tak nampak bayangan aku, mula la meroyan. Mesti dia ingat aku tinggalkan dia padahal aku dekat sebelah je. Apa apa je la yang penting tak hilang masa pergi melancong nanti. Haha. Aku ikat dengan tali rafia. 

Hasil tangkapan pada hari itu cuma Gelert and Karrimor RM29 tu je.
Karrimor lagi satu yang besar kelabu tu and water bottle Hello Kitty tu
aku beli masa Sports Direct sale beberapa hari lalu. Boleh baca dekat 

Aku memang tak menahan tengok bag Gelert tu. Aku suka design dia sebab nampak macam lasak sikit. Haha. Aku tak suka kalau kosong je depan tu. Aku pun dah sampai rumah, aku belek belek. Tengok tengok poket dia. Haih bertambah jatuh cinta aku dibuatnya. Terus betulkan tali, kasi sesuai dengan badan sendiri. Ambik feeling dulu. Aku simpan semua dalam satu bag plastik supaya tak berhabuk tapi aku pastikan, beg beg ni yang aku akan nampak dulu bila bangun pagi. Bagi aku semangat untuk terus bekerja keras. Hewhew. 

Lepas dari tu, perut aku dengan S.G dah pedih pedih. Lapar bukan main. Terus gerak pergi Sunway Pyramid. Makan Seoul Garden. Macam biasa, tak ada masa nak tangkap gambar. Haha. Aku rasa aku kena sesuaikan diri menjadi seorang blogger yang kental. Sebab dah lama 'bercuti' kan? Makanya, bagilah aku peluang untuk belajar semula. 

Oh yang penting, kalau ada sesiapa yang nak pergi sale Sports Direct tu, silakan! Aku sangat alu-alukan. Yang penting, semua barang barang dijamin halal. Sekali lagi aku ulang..

HALAL!

Orang Melayu ni biasanya dia nak bukti. Kalau nak bukti sijil, aku tak ada, tapi aku cuma ada ni..


Nasib baik dia tak lukis sekor dekat situ. Haha. No parking rupanya. 
Aku kalau jumpa siapa yang tulis ni, nak je aku lututkan sampai ke Jannah.



Sis Terkejut,
AisyaAzman