Sunday, August 28, 2016

Pencarian Bloglist September & October 2016 : AisyaAzman!

Elo!

Bagi yang rajin menjengah blog ni, akan perasan berapa ratus juta ribu kali aku tukar layout. Nak mencari identiti la konon. But somehow, setelah solat istikharah dan perbincangan dengan mak bapak, aku da setuju nak settle with this layout template, sampai bila bila. Gitchiewwwww.

Dalam sibuk mengubah layout sana sini, aku terdelete bloglist aku. Lagipun aku rasa dah tiba masa untuk renew sebab bloglist terakhir hari tu, ramai yang dah delete blog and their link is not working anymore. Meninggalkan dunia blogging kot. But anyway, yang mana kekal ni, sudi sudi la join bloglist aku kali ni. 

Ramai yang tahu, bulan Oktober adalah bulan kelahiran aku. Aku pun ada buat giveaway tahun lepas. Ingat tahun ni, dengan gembiranya, nak buat lagi! 

Tujuan aku buat bloglist ni, adalah aku senang nak jalan jalan tengok blog masing masing and bagitau bila bermulanya giveaway akan datang. Senang cerita, kalian akan tahu dulu sebelum yang lain.

Pesanan Penaja!

Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
  1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
  2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
  4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
  5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.


Gosh i hope everything works! Kalau ada mana mana yang tak menjadi, please let me know ASAP, okay guys?!

Have Fun!
AisyaAzman

Friday, August 26, 2016

My Makeup Wishlist!

Elo!

I've been trying really hard to stop myself from buying any makeup products because the current ones that i already have, semua barely touch! Boleh? Sebab i don't wear my makeup everyday. I basically pakai moisturiser, compact powder, eyebrow pen and a bit of mascara. That's it. But hey, aku cuma manusia biasa yang punyai keinginan. Ha gitu. 

Well here goes nothing..





Is this the part where i should explain why i want them all?

..
..
..

Haha. Ye la kot.

Let's begin!

  1. Hourglass' Veil Mineral Primer : I've heard a lot of good things about this baby here. It makes your face look like a very soft canvas before you start putting on the foundation and all. Aku ada baca banyak review about this. Yes. Yes. I know it cost a fortune, but i think i'm gonna give it a try. Kalau tak best, tak payah la beli lagi. Kita cuba jenama lain pulak. Haha
  2. Anastasia Beverly Hills' Contour Kit : The only reason why i want this is because the Benefit's Hoola Bronzer doesn't work for me. Aku ni gelap sangat agaknya. Kalau orang kulit putih nampak la. Tambah pula muka aku makin mengembang, i need to look chiseled!
  3. Kat Von D's Lock It Tattoo Foundation : Oh my gosh, i was there when they first appeared in Sephora. Without any hesitation, i did try to put some on my face and i love it! Tak tau bila nak beli sebab currently ada 3 foundations dekat rumah and bukan murah murah semuanya. Kena habiskan dulu. Nak minum ke apa. I really wanna try this and see if it is really worth the hype.
  4. Tarteltte's In Bloom Clay Eyeshadow Pallete : Aku kena jujur, the first reason why i wanna buy it is because of the packaging. #JanganKecamSis. Lagipun the only eyeshadow yang i ada, macam dah tak best. Haha. Padahal jarang pakai. Entah. I think i want it just for the sake of wanting je kot.
  5. Becca's Shimmering Skin Perfector : Aku baru je beli Benefit's WattsUp Highlighter. Tapi gatal tangan pergi cuba benda ni, and terus fall in love gila gila. The color and the shimmers are to die for! Harga quite expensive but demi mahukan muka yang berkilat kilat gitu kan?
  6. Kat Von D's Everlasting Liquid Lipstick : Ini pun agak frustrating jugak sebenarnya sebab semua warna dia lawa lawa and i really love the formula and texture. As for now i can't really decide which color that i wanna go for. Kalau tengok internet, macam nak cuba shade L'ecole Des Femmes. Sebab currently warna warna lipstick aku semua macam bold and very dark, and i would really love to try some nudes or peachy kinda shades for my lips. Cuba je la kan?
I think that's all i have for now. Sebenarnya banyak lagi, faham?! Tapi tak nak la tunjuk sangat perangai buruk tu. Haha. Kita ni kerja separuh nyawa tapi nak habiskan hanya untuk makeup sebenarnya tak worth it pun. Cuma pada aku, makeup ni lebih kepada kepuasan diri and how you chose to present yourself. Nak sentiasa nampak segar, nampak presentable. That's all. Dah kerja penat penat, mestilah nak hadiahkan diri dengan sesuatu yang kita suka. Ye dak?

Birthday kita dah nak dekat. Ini pun salah satu hint jugak ni. Kalau ada sesiapa sudi nak belikan, i swear i will love you till Jannah! Haha

Bos, Mana Gaji?
AisyaAzman


Tangan Wangi

Elo!

