Sunday, September 27, 2015

Aku dan Brownies

Elo!

Semenjak keadaan kesihatan yang kurang menggalakkan dan perlu diberikan lebih focus dan perhatian pada kerjaya, aku dah kurang baking. Ada je customer yang mintak, tapi aku terpaksa tolak secara baik. Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk ni, i have no choice untuk cari extra income di tanah air sendiri. Sedih kan? Disebabkan dah kembali jerebu, duduk rumah je la update blog.

Kerja aku, memerlukan aku belajar setiap masa. Semua research based. Semua task baru yang diberi, aku kena study. Semua project baru, aku kena belajar balik, kenal siapa engineer, siapa contractor., apa material yang digunakan. Have to say, jauh dari bidang Architecture yang biasa. Sedangkan Architecture yang biasa pun dah habis susah aku rasa. Susah nak maintain dua kerjaya. Walaupun perniagaan brownies aku ni kecil kecilan, but still, its my first baby. Siapa tak sayang first baby-kan? So i take it seriously. Lagi-lagi makanan. Orang akan makan. Jadi darah daging. Setengah orang mungkin fikir, brownies je kot. But to me, its more. I enjoyed baking since i was a child. But back then, aku cuba faham keadaan keluarga. Nak tampung adik adik belajar semua. Sekarang dah kerja sendiri, aku lebih suka pakai duit sendiri. Belajar sendiri. 

Biasa la baking ni, kena banyak experiment. Kena banyak try and error. Tak semua kau buat, menjadi terus, kan? Everyone have their own preference of a brownie. Ada yang suka fudgy brownies ada yang suka cakey brownies. Tapi secara personal, aku suka fudgy. Aku pernah makan brownies yang memang sedap. Fudgy. Fudgy ni bila kau makan, kau rasa basah dekat dalam. Memang sedap. Cakey aku tak berapa suka sangat. 

Aku mula dengan satu flavor dulu. Alhamdulillah, dapat banyak sambutan. Ada yang repeat. Kebanyakkan pembeli dari kawan kawan sendiri. Cuma kelemahan aku, aku tak dapat nak pos keluar. Semua yang nak beli, kena datang ambil dekat rumah. InsyaAllah, aku akan upgrade service dan kualiti as soon as possible.

Hari tu, ada cuba recipe baru. InsyaAllah, first flavor aku yang ramai suka tu, aku akan maintain. Tapi yang ini, aku cuba nak capai status fudgy brownies. So, meh tengok macam mana aku buat. 

Recipe. Berapa ramai yang suka recipe shortcut atau mudah? Sejujurnya, aku tak suka. Aku suka buat semua dari mula. Macam kali ni, aku google secara random macam mana nak buat. Yang ini cuma perlukan beberapa bahan sebab bahan utama dah cukup semua gula. Agaknyalah. Macam aku cakap, aku tak suka tapi tak apa, aku cuba. Tengok nanti macam mana hasilnya. Aku suka ubah sikit sebab nak mencapai texture fudgy yang aku nak tadi. 



1 cup Nutella (main ingredient since i am making nutella brownies)
2 eggs
8 tablespoons of flour. 
Roughly chopped chocolate bar. (subjective. can change to nuts or etc.)


One thing about brownies that i like, is that u dump it all in one mixing bowl!


All! I really mean it. Haha. Give it a stir until fully combined. Lastly, baru letak
chocolate chips, nuts or whatever yang kalian suka. Fold it in,
until combined.


Once its all stirred, dump it all in your baking tray or in my case, this casserole.

Actually, warna baking tray kalian memainkan peranan penting. Kalau kaca macam ni mungkin api akan lebih direct. Kalau warna hitam, mungkin api kena lebih slow. Kalau warna kelabu, ada kadar apinya. When it comes to this, all these technical stuffs,  haruslah rajin baca dan buat research, okay? Ramai yang tak tahu. So, read more.


So pop the batter up in the oven for 30 minutes on 180 degrees temperature.

I have to admit that i did not tap the casserol before i pop it in the oven. Sepatutnya ketuk sikit supaya lagi mampat and kurang angin. I was actually worried that it might explode. Haha!


Ni lapisan kerak bumi yang ke berapa ni? Haha!
Aku rasa mantel bumi lawa sikit dari brownies aku ni.

Macam tu la rupanya kalau tak ketuk bagi udara keluar. Nasib baik yang ini sesi try & error aku. Kalau macam ni rupanya, memang aku takkan jual dekat customer. Haha. Yang ni aku buat makan makan dekat rumah je. 

Lepas dah keluarkan dari oven,  kena tunggu lagi 15  minit baru keluarkan dari baking tray. Dah 15 minit, baru keluarkan and letak atas cooling rack, biar dia dah betul betul sejuk or at room temperature, baru boleh potong. Ha masa sesi nak tunggu sejuk ni, biasanya aku akan umumkan satu rumah, supaya bersabar and JANGAN POTONG selagi aku kata boleh. Adik aku sampai merajuk. Nampak sangat sejukkan brownies pun boleh jadi issue. Satu rumah berbau. Siapa boleh tahan? Aku pun tak boleh tahan. 

So macam mana pula dengan rasa?

Well, rasa dia tak manis sebab main ingredients cuma Nutella. Tak ada sugar. Maybe because Nutella dah ada sugar , kan? The texture is not as fudgy as how i want it to be. Walaupun dah kurangkan tepung, tapi end result masih cakey. Bawah a bit burned, so next time kena control temperature lagi.

