Friday, August 26, 2016

Tangan Wangi

Elo!

Good morning everyone. Sebenarnya dah lama nak post pasal ni. Tak la lama sangat sebab baru jadi Isnin lepas. Haha. Aku mintak izin boss nak masuk kerja lambat sikit sebab ada urusan nak kena settlekan. Aku masuk dalam pukul 10 lebih macam tu. Belum sempat aku letak beg dan melepaskan batuk atas kerusi, boss datang

"Can you go to any stationery shop to buy me some envelopes?"

"Sure. Sure"

Aku senyum kelat kelat je. Malas la nak fikir banyak. Buat je la. Aku rasa kalau orang lain, mungkin akan berkira. 

'Ini bukan skop kerja aku! Aku tak dibayar untuk beli envelope!'

Wah gitu. In my case, aku buat je la. Then setibanya aku di depan shopping mall berdekatan, tengah parking, aku nampak ada this one Indian guy, lebih kurang umur dalam 50 almost 60, trying to approach this one young guy, that young guy terus buat isyarat 'no-i-dont-wanna-talk-to-you'.

I think that's kinda rude. But wait, there must be a reason kan? Okay. Jangan mudah flip. Ayuh mulakan perjalanan, Aisya.

Then i got so curious. Kebetulan aku memang akan lalu depan that Indian guy pun. As expected, he approached me. 

I.G (Indian Guy) : Can you speak English?

E (Esah) : Oh yes, i do

I.G : You see ah, i am from Nilai. I came here with (i don't remember. some kinda transport). Now i want to go back to Nilai. I call everyone, they all work. Today is Monday

E : Okay so what is your question?

*** PAUSE cerita sekejap! I know its kinda rude to cut people off like that tapi dia banyak melalut sangat PLUS i am in a hurry. ***

I.G : Alaa malu la saya mau cakap

E : What is it? I am in a hurry

I.G : Mau pinjam RM3 mau balik Nilai

E : I don't have small change. I am so sorry. I'm in a hurry

*Showing him the envelope i am holding*

Then i walked away leaving him just like that. Dalam hati aku ni, pelbagai rasa ada. 

Ini ke yang orang selalu warned me about? Yang selalu ada dalam surat khabar? Dia memang tak ada duit ke? Dia memang suka mintak orang sana sini ke? Now i know why that young guy totally ignored him in the beginning.

Oh man.

There i was, feeling all guilty and sad. Aku dah mula terfikir orang tua ni nak balik macam mana. Nanti disebabkan aku tak bagi RM3 aku tu, merempat pulak dia. Matahari dah nak tegak, dia nak makan apa. Anak bini tunggu dekat nilai ke apa?

Aaaaa!

I went in the mall and get my self a pack of envelopes as requested by the boss. The man is no where to be seen. Sehari suntuk aku fikir pasal dia. I am not sure about others, cuma, that feeling bila kau tak dapat tolong orang, is killing wey! Rasa guilty and kesian kesian macam ni, sumpah sampai malam aku tak boleh tidur. You now what's worse? Bila kau fikir bukan bukan pasal orang tu. 


I know. I know. Terlalu banyak kes 'orang-mintak-duit-konon-dalam-susah-padahal-nak-beli-todi' or whatever. You know what, stop questioning dia menipu ke apa. Kadang kadang kita duduk kedai makan, tiba tiba orang buta datang minta sedekah like.. non stop. Pernah kan?

Jangan sesekali keluar dari mulut kita "I'm not giving any. Ini semua menipu je ni". Don't. Untuk kita yang beragama Islam, kita selalu dengar kisah kisah di zaman Nabi di mana para Malaikat menyamar sebagai orang orang di dalam kesusahan hanya untuk menguji sahabat sahabat Nabi. Pernah kan? Aku tak cakap la Malaikat tu menyamar jadi pakcik I.G tu. Bukan. Cuma i always believe, ada pahala untuk setiap tangan yang memberi. 

Di zaman kita yang serba moden sekarang, ini ujian untuk kita. Setiap yang jadi, Allah dah rancang. Allah dah izinkan untuk ia terjadi. Allah dah izinkan pakcik I.G tu untuk bangun pagi & mintak duit dekat aku. Guess what, i failed the 'test'. There goes my pahala. Memandangkan semua sebok main Pokemon Go yang memang aku tak suka and sangat sinis terhadap permainan tu, aku rasa kalau ada app untuk Pahala Go, aku yakin bahu kanan aku ada rasa berat sebelah. Haha. 

Dear friends, kita ni bukan la baik sangat. Aku tak nak cakap la pasal pakai tudung jeans ketat, aurat sepah sana sini, kepit boyfriend bawah ketiak. No judgments there. Aku pun mengaku, kadang perangai aku, setan tengok pun tak nak kawan. Di sebabkan kesedaran itulah, i would try my very best to help whoever yang dalam kesusahan. Rebut pahala, wey. Kalau nak harapkan apa yang kita ada, not even close to sahabat sahabat Nabi dulu. Kalau nampak orang buta, LARI. Bukan larikan diri daripada dia, lari pergi tolong dia. Tak rugi. Sumpah. You are not missing anything.

Put it this way la, kalau orang buat baik dekat kita, even the simplest gesture, contohnya, someone said 'thank you', cukup buat kau rasa happy, kan? Begitu juga dengan orang lain. Inikan pula perasaan kita, yang dapat tolong orang lain, wey, perasaan dia rasa best sangat. Dalam hati tu rasa sejuk sejuk je. 

Well.. at least that's how i feel. Haha.

Jangan la harapkan amal kita yang dapat bawa kita masuk syurga. Memang takkan cukup. You can never count. Tak ada pula dalam Al-Quran yang menyatakan, amal sebanyak sekian sekian, kalian akan dijamin masuk syurga. Kalau ada, kiralah. Memang takkan cukup. Tolong jangan lupa. Kita masuk syurga bukan sebab amal kita, tapi sebab kasih sayang dan rahmat Allah. Ingat lagi tak kisah pelacur yang bagi minum pada anjing jalanan? Because of her love and compassion, Allah gave her the best reward ever. Buat semua kerana Allah. Bukan kerana syurganya. Buat semua kerana sayangnya Dia pada kita. Okay okay okay okay?


.. and only Allah can see that :)

Sekian, itu sahaja cerita saya. Ini real life event ya. Tak ada masa aku nak karang karang cerita buat cerpen. Makan serdak biskut raya pakai sudu lagi best. 

So, Moral of the story : Always have small change, Aisyah. Always.

Pahala, Gotta Catch'em All,
AisyaAzman


No comments:

Post a Comment

Hello Bloggers, do read my 'About Me' and 'Disclaimer' section before you leave a comment & play nice!