Monday, November 2, 2015

From Heavy Metal to a Fluffy Kitty

Elo.

Sebenarnya aku tertarik dengan Kempen Tutup Aurat yang saudari Cik Belon ajak melalui chatbox tepi tu, boleh baca dengan lebih lanjut dekat sini . 

Somehow sebenarnya membuatkan aku rindu pada seseorang. Seseorang yang sangat rapat dengan diri aku. Bukan nak buka aib, tapi sekadar perkongsian. Dulu aku terkenal dengan sifat rebellious aku. Muka kau ni bersepah dekat gig sana sini. Hampir setiap minggu, aku keluar berhibur dengan kawan kawan. Aku tak fikir mak bapak dekat rumah. Abah aku sampai pagi, tidur dekat ruang tamu dengan TV terbuka. Bila aku balik, dia terpinga pinga bangun, terus masuk bilik. Saat tu, dia dah tak mampu nak kata apa. Dia sendiri dah hilang kata kata. Pada aku, kalau sampai mak bapak dah tak boleh tegur tu maknanya dah teruk sangat la perangai kau. Tapi masa tu, aku cuma fikir diri aku sendiri. Aku terlalu mahukan sesuatu tapi aku tak tahu apa. Pakaian aku, tak mampu la aku nak jelaskan, cukuplah sekadar membuatkan lelaki tidak mengalihkan pandangan. Tindik pula di bawah bibir, kening dan lidah aku. Entah. Aku rasa bila sakit kena tebuk tu, tak dapat tandingi rasa sakit aku dalam hati tika tu. Bodohnya.

Sampailah satu masa aku tengok cermin, aku tanya diri aku sendiri

"Aku ni beragama Islam ke?"

Aku cuba tengok diri aku sendiri. Sebab dah beberapa kali aku dihampiri orang tak dikenali, tanya apa agama aku. Aku sedih. Hati aku jadi lembut. Satu persatu subang aku tanggalkan. Baju baju aku semua aku tukar. Tiada lagi bergambar khinzir. Tiada lagi pakai yang tercatat kata kata kesat. Mungkin saat tu aku dah mula rasa letih. Selama ni aku cuma lari dari masalah. Bukan selesaikan masalah. 



Aku ingat lagi masa tu tahun 2011, trend Hana Tajima tengah top. Aku pun ada terfikir nak pakai tudung. Nak cuba sehari je sebenarnya, lalu aku pun meng-Hana Tajima-kan diri aku. Tak selesa okay?! Kepala aku dah bengkak bengkak tercucuk dek jarum. Akhirnya aku kembali kepada tudung bawal & tudung sarung. Tapi masa tu semua atas dada. Lama lama aku sendiri rasa macam 'tak siap'. Rasa macam, ish tak la. Bukan macam ni sebenarnya.

Mungkin jodoh Allah, aku ada jumpa seorang teman, yang merupakan seorang ustaz, dia dah lama baca blog lama aku. Dia kata dia suka bila aku cerita pasal perjalanan aku pakai tudung semua. So entry ni sebenarnya summary untuk semua entry aku dari blog lama. Kalau sudi membaca, silakan. Lama-lama aku semakin rapat, bukan rapat macam mana, aku rasa macam ada anchor. Ada tempat untuk aku tanya semua soalan soalan bodoh. Dia pun jawab je semua soalan aku. Sampailah dia kata ada Islamic Event dekat PICC, Twins of Faith namanya. Dia ada 10 ticket free. Dia bagi satu pada aku. Aku masa tu fikir pasal transport. Dari rumah nak ke sana, bukan dekat. Aku ambil ticket tu, tapi hati aku belum lagi terbuka untuk pergi. 

