Monday, September 21, 2015

Cara Makan Nando's dengan lebih seronok?

Elo!

Fuhh. Lepas makan, perut kenyang, mata layu. Nak jalan kaki balik office rasa malas yang amat! Nasib baik ada few minutes left sebelum waktu rehat tamat. Teeettt! What a bummer.

Beberapa tahun yang lalu, aku ada baca satu sharing dekat Facebook, article dia agak menarik,


Kebetulan kitorang tengah buntu tak tahu nak makan apa. Dalam sibuk senaraikan kedai yaang nak diserbu hari ni, officemate ajak makan Nando's. Terus teringat article tu. Haha. Apa lagi? Ayuh cuba-try-test!

Bila dah nak buat entry, baru perasan aku tak ambik gambar exterior kedai tu. Lapar sangat agaknya. Dah la cuaca panas, lalu bawah kaki lima je, terus masuk kedai kejarkan air-cond. Tapi tak apa. Aku nak makan. That's it. Aku macam malu tetiba nak tangkap gambar dekat luar tu. Kalah sesi site visit  untuk project beribu-riban kan?

Aku cuma boleh explain yang kedai Nando's tu sangat berhampiran dengan Ampang Point. Aku pergi sana menapak je. Kawasan situ sangat banyak tempat makan. Ada My Mom's Chicken Rice milik Linda Onn. Secret Recipe pulak sederet kedai yang sama. Block belakang tu ada Coffee Bean, ada Ayam Penyet Ria & Naili's place. Block berdekatan pulak ada Old Town White Coffee. Banyaklah. Bank pun senang kalau nak berurusan apa apa. Dekat semua. Walking distance. For your information, saloon Capello by Nina pun berdekatan. Baca review aku dekat sini.


First of all, haruslah pilih nak makan apa. Macam biasa, aku suka ambik Quarter Chicken, Mild with two side dishes. Officemate aku pun sama tapi dia ambik perisa Lemon & Herb. Aku sengaja ambik drinks yang bottomless. Tau tak bottomless tu apa? Maksudnya boleh refill for free. Haha! Mana tau tetiba pedas ke, tercekik tulang sum sum ke. Sebelum waiter tu pergi, aku sempat suruh dia tinggalkan menu dessert. Mana tau air tak ada, boleh cuci mulut pakai dessert kan? Alasan!


Sebelum sesampainya makanan, mula nak ingat balik mana sauce yang article tu recommend. Padahal tiga sauce je pun. So dengan yakin dan pasti, cekau la tiga sauce dekat atas ni. Ikut la step macam yang disarankan dalam article tadi tu. Gigih la konon nak susun kentang semua. Tapi bila fikir balik, tak payah la!


Ohoho! Food dah sampai!. Berdasarkan article tu, kononnya kena mintak piring extra untuk letak semua sauce tu kan? Tapi bila fikir balik, benda tak elok pun. Tak payah nak tiru bulat bulat. What we did was we dump our side dish in one plate. Mangkuk tu kitorang letak tiga sauce yang nak dicampur sangat tadi tu.


Tadaaa. Kan lebih jimat? Kononnya nak bagi pekerja tu kerja lebih. Pada aku simple, tak nak bazir air basuh piring kau tadi tu. Bukan sebab owner dia banyak duit nak bayar bil air. Tapi sebab aku ni jenis hargai sumber semulajadi. Kelak dah tak ada, bising. Macam tu la kebiasaannya. Selagi boleh elak, kita elak. Ye dak?

Bila dah berjaya campur semua, makanlah kami. Omnomnom! Cara nak campur,

1. Curahkan sauce Garlic Peri-Peri dulu

2. Kemudian baru curahkan Hot Peri-Peri.
Disebabkan rancak berbual dengan officemate, aku tertuang hot sauce tu lebih 20% seperti yang disarankan. Nasib baik air bottomless. Nampak tak hikmah bottomless di situ? Haha

3. Last sekali baru la letak sauce Wild Herb tu. 
Pun sama. Letak 20% je. Agak agak la dik 20% tu macam mana banyaknya kan?

Dia kata masa celup tu, rasa dia boleh buat kita menangis. Aku cuma boleh kata, lepas dah makan tu aku rasa kenyang. Itu je. Haha. Biasalah. Kita ada cara nak makan kan? Mungkin penulis article tu rasa seronok atau gumbira berbuat demikian. Aku pun ada la kot gumbira sikit. Gumbira sebab dah kenyang. Mengantuk pun sebab dah kenyang. Haha.


Aku rasa aku tak perlu nak jelaskan agaknya sedap ke tidak Nando's ni. Sebab bila makan, kau rasa sangat Afrika. Haha. Ayam dia sangatlah 'juicy'. Bila kau potong tu kau nampak la air ayam tu merecik recik keluar diiringi asap dek panas. Aduh! Setengah orang suka rangup. Nak rangup makan KFC sana. Jangan kacau Nando's. Huhu. Tahu tak apa sebenarnya 'peri-peri' tu? Dulu aku ingat 'peri-peri' tu nama masakan ayam tu atau bahagian ayam, tapi dah tentu la salah.


Inilah peri-peri atau 'piri-piri' yang orang tak nak ambik tahu tu. Dia sebenarnya sangat terkenal dengan kepedasannya. Aku suka sebab dia ada masam-masam sikit. Tapi macam biasa, aku cuba nafikan itu rasa original piri-piri sebab dah sampai Malaysia ni, mungkin dia dah tukar untuk sesuaikan dengan lidah kita yang Melayu ni. Macam kau pergi Mekah, lain rasa McD atau KFC dia. Dekat negara India, diorang cipta satu burger khas, nama burger tu Maharaja Mac. Mesti korang tak tahu kan? Sebab dekat sana majority tak makan daging. Ayam je la yang diorang makan. Ada jugak vege-burger. Burger dari sayur. Macam tu lah. Nak ikut tekak masing-masing, kan? Tengoklah kalau rajin nanti aku pergi Afrika makan makanan dia untuk rasa piri-piri yang sebenarnya. Amboi. Nampak macam comel je cili tu kan? Tapi aku yakin masa petik tu mesti pedih tangan. Lagi lagi bila potong dengan pisau. Haha.

Bila dah habis makan, maka ber-huhu lah kami pulang ke office. Dah makan, kena menapak balik office. Sampai office lapar balik. Masa dekat kedai tu, ye la kau berlagak tak nak order dessert. Tersandar kau. Bila dah sampai office, lapar balik, rasa menyesal tak order dessert, menyesal tak tapau buah tepi jalan tadi. Teruk nau.

Sekian sahaja segmen Monday makan makan. Hihi. Aku tak kisah sebenarnya makan benda yang orang dah biasa makan, cuma cara makan tu yang buat aku rasa excited nak cuba. Ada sesiapa nak suggest? Boleh la tinggal comment dekat bawah okay? Cuma jangan suruh aku makan budu, cencalok dengan durian sudah. Pendek kata yang pelik. Aku allergic.

Burp!
AisyaAzman


 

2 comments:

  1. terima kasih kak atas artikel nya... habis makan jangan lupa Olahraga

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak artikel nya.. sekarang saya sudah tau cara makan nandos
    Agen61

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!