Good morning everyone. Sebenarnya dah lama nak post pasal ni. Tak la lama sangat sebab baru jadi Isnin lepas. Haha. Aku mintak izin boss nak masuk kerja lambat sikit sebab ada urusan nak kena settlekan. Aku masuk dalam pukul 10 lebih macam tu. Belum sempat aku letak beg dan melepaskan batuk atas kerusi, boss datang

"Can you go to any stationery shop to buy me some envelopes?"

"Sure. Sure"

Aku senyum kelat kelat je. Malas la nak fikir banyak. Buat je la. Aku rasa kalau orang lain, mungkin akan berkira. 

'Ini bukan skop kerja aku! Aku tak dibayar untuk beli envelope!'

Wah gitu. In my case, aku buat je la. Then setibanya aku di depan shopping mall berdekatan, tengah parking, aku nampak ada this one Indian guy, lebih kurang umur dalam 50 almost 60, trying to approach this one young guy, that young guy terus buat isyarat 'no-i-dont-wanna-talk-to-you'.

I think that's kinda rude. But wait, there must be a reason kan? Okay. Jangan mudah flip. Ayuh mulakan perjalanan, Aisya.

Then i got so curious. Kebetulan aku memang akan lalu depan that Indian guy pun. As expected, he approached me. 

I.G (Indian Guy) : Can you speak English?

E (Esah) : Oh yes, i do

I.G : You see ah, i am from Nilai. I came here with (i don't remember. some kinda transport). Now i want to go back to Nilai. I call everyone, they all work. Today is Monday

E : Okay so what is your question?

*** PAUSE cerita sekejap! I know its kinda rude to cut people off like that tapi dia banyak melalut sangat PLUS i am in a hurry. ***

I.G : Alaa malu la saya mau cakap

E : What is it? I am in a hurry

I.G : Mau pinjam RM3 mau balik Nilai

E : I don't have small change. I am so sorry. I'm in a hurry

*Showing him the envelope i am holding*

Then i walked away leaving him just like that. Dalam hati aku ni, pelbagai rasa ada. 

Ini ke yang orang selalu warned me about? Yang selalu ada dalam surat khabar? Dia memang tak ada duit ke? Dia memang suka mintak orang sana sini ke? Now i know why that young guy totally ignored him in the beginning.

Oh man.

There i was, feeling all guilty and sad. Aku dah mula terfikir orang tua ni nak balik macam mana. Nanti disebabkan aku tak bagi RM3 aku tu, merempat pulak dia. Matahari dah nak tegak, dia nak makan apa. Anak bini tunggu dekat nilai ke apa?

Aaaaa!

I went in the mall and get my self a pack of envelopes as requested by the boss. The man is no where to be seen. Sehari suntuk aku fikir pasal dia. I am not sure about others, cuma, that feeling bila kau tak dapat tolong orang, is killing wey! Rasa guilty and kesian kesian macam ni, sumpah sampai malam aku tak boleh tidur. You now what's worse? Bila kau fikir bukan bukan pasal orang tu. 


I know. I know. Terlalu banyak kes 'orang-mintak-duit-konon-dalam-susah-padahal-nak-beli-todi' or whatever. You know what, stop questioning dia menipu ke apa. Kadang kadang kita duduk kedai makan, tiba tiba orang buta datang minta sedekah like.. non stop. Pernah kan?

Jangan sesekali keluar dari mulut kita "I'm not giving any. Ini semua menipu je ni". Don't. Untuk kita yang beragama Islam, kita selalu dengar kisah kisah di zaman Nabi di mana para Malaikat menyamar sebagai orang orang di dalam kesusahan hanya untuk menguji sahabat sahabat Nabi. Pernah kan? Aku tak cakap la Malaikat tu menyamar jadi pakcik I.G tu. Bukan. Cuma i always believe, ada pahala untuk setiap tangan yang memberi. 

Di zaman kita yang serba moden sekarang, ini ujian untuk kita. Setiap yang jadi, Allah dah rancang. Allah dah izinkan untuk ia terjadi. Allah dah izinkan pakcik I.G tu untuk bangun pagi & mintak duit dekat aku. Guess what, i failed the 'test'. There goes my pahala. Memandangkan semua sebok main Pokemon Go yang memang aku tak suka and sangat sinis terhadap permainan tu, aku rasa kalau ada app untuk Pahala Go, aku yakin bahu kanan aku ada rasa berat sebelah. Haha. 

Dear friends, kita ni bukan la baik sangat. Aku tak nak cakap la pasal pakai tudung jeans ketat, aurat sepah sana sini, kepit boyfriend bawah ketiak. No judgments there. Aku pun mengaku, kadang perangai aku, setan tengok pun tak nak kawan. Di sebabkan kesedaran itulah, i would try my very best to help whoever yang dalam kesusahan. Rebut pahala, wey. Kalau nak harapkan apa yang kita ada, not even close to sahabat sahabat Nabi dulu. Kalau nampak orang buta, LARI. Bukan larikan diri daripada dia, lari pergi tolong dia. Tak rugi. Sumpah. You are not missing anything.

Put it this way la, kalau orang buat baik dekat kita, even the simplest gesture, contohnya, someone said 'thank you', cukup buat kau rasa happy, kan? Begitu juga dengan orang lain. Inikan pula perasaan kita, yang dapat tolong orang lain, wey, perasaan dia rasa best sangat. Dalam hati tu rasa sejuk sejuk je. 

Well.. at least that's how i feel. Haha.

Jangan la harapkan amal kita yang dapat bawa kita masuk syurga. Memang takkan cukup. You can never count. Tak ada pula dalam Al-Quran yang menyatakan, amal sebanyak sekian sekian, kalian akan dijamin masuk syurga. Kalau ada, kiralah. Memang takkan cukup. Tolong jangan lupa. Kita masuk syurga bukan sebab amal kita, tapi sebab kasih sayang dan rahmat Allah. Ingat lagi tak kisah pelacur yang bagi minum pada anjing jalanan? Because of her love and compassion, Allah gave her the best reward ever. Buat semua kerana Allah. Bukan kerana syurganya. Buat semua kerana sayangnya Dia pada kita. Okay okay okay okay?


.. and only Allah can see that :)

Sekian, itu sahaja cerita saya. Ini real life event ya. Tak ada masa aku nak karang karang cerita buat cerpen. Makan serdak biskut raya pakai sudu lagi best. 

So, Moral of the story : Always have small change, Aisyah. Always.

Pahala, Gotta Catch'em All,
AisyaAzman


Thursday, August 25, 2016

How to not give a damn

Hello.

It's been awhile kan? Haha. Tak ada story sangat pun nak share tapi ada la few events dalam kehidupan seharian yang agak menduga jugak. Kadang kadang ni, orang cuma boleh cakap je. Itu je la limitnya. Sebagai contoh

"Weh kau beli la kereta"

Dia bayar tak bulan bulan?

"Weh kau kahwin la cepat"

Dia nak tolong jaga anak kau ke nanti?

and the list goes on. Ada beza antara pendapat dan mendapat. Mendapat tu bila aku tak puas hati dengan 'pendapat' kau, memang kau akan dapat la 'mendapat' tu. Haha. I can be nice at times. Ada masa aku jadi pure evil jugak. Wah gitu.

As you can see, i am back to my minimal layout. My forever fave. Sekarang semua pakai themeXpose tu kan? To be honest i like my own version better. Might not be as 'sleek' as others but it is mine and i made it by myself. I prefer mine to be as simple as possible. Tak ada moving here and there, tak ada anything bulky and that my friend, is what i called, MINE.

Okay, blog 101. Pada aku, blog ni, is your identity. Just write whatever you want, your random ramblings, which is a lot more original dan bersahaja. My definition of kemas would always be the font, the layout and the color pallete. Nak comel comel ke, apa ke, i have no judgments, it is YOURS. Itu identity awak.

Entries. You write whatever you want. Lantak la orang nak baca atau tidak. People go for stories and actual events. Kena tahu jugak, ada jenis suka membaca and jenis selective reading. Tell your stories, share your thoughts, share your tips and tricks. Blog lawa tapi tak ada isi, macam tak berguna. All you do is share your point of view yang sebenarnya you want people to cater your needs. Kepada yang suka menulis, just be yourself. Blogspot ni sebenarnya untuk mereka yang suka menulis. Yang suka berkongsi. SEHINGGA orang mula menjana pendapatan and make blogspot as a platform untuk cari duit. But its okay. Selagi tak serang aku ramai ramai. Haha.

Language. Suka hati nak language apa. Kalau dengan Anne, normally aku cakap Bahasa. Kadang English. Aku suka cakap dengan dia sebab English dia bagus. Budak TESL kan *pfth*. Haha. Tapi untuk blog, dia lebih selesa bebel dalam Bahasa. It's okay If your English is kinda broken here and there. You will learn a lot along the way.

Pendek kata, just be yourself. Tak payah ikut tekak orang. Do what you wanna do. Write what you wanna wright. Use whatever words you want. Nak carut ke apa. Aku tak galakkan cuma if that is how you wanna express your feelings, siapa pula kita nak halang. Ha gitu. I am more towards originality. Lagi kasar, lagi aku suka. Sebab, mengaku je la, kau memang jenis kasar. So? Haha. UNLESS you are writing something formal, kau jangan buat pasal. Use proper words. Pastikan what is the purpose of your blog. If it is more towards glitz and glam, i suggest guna la perkataan elok elok sikit. But my blog, ikut suka hati aku tapi aku rasa lebih kepada my online diary. Macam mana aku cakap, macam tu jugak aku tulis.

Back to the title, How to not give a dam*, aku harap lepas baca ni, kalian semua lebih mahir dalam mengamalkan sifat 'pergi memphus'. Sejak amalkan konsep tu, hidup aku lebih bahagia. Hahaha!

Dah la lama tak update, tetiba hembus macam ni pulak, kan? Bare with me okay? More stories coming your way! Woots!

SisChill,
AisyaAzman