Sunday, April 17, 2016

Mini Trip To Ipoh 2016 : The Stay

Elo!

This is my first trip to Ipoh with Anne (SG). We've been friends for more than 7 years. She was busy working and i was busy studying at that time. Now that i am done with my studies and currently working, i guess i have no problem in spending some of my hard earn money for a getaway. I chose Ipoh, Perak as a start point for a reason. I'll talk about that in a different post, aite?


Aku macam malas nak berbahasa omputih. Letih. Pagi tu sebelum bergerak ke Ipoh, kami bersarapan di Kedai Mak Jah yang famous dengan Nasi Lemak & Kuih Muih. Dari segi harga, sedikit mahal berbanding kedai kedai lain. Tapi rasa dulu baru tahu berbaloi atau tidak. Aku makan Nasi Lemak, Telur Mata, Paru Goreng, Milo Ais = RM 9.50 if i am not mistaken. Aku sempat cekau kuih sagu yang warna merah tu RM 0.60sen. Mahal. Tapi berbaloi. Kuih dia semua sedap. Kalau korang datang sini, nampak orang kaut kuih berkotak kotak, itu perkara biasa. Jangan tanya aku apa depa buat dengan kuih tu. Ada yang cakap karipap dia tak kedekut inti. Confirm esok jugak aku beli sarapan dekat sini. Nanti aku buat review. Eh?

Maka bermulalah perjalanan kami menuju ke destinasi yehhh yehhh. Eh tetiba masuk Siti Nurhalijah pulak. Haha. Aku tak boleh la duduk lama lama dengan si Anne ni, baru masuk highway katanya dah rasa geli geli. Ekcheli geli geli tu, terma aku bila naik bulu roma sebab excited. Kan rasa dia macam geli geli. Mula mula Anne kecam aku. Tapi nampaknya terma geli geli aku diterima dengan baik sekali. Tapi perlu ke nak kecam Sis dulu?! Yang aku tak tahan tu baru masuk AKLEH kot! Memang Hek Eleh la cerita dia! Aku cakap mohon tahan geli geli tu sampai kau nampak bukit bukit batu kapur.



Ha. Dah sampai nampak pemandangan ni, baru la lepaskan segala kegelian yang ada. Masa ni 
aku rasa bukan takat bulu roma meremang, lemak lemak kau semua terapung pergi dia. Haha

Dalam dua jam setengah perjalanan kami, macam macam aku tempuhi dengan Anne ni. Awal awal dia dah warning aku cakap jangan tidur. Kalau aku tidur, dia akan berhenti dan tidur sekali. Kira okay la kan dari dia tinggal aku tepi highway. Aku akur. Berapa banyak track lagu dah aku dengan dia melalak dalam kereta. Lagu Hindustan, lagu Korea, segala machiem.


Sampai jua kami di hotel Weil. Kalau korang nak tahu mana lokasi Hotel Weil ni, korang Waze je Ipoh Parade, sebab hotel ni connected dengan Ipoh Parade. Sumpah tak tipu. Haha. Ada satu laluan dari lobby. Ikut je anak panah tu. Terus masuk ke tengah shopping complex. Heaven!

Semput ke idak? Satu malam je kot. Haha. 

Sesampai je naik lif dari parking lot dekat basement, kebetulan naik lif dengan pekerja hotel yang bawak trolley bag ni. Dia offer untuk letak bags ni dekat atas trolley tu. Aku cakap tak apa. Sedang elok aku keluar lift, berderai jatuh segala. Cepat cepat brader tu angkat letak atas trolley. Senang. First impression aku, servis dia elok. Semua peramah, lemah lembut.

Tinggalkan Anne ni sekejap. Asek nak bertepek je dengan aku. Rimas gak kadang. Haha

Well, the lobby is quite big and cozy. I love them chairs. They are so comfortable!

Proses check-in bilik pun tak lama. Aku cadangkan kalian telefon hotel bagitau estimated time of arrival and let them know that you guys tak nak tunggu. Kemungkinan untuk pihak hotel tunaikan permintaan kalian tu agak nipis tapi tak salah kalau kalian inform. Aku yakin mereka akan usahakan. Bergantung kepada servis hotel juga sebenarnya.

Aku dah bagitau Anne awal lagi sebelum masuk bilik, jangan duduk atas katil, jangan sentuh apa apa, nak buang air, sila turun lobby, sebab nak tangkap gambar. Haha.

Harluw, welcome to my room!

Tengok la tu perangai Anne. Aku dah kata jangan kacau katil tu. 
Masuk masuk je chop tempat nak duduk situ. Dah tak cantik dah gambar!

Hai, toilet! Kita suka la awak!