Sebenarnya sementara tunggu dia sejuk atas cooling rack aku masuk bilik sambung tengok The Return of Superman. I am not a K-Pop fan or anything Korean stuffs. Aku tengok sebab aku tak nak fikir pasal brownies aku tu. Kali ni dah siap, aku biarkan je. Aku tak buat pengumuman macam biasa supaya jangan potong sebab aku assume semua dah faham agaknya. Tiba-tiba mak aku masuk bilik..

"Mak rasa mak dah kenyang"
"Eh? Bila mak makan nasi?"
*Sebab aku baru je gaul nasi yang baru masak tadi*
"Mak makan brownies. Dah tinggal suku"

Aku pandang mak aku, mak aku gelak. Apa yang mampu aku kata? Aku berlari anak nak tengok keadaan brownies aku, memang ya. Dari 8x8 inci tu tinggal suku je. Tak manis agaknya, sebab tu la mak aku suka. Aku mampu tengok je la. Nak potong, susun lawa lawa & tangkap gambar, memang tak sempat. 

Bawah ni a few gambar brownies yang aku berjaya jual

Makan dengan homemade caramel sauce and Vanilla Ice Cream. Nyam!




Ada yang repeat order. Ada yang mintak untuk jadikan doorgift, ada yang mintak untuk jadikan hantaran pertunangan. Adeh. Slow slow. Nasib baik semua tu tahun depan. Jadi ada masa lagi nak improve yang sedia ada. Alhamdulillah semua cakap sedap. Cuma aku tengah pening mana nak cari kotak, nak cari reben, nak survey harga untuk buat price quotation. 

Cuma sekarang ni aku perlukan masa untuk susun priorities. Banyak benda nak kena settle. Kerjaya yang sedia ada perlukan focus aku 100%. So i dont think i can make this business as a full time. I am not ready for such commitments. Bukan senang. Sebelum puasa hari tu ada pergi satu kedai yang cari vendor, ingat nak cari duit lebih untuk Hari Raya. Tapi bila fikir balik, i have to step back and fikir balik masak masak.

It is not as easy at it seems. Aku sangat pentingkan kualiti. Berdasarkan pengalaman yang tak seberapa, memang banyak sangat mengajar. Contohnya, dulu aku tak pandai nak control masa and control order yang masuk. Balik kerja, mandi, terus baking. Kadang tak sempat makan. Ada satu malam aku kena bake 5 tray. Tuhan je la yang tahu macam mana keadaan aku dekat office esoknya. Dah la ada meeting dekat site. Mencabar. Bayangkan masa puasa kena pergi site? Aku hampir berbuka dibuatnya. Nak di jadikan cerita, salah satu brownies aku buat, tak menjadi. Aku tak pasti mana silapnya. Terduduk aku, menangis. Terpaksa buat balik yang baru because people paid for it. So pada aku its kinda not fair.

Aku sangat percaya bila kau bake dalam keadaan penat, emosi tak stabil, energy kurang memang confirm tak jadi. Aku sangat yakin sebab banyak kali i force myself to bake, memang tak jadi. Mood pun main peranan. End up, membazir. So now aku dah nekad untuk control everything.

Aku cuba recipe baru ni pun few weeks back. Aku update blog ni sebab phone aku dah bising memory penuh. Haha. 

Till then,
AisyaAzman


P/S: My camera lense dah siap! Hurray! Tak sabarnya nak ambik and tangkap gambar banyak-banyak! Read about my trip to Nikon Centre here.

Saturday, September 26, 2015

PEMENANG GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI | Alhamdulillah!

Elo!

Dah lama tak update blog rasanya. Dah nampak dah tali tali sawang mula nak berbentuk. Nyah kau sana!

Tengah bosan bosan hari sabtu ni, tak bleh keluar rumah sebab dah mula jerebu balik. Sedihnya. Sekejap je dapat enjoy suasana udara yang bersih. Sebenarnya, tak la bersih sangat udara dekat KL ni. Udara yang kita biasa sedut, kotor jugak dengan debu debu. Aku rasa tak perlu panggil jerebu lagi, anggap sahaja ini pencemaran daripada tangan kita kita yang tak reti menghargai nikmat yang Allah beri. Sedih!

Sebelum nak kongsi berita gembira, nak pesan dekat blogger lain supaya berhati hati dan sentiasa pakai mask, okay? Hari tu aku ada beli mask dekat pavillion. Tak ada nama kot kedainya sebab kiosk biasa. Nanti aku akan share lebih lanjut, okay?

So berita gembira apa tu?

*Drum roll*


Eh macam mana nak respon ni? Perlukah aku melompat? Perlukah aku joget kegirangan? Haha!

Pertama sekali, thanks pada BKM sebab sudi jemput kita join pertandingan dekat blog awak. Tak expect pun nak menang, hihi. Thank you so much! *peluk*

Seperti yang di minta, kita sudahpun e-mail alamat dan nombor telefon dekat BKM. Hihi. Tak sabarnya!

Dalam pada sibuk nak tulis entry ni, adik perempuan masuk nak kacau, macam biasa. Aku pun yeksaited la nak kongsi yang aku menang contest ni, dapat novel. Lepas tu dia tanya..

"Kalau orang menang contest kau, dapat apa?"

"Dapat kau!"

Haha. Aku malas nak explain yang bloglist, award and giveaway ni ada kelainannya. Dia bukan faham pun. Mungkin lain kali aku buat giveaway, okay? Sebagai tanda penghargaan kepada yang sudi follow, sudi join contest yang sebelum ni.

Macam biasa, contest aku, hanya terbuka kepada followers & extra keutamaan kepada sesiapa yang dalam bloglist. Macam mana nak masuk bloglist aku? Haa masuklah bloglist and award contest aku, okay? Tarikh tutup semakin hampir ni, duhai bloggers. Maka, marilah meramaikan senarai bloglist aku dalam keadaan segera. Boleh click banner dekat sