Thursday, June 30, 2016

My Koryo-Won and Ko Hyang Experience!

Elo!

Bagi peminat setia makanan Korea, kalian mesti akan suka entry ni. Sebab di sini, aku nak bagitau dekat mana Korean Restaurant yang memang buat aku nak datang dan lagi. Aku ni jenis manusia yang sangat memilih bila bab makanan. Tapi bila tengok saiz badan, tak layak nak kata aku ni memilih. Lagi lagi bila tengok aku makan. Macam vaccum. Semua aku sedut. Haha. Tapi entahlah, kalau makanan Korea, Jepun atau Indonesia, aku tak ragu ragu nak makan. Maksudnya aku tak takut nak merasa and sering buat aku terliur. Kalau makanan Melayu, aku punya cerewet, bukan main lagi. Lagi satu, aku tak suka makanan tradisional Melayu sangat. Macam pucuk rebung ke, apa entah lagi namanya tu, masak lemak labu apa entah. Lepat pengat apa tu semua aku tak reti makan. Tak teringin pun nak rasa. Tapi kalau kau sebut makanan Korea ke, Jepun ke, Indonesia or Western ke, aku punya terliur tu, jangan cakap. Entah perangai siapa aku ikut pun aku tak tau.

Aku nak cerita pengalaman makan di Koryo-Won dulu sebab baru semalam aku makan situ dan masih fresh setiap urutan kronologi dalam kepala. Hihi. Kisahnya aku nak cari kasut raya. Kasut aku semua tahap kesian. Nak pakai untuk raya memang tak sesuai. Aku sebenarnya tak gemar nak beli hanya untuk specific reason. Contohnya kalau raya, aku tak suka beli yang beria lip lap sangat. Aku akan beli untuk pakai raya and pakai to the office jugak. Alang alang tu, pergi la berbuka sekali dengan Anne. Mula mula nak makan Bumbu Desa. Pukul 2 petang aku dah call nak buat reservation, tapi tak reti angkat rupanya. Aku fikir, Anne keluar office pukul 4 petang, aku keluar 4:30 petang. Teramat sempat la kalau nak naik sekejap reserve siap siap. KLCC je pun. 

Sesampainya dekat sana, terus naik level atas sekali, which is level 4. Seberang Bumbu Desa tu pulak, ada la Koryo-Won ni. Mula la si Anne ni tergedik gedik nak makan sana. Dia kalau bab recommend tempat makan & makeup, memang expert. Boleh la sesiapa nak ambik dia jadi duta product. Haha. Maka terjadilah konflik nak pilih untuk makan mana pulak. Aku cakap aku nak Bumbu Desa sebab macam aku dah set tekak aku nak makan pedas pedas. Mungkin rezeki Anne agaknya, meja dekat Bumbu Desa tak ada yang untuk 3 orang. Sebab dah penuh. Nak tak nak, makan la Koryo-Won. 

& Ieeko decided to join us for Buka Puasa. Yeay!

Maka kami terus buat reservation. Kitorang order makanan terus. Senang. Orang kedai tu pun recommend yang sama sebab lagi senang dia nak prepare and letak tepi. Lepas dah selesai semua, mulakan misi cari kasut raya aku. Bila shopping dengan orang ni, limited sikit gerakkan aku. Sebab aku selalu consider orang lain. Kalau aku sorang, aku boleh terlepas sampai Pavillion jalan kaki dari KLCC. Haha. Tambah pulak, Ieeko tak sihat. Nasib baik jumpa jua kasut raya aku. Biasa biasa je. Tapi boleh la. Hihi.

Dalam pukul 6:45pm tu, kitorang dah naik balik ke Koryo-Won and decide nak lepak lepak je dalam kedai tu. Borak borak, sekejap tu tengok jam, usap usap perut. Haha. Dalam pukul 7:15pm tu dia dah hantar hantar semua 'Banchan' dengan sayur salad untuk wrap. Aku dah mula terliur liur dah. 






Tengok side dish sahaja aku dah terliur liur macam Niagra Falls. Haha. We ordered set B. Dalam set B tu ada kambing dengan ayam. Anne dengan Ieeko order Yuk Gae Jang. Anne dengan Ieeko suka gila Yuk Gae Jang dekat sini sebab sedap gila katanya tapi tak dapat kalahkan lagi satu restaurant. Nama restaurant tu Go Gung. Itu yang diorang cakap la. Aku tak dapat lagi makan dekat Go Gung, namun bakal ke sana jua nanti. Bila orang dah cakap sedap, takkan tak nak pergi, kan? Aku dengan Anne share Yuk Gae Jang sebab portion dia agak besar. Dia bagi pulak nasi semangkuk. Anne sebok gelak gelakkan aku sebab orang tu letak dua mangkuk nasi dekat aku. Tapi akhirnya Anne jugak yang makan dua mangkuk nasi. Haha. Aku makan satu je. Dasar gendut.

Maaflah kalau posting ni tak banyak gambar sebab dah duduk baru decide nak blog pasal first experience makan dekat sini. I guess my blogging camera SHOULD NOT be outside my bag. Tapi, takkan pergi kerja pun nak bawak, kan? MALAS!

Bayar beratus-ratus kau bagi makan bawang je ke, bang?
Jangan aku grill muka kau pulak nanti.

Ada pilihan. Nak dia grillkan atau nak grill sendiri.
Kalau tanak lansung, dia suruh dapur je grillkan. Tapi
malam tu we all decide nak mengada ngada. Nak dia grillkan. 
Haha


Aku gagal tangkap gambar Yuk Gae Jang tu. Kalau nak tau macam mana
rupanya, dalam gambar di atas tu ada. Yang dalam pot hitam tu.


Makanan tengah grill, belum makan pun lagi. Dah cakap pasal nak makan ice cream lepas tu. Haha. Perangai!

So aku nak senaraikan total damage dekat sana


BBQ Set B = MYR135
Yuk gae Jang (2) = MYR 60
Mineral Water (6) = RM18

Service Charge = MYR 21.30
GST = MYR 14.06

TOTAL DAMAGE = MYR 248.35

Air mineral RM6 kau! Memang setahun sekali je aku makan sini. Sumpah. Nasib baik bayar kongsi 3. Tak ada la aku rasa sangat. Kalau korang nak pergi bawah ni ada alamat untuk dua cawangan Koryo-Won


Lot 418-419, Ramlee Mall
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur,
Malaysia

TEL : 03 2166 6189
 ----------
Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur,
Malaysia

TEL = 03 2143 2189


Verdict : This is not a place that i would want to go most of the time but it would be nice for a 'once-in-a-while' visit with friends or for special events. 

Price: Super expensive. Probably RM70 a meal for one person. Cash / Credit Cards / Debit Cards Accepted.

----------------------------

Kemudian aku nak share jugak experience aku makan dekat Ko Hyang, The Gardens, Mid Valley. Ko Hyang means country so i assume semua makanan akan rasa lebih authentic. Kalau tengok signboard, Ko Hyang Korean Country Delights. Ha betul la tu. The menu consists of traditional country style home-cooked food with no MSG seasoning used in the preparation; it is easy to choose as there are brief descriptions and each dish is illustrated in the menu. This happened a day before Ramadhan hari tu. Rancangan asal nak pergi makan dekat GoGung. Tapi GoGung tutup sebab buat renovation. Aku rasa kalau aku dapat makan GoGung hari tu, my review for Koryo-Won might be different. For your information, Koryo-Won dengan GoGung ni adik beradik. Nama dia GoGung by Koryo-Won. Sama macam restaurant Madam Kwan dengan Miss Kwan gitu. Sekarang ni aku nak cerita pasal Ko Hyang. Memandangkan Anne kerja dekat British Council, dia selalu dapat jumpa student foreigner. Rezeki agaknya, dapat la berkawan dengan bebudak korea dekat situ. Ada sorang nama dia Yoonji, tapi aku dapat lepak dengan dia 2-3 kali je. Siap main swimming pool sama sama lagi. Tapi dia dah pindah Australia sambung belajar. Last time contact dengan dia, katanya dia stress duduk sana sebab orang Australia punya accent lain. Campur pulak dia punya accent Korea, lagi la tak faham. We wish her well tho. Ada la juga niat nak melawat dia dekat Australia sana tapi kumpul la duit dulu. Dia pun standby je dekat sana nak sambut kedatangan we alls gitu. Hihi.

So ada Korean friend yang baru. Panggil dia BB. Nama betul dia aku tak reti sebut. Terbelit belit lidah. BB gerak sendiri naik bas. Aku dengan Anne gerak dari Ampang jumpa dengan dia dekat Mid Valley. Ini kali pertama kau jumpa BB. Anne cakap, BB ni lagi friendly. Nampaknya memang betul. First time aku nampak dia, dari jauh dia dah lambai lambai aku dengan senyum lebar. Datang datang terus peluk. Aku macam, eh friendly nya kau. Haha. Aku pun okay je la. Tak sempat berbual panjang sambil cari tempat makan, BB keluarkan sesuatu dari bag dia "Aisya, this is for you" katanya. Dia keluarkan facemask. Alahai. Aku dah sebak sebak dah. Segan pun ada sebab aku tak tau nak bagi apa dekat dia balik. Bagi kasih sayang je la. Haha.

Kalau korang tengok Return Of Superman or any other Korean movies, memang korang akan perasan, memang budaya dia, kalau jumpa kawan, kalau datang rumah orang, MESTI bawak gifts. Lepas ni jumpa dia aku nak bagi kuih Tart Nenas mak aku la. Haha.


The perks of having Korean Chinggus.
Ini koleksi face mask aku. Tak tahu la bila nak pakai.

Memandangkan GoGung tutup, kitorang makan tempat lain iaitu Ko Hyang yang terletak di level bawah. Nanti aku akan tinggalkan alamat. A large crowd at a restaurant usually indicates good food. I noticed a crowd forming around Ko Hyang, patiently waiting to be seated and served.

Aku order La Bokki, which is a dish consists of Ramen and Teobbokki. Anne makan Yuk Gae Jang dia tu. BB makan Bibimbap. Harga dia quite reasonable. Aku order side dish, Goon Man Du, which is a Korean Traditional Dumplings. Sedap sangat. Anne pun order side dish Lamb BBQ. Yang ini memang sedap gila. 

Dalam banyak banyak dish, ini je yang aku sempat tangkap. Puih.
Maaf la. Aku masih lagi kena belajar bab blogging blogging ni.



BB made this collage and sent to our whatsapp group. Hihi. She is so sweet. 
Kitorang ada whatsappgroup di mana kitorang belajar Korean and dia belajar Bahasa.
Best kan bila ada multi-racial friends? Tak ada la kawan dengan Melayu je.
Aku pun tak suka. Rasa macam otak aku sempit je. Haha.

My experience dekat Ko Hyung is quite nice. Cuma kalau nak review dari segi tempat, aku tak berapa suka sebab sesak and restaurant dia sangat kecik. 


Besar ni je la kedainya.

Nasib baik aku bertiga je. Kalau lebih, agaknya boleh stress. Haha. Kalau nak pergi, boleh la ke Gardens, Midvalley. Ini exact location of the restaurant


Ko Hyang Korean Country Delights, 
LG-K05, The Gardens, Mid Valley City, 5
9200 Kuala Lumpur, Malaysia. 
(directly opposite Cold Storage)

TEL : 03 6203 0013

Verdict : I wouldn't hesitate to come here again. The service is very quick, the food is super delicious and the price is reasonable. No wonder this place is packed with people.

Price: Reasonable. We usually pay RM40 for 2 persons. Cash only.

Kalau korang ada recommendation nak makan dekat mana mana, boleh tinggalkan link dekat bawah, okay? Makan makan ni memang feveret. Haha.

Sis Lapar Tiba Tiba,
AisyaAzman


 

5 comments:

  1. Ko Hyang means hometown. Country is nara! :D

    hew hew hew. Nak lamb..............................................

    ReplyDelete
  2. Wahh, bestnya makan korean food..

    ReplyDelete
  3. I have not try any Korean food I think. So far I dang love Japanese =D
    After reading I feel I want to give a try.

    ReplyDelete
  4. mahal jugak ek kedai koryo-won tu huhu

    ReplyDelete
  5. baca time puasa ni terliur plak.. tapi mahal ehh makan kt koryo won... btw syoknye ada foreign frens

    ReplyDelete

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!