Tarikh yang di nantikan telah tiba. Event bakal bermula dalam beberapa jam lagi. Aku mesej dia, aku minta maaf aku tidak dapat hadir. Dia terus telefon aku. Tak pernah pernah dia telefon. Aku jawab. Suara dia kedengaran tegas. Sangat tegas suruh aku usaha untuk hadirkan diri. Seolah tak nak aku lepaskan peluang. Mungkin doa daripada dia juga, aku sampai. Masa tu aku pakai baju kurta labuh sampai lutut, seluar jeans dan tudung bawal pin tepi. Masuk je PICC, aku jadi segan sendiri. Semua pakai tudung labuh, pakai jubah, bagi salam tanpa peduli siapa. Sejujurnya aku rasa macam aku di syurga. Siapa semua ni? Dari mana mereka datang? Aku tertanya. Memandangkan event tu selama dua hari, hari kedua aku decide untuk pakai jubah dan selendang tutup dada. Nawaitunya hanya untuk merasa. Alhamdulillah, aku rasa tenang and sudah tentu, covered!

Aku masih ingat lagi masa aku berkeputusan untuk bertudung, gambar pertama aku bertudung
membuatkan seluruh rakyat FB (dalam friendlist) terkejut. Tidak lama selepas tu, aku 
terima tudung labuh begini daripada sepupu aku yang duduk di Kedah. Aku tak pernah
pakai tudung ni. Aku rasa di sayangi sangat :')

Esoknya hari isnin, aku terduduk. Macam mana nak ke pejabat? Baju apa aku nak pakai? Pakaian semalam sangat sangat selesa sehinggakan bila aku terfikir pagi ni, aku tersenyum. Ah. Aku gagahkan diri. Aku pakai jugak. Aku naik LRT. Untuk kali pertama sepanjang hidup aku, tak ada siapa pandang aku & aku rasa sangat sangat selesa. Sampai pejabat, kena bahan. Macam biasa. Aku diam. Aku sedih sebab suasana semalam tu, dah tak ada. Sedih sebab kena hadap dunia realiti yang kotor dan kejam. 

Siapa kata istiqamah tu senang? Dan siapa pula yang kata untuk berubah itu susah?

Berubah itu senang. Macam aku, aku bangun pagi, terus decide nak tutup aurat. Tapi nak kekalkan? Allah sahaja yang tahu. Aku tak boleh terlalu selesa. Dalam hidup ni kena selalu improve. Aku tak boleh simpan perasaan

"Ala janji aku pakai tudung"

Lama lama aku semakin jauh. Pakaian aku perlahan lahan kembali kepada asal. Tudung tetap ada. Tapi pakaian aku masih tidak mematuhi syarat yang sepatutnya. Banyak betul dugaan yang datang dalam tempoh aku nak berubah. Aku dah mula bekerja, aku dah ada gaji sendiri. Kalau kalian baca entry entry sebelum ni, aku dah mula terjebak dengan make-up. Aku tak nafikan sebelum aku bertudung, aku bersolek juga. Kemudian aku nipiskan sampai hampir tak pakai apa apa. Sekarang bila dah bertudung labuh, aku suka bersolek pula. Alahai, iman naik turun. Macam tu la. Kalau aku boleh kira balik koleksi make-up aku boleh cecah ribu ringgit. Menyesal pun ada kadang kadang. Entah sejak bila aku mula suka bersolek balik pun aku tak sedar. Sekarang aku dah nekad untuk kurangkan solekkan aku. Perlahan lahan. Sebab aku rindu. Aku rindu diri aku yang dulu. Yang jauh lebih tenang. Yang tidak jauh pada fitrah. 

Masa ni aku dah mula tolak tepi semua makeup. Kening aku pun macam sedih je 
masa ni. Tapi aku tak peduli. Bedak aku pun aku pakai MAC je. Nipis macam kulit
bawang. Mata pulak pakai mascara sikit. Dah. Siap. Keluar kalau tak pakai stokin,
aku rasa macam 'berbogel'

Bukan aku nak kata sekarang aku pakai seksi, cuma aku rasa tak cukup syarat. Kadang kadang tudung aku pendek sikit. Kadang kadang aku tak pakai stokin. Hand sock jangan cakap la. Sekarang dah tak pakai lansung. Yes indeed. Aku rasa macam keluar rumah dalam keadaan 'tak siap'.



Sempena ulang tahun kelahiran aku ni, aku nak tanamkan azam aku. Kembali kepada fitrah sebagai seorang wanita yang menjaga auratnya. Apalah maknanya umur meningkat tapi masih lagi di takuk yang sama. Aku tak sepatutnya sibuk fikir apa pandangan orang terhadap aku. Aku ni nak kata cantik sangat, tidak la. Harapkan makeup aku tu je. Kalau makeup pun orang tengok tak berapa inikan pulak tak bersolek?

Ini gambar terbaru. Aku masih rasa belum sempurna pemakaian aku yang terkini. InsyaAllah. Baby steps, Aisya. Baby steps!

Ish! Jangan macam tu. Orang yang rendah keyakinan diri adalah orang yang tidak yakin pada Allah. Sekarang ni aku dah kurang pakai alat solek. Aku pergi pejabat pun, lepas solat Zohor, aku dah tak pakai apa apa dah. Pakai bedak baby tu je. Lantak la bos aku tengok aku tak bermaya pun. Siapa dia aku nak impress kan? Dia lelaki yang aku tak kenal. I think other girls should remember and remain reminded. Biar rendah di bumi, tapi di langit kita tinggi. Allah mungkin tengok kita senyum ja :')


Somehow, aku rasa sangat bersyukur aku diberi pulang untuk merasa both worlds. Zaman jahil & zaman berubah. Membuatkan aku tak berani untuk menilai orang yang kelihatan jahil sekarang sebab dulu pun aku macam tu. Membuatkan aku rasa nak tolong mereka yang masih mencari inspirasi. Membuatkan aku hormat pada mereka yang telahpun berhijrah lebih lama dari aku. Ingin aku tegaskan lagi, bukan senang, kawan. Mereka yang mungkin telah dibiasakan sejak kecil untuk menutup aurat, sangat berbeza dengan yang masih tidak biasa.

Sama-samalah kita kembali kepada fitrah kita. Kembali dekat dengan Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Syurga tu terlalu besar untuk kita sorang, kan? Aku semakin sedar, aku berubah sangat drastik. Aku berubah penampilan dulu baru focus pada solat. Tapi pokoknya, setapak kehadapan, kan? InsyaAllah. Dalam apa jua keadaan.. Lillahita'ala.

Dulu daripada ketiga, terus ke-lapan. Dari lapan jatuh ke-lima.
Kini ke-tujuh. Jom maintain yang ke-lapan sampai bila bila :')


Sis nak jadi Solehah,
AisyaAzman




P/s : Yang pasal ustaz tu, dia baru je kahwin hari tu. Melepas? Eh tak la. Kalau aku mampu jumpa orang macam dia, aku yakin Allah akan rancang seseorang yang lebih baik dari dia untuk aku. Amin :')

7 comments:

  1. nice entry. Remind me of myself actually. Tahniah sebab berjaya berubah sikit2. Baby steps indeed. Usah pedulikan mata memandang sekiranya berubah ke arah kebaikan. I feel you there. Saya pun byk lagi perlu di usahakan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sy juga renung diri sendiri baca tulisan ni. Moga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan setiap amalan kebaikan. Memang susah tapi sabar yg membawa kita utk berjaya :)

    ReplyDelete
  3. thumbs up!

    it must be hard to change but you manage to do it.

    semoga istiqamah

    ReplyDelete
  4. subhanallah sis !
    moga terus istiqomah :')

    ReplyDelete
  5. suka giler baca entry aisya ni..semoga istiqamah aisya..keep it up :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    Memang tak mudah untuk istiqamah. I feel u ! :)
    Semoga Allah permudahkan segalanya. In shaa Allah.

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!