Yang bestnya ada bath tub wey! Boleh la berkubang sampai berjam jam.
Tingkap tu nasib baik ada blinds. Boleh la tutup. Anne ni siap jerit jerit takut
aku intai dia. Ingat aku tak ada kerja lain agaknya. 




Okay bab sabun menyabun ni, aku nak bebel sikit. Aku IS suka sesabun dia okay?! Some hotels, kualiti sabun mandi, shampoo dan conditioner memang menyedihkan. Kadang lepas kau shampoo rambut, rambut kau jadi akar. Teruk nau. But this one, hands down the best shit ever! Ha gitu. Aku suka! Aku siap cakap nak ambik botol mineral nak picit sampai habis bawak balik. Sebab all the bottles, korang tak boleh detach from the wall. Hihi. Kau nampak macam mana the bottles kena 'cekik' to the wall.  Aku malas la nak bawak perangai kampung aku ni. Lagipula book hotel ni nama Anne, malas nak malukan dia during first trip ni kan. Tak apa, aku malukan untuk trip lain pulak. Simpan sikit. Hihik. 

Dapat complimentary drink. Wuhoo~

Lokasi tea lounge ni betul betul boleh nampak dari lobby. Naik tangga sikit je
dah sampai. 









Sambil minum Ice Lemon Tea, sambil dengar alunan muzik dari piano secara
live. Tapi bila dengan Anne aku tak dapat nak rasa romentik sangat.

Memandangkan entri kali ni memang aku nak cerita pasal the stay, lalu aku pun nak cerita
jugak tentang breakfast di Weil. Well, same typical hotel punya breakfast la.
Nothing special.


Aku jumpa roti canai. Dia masak on the spot. Mula mula aku macam nak kutuk
roti canai dia sebab macam petak dan membosankan je. Last last dia kasi tepuk, pergh,
baru ada rupa roti canai. Sedap.



Dekat atas juga ada satu ruang melepak. Malam tu kitorang tak naik sebab penat sangat.
Maka kami naik pada esok pagi nya. Kalau lepak malam mesti lawa dengan 
pemandangan bandar Ipoh. Tak apa. Next time datang lagi.




Apalah ertinya sebuah hotel tanpa kolam renang, ye dak? Anne nak mandi.
Aku tak nak sebab panas. Lagi pun lepas berenang, penat dia lain macam.
Aku sarankan dia berenang je dalam bathtub demi keamanan rakyat hotel.
Niat aku baik. Aku tak nak air kolam tu berkeledak. Haha.

Pemandangan bandar Ipoh yang sangat breathtaking pada aku. Sebab 
belum dicemari bangunan bangunan tinggi. Cuba kalau hotel dekat KL,
apa je yang kau nampak?

Bar pun ada dekat atas. Sah sah serve alcohol. Yang Non Muslim boleh la cuba.

Since gambar semua dah habis edit, tinggal nak  tulis entry sahaja. Sabar ya. Nanti aku update entry pasal food and activities sepanjang di Ipoh, okay? Korang pun mesti bosan nak baca entri pepanjang kan? Aku pun excited sebenarnya tapi masa dan mata tak mengizinkan.

Till the next entry!
AisyaAzman

9 comments:

  1. okay 1, anne jerit sebab bilik air straight nampak, tu dah mengangkang dah gelak. (eyja siap terpikir, depa ni ambik suite honeymoon kepek!) hahaha rupanya blind apentah haha.
    2. tak bagi anne mandi sebab takut air kolam berkeladak! subhanllah memang meniarap terbujur terjulur anak tekak gelak tau tak! hahaha

    ape-apepun, eyja nak kabo, i ols tak dapat nak gi travel-travel ni sebab bajet tak berapa nak ada. haha :D nanti jangan lupa review karipap tau! :P

    ReplyDelete
  2. Hahaha ! =D =D =D Tak boleh blah betul baca pasal sabun menyabun tu. Siap boleh jadi keras rambut, yer dak? Pastu sabun badan alahai, kecik nak mampuih. Tapi tengok hotel yang you all pergi ni, nak tidur berhari hari rasa. Selesa bebenoooo. Kihkih !

    ReplyDelete
  3. omg lawanyaaaaa. tengok gambar ni semua rasa mereput sangat duk rumah even baru 2 hari start cuti sem hahahaha

    ReplyDelete
  4. Cantiksssssnyaaa hotel. Bilik air boleh buat tmpat tido

    ReplyDelete
  5. cantiknya pemandangan..nice view...best x melancong kali ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa bilik tuu. Rugi x stay lat sini masa p LWOT. Next time lah. Hee. Tah bila agaknyaa

    Yg ikhlas, miminadam

    ReplyDelete
  7. bestnya... cuti-cuti Malaysia gitu...

    ReplyDelete
  8. cantiknya leh la nanti pg sini... hehehe

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!