Friday, September 23, 2016

Meninggalkan dunia blogging?!

Elo,

Lama dah tak menulis kan? Tak ada apa yang menarik selain daripada keserabutan dek masalah yang tak pernah kurang. Tapi tak apa, itukan semua dugaan Allah. Takkan kita nak cakap tak payah pulak, kan? Disebabkan nak selesaikan masalah itu lah aku jarang update blog. Nak selesaikan satu persatu baru boleh fikir hal yang lain. Nak enjoy ke, nak bercuti ke, semua aku letak ketepi dulu. Kalau dah desperate sangat nak tenangkan kepala, probably aku akan travel dekat dekat je dulu. InsyaAllah,

Sebenarnya ada jugak beberapa kali terfikir nak tinggalkan dunia blogging tapi sayang sangat, sebab aku dah mula blogging dari zaman sekolah lagi. Siapa yang pernah follow blog dulu dulu, tahu la hahaha. Hari ni sebenarnya nak update post pasal keputusan untuk quit dunia blogging, nampak gayanya macam tak jadi sebab makin ramai pulak nak masuk bloglist. Boleh tahan juga jumlah peserta. Nanti aku quit dunia blogging takut kena serang dengan uolls. (Tapi korang tak tau aku duduk mana kan? Hihi)

#SisTerharu

Honestly aku tak pergi blog sorang sorang untuk umumkan pasal bloglist ni, aku tulis entry and tepek je dekat blog sebab nak jalan jalan ke blog orang, aku seriously tak ada masa. Tapi mungkin disebabkan posting korang, maka bertambahlah orang yang sudi nak join. Suka! Sumpah! Terima Kasih banyak banyak. Aku rasa kali ni ramai pulak peserta lelaki. Segan jadinya. Rasanya macam nak bagi dua hadiah giveaway. Untuk lelaki dan perempuan. Cuma aku tak tahu nak bagi apa. 

Nak bagi apa ni wey?! Hahahah

Kalau perempuan tu, aku tau la nak bagi apa. Yang lelaki ni, nak bagi apa? Ada cadangan? Walaupun aku ada adik lelaki, aku tahu identity dia macam mana. Aku belikan je figurines batman ke, Marvel ke, sweater pull & bear ke, mainan apa apa ke. Yang uolls ni macam mana? Kang aku beli baju, tak muat saiz. Nanti bagi lighter lawa-lawa, aku support merokok pulak. Haha. Aku ada la google jugak untuk cari idea. Ada juga yang menarik perhatian aku. Sesilap aku beli untuk diri sendiri je. Jangan terkejut sebab kebanyakkan taste aku macam lelaki and i love toys. I really really love toys & action figures & legos & star wars & DC & Marvel & ok cukup. Kasut pun sama. Aku lebih suka pattern lelaki dari perempuan sebab pattern perempuan macam gedik sangat. Muka aku pun macam laki aku rasa. Aku ni sebab pakai tudung je. Kalau tak pakai tudung confirm ada terlepas panggil aku 'bro' hahaha.

Ingin diingatkan sekali lagi, pemilihan pemenang untuk giveaway birthday adalah yang tersenarai dalam bloglist SAHAJA. Pemenang akan dipilih secara rawak, tak kira hensem ke, lawa ke, famous ke, sendu ke, bujang ke, kahwin ke. Gitu. 

Tarikh penutupan ada diletak dalam entri sebelum ni. Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut, tidak di layan. Senarai bloglist boleh di lihat di sini. Hari tu ada yang tanya

"Kenapa nama tak masuk list"

Awak, sabar ya awak. Saya sibuk Hihi. Tapi jangan risau, bloglist sudah pun di update dan banyak juga peserta baru. Persaingan semakin sengit dan hangit hahaha. Konon. Bagi yang nak masuk bloglist, masih belum terlambat. Ada 25 hari lagi. Nak masukkan nama 5 minit sebelum pukul 12am pun tak apa. Ikut suka. Yang penting, click sini untuk tahu lebih lanjut.

Akhir kata..

Aku dah mengantuk.



Lama lagi ke nak balik?!,
AisyaAzman





* Hari tu ada salah seorang peserta pergi tepek balik link blog aku instead of link blog dia. Terkekek aku gelak dekat office. Jangan la seksa sis. Susah tau nak tahan gelak dalam opis. Minta tolong baca syarat penyertaan dengan sekali lafaz tenang dan damai. Nak buat yoga dulu ke apa pun boleh. Haha. 



5 comments:

  1. Sis sabar yea dengan dugaan nie..hmm kalu nak beri gift, better beli gift yang sama saja.. =)

    ReplyDelete
  2. Tak payah lah tinggalkan dunia blogging. Kalau busy tu. biasalah tertinggal post kadang2. talking from experience here. Dulu selalu sgt update. byk geng member segala. seronok sungguh time tu. tetiba tinggalkan dunia blogging sbb fb twitter insta tetiba femes time tu. lagi senang kan nak update. Tapi after awhile tetap tak dpt lawan syoknya menulis dlm blog ni sebenarnya. so just teruskan. memangla kadang2 kene penyakit writers block kan (writer la sgt kekita ni) hehe tapi itulah. masing2 ada up and down. teruskan jer. sikit2 semua yg ditulis jd memori yg kdg2 kita pun lupa. thats what i feel bila baca balik post lama2. rindu menggamit jiwa. ecewah haha. pjg la pulak komen. ok bye! take care

    ReplyDelete
  3. janganlah tinggal dunia blog lagi, baru nak berkenalan...

    ReplyDelete
  4. Janganlah tinggalkan dunia blogging. Acaner kita nak berhubung selepas niih ? Yg hubungkan kita ada blog. Bila dah xbloggoimg dah, tak best laaah .. gituuuu ... ^^

    ReplyDelete
  5. eh..jgn3..bru nk berseronok blogging ni..haha.Less one person so syg la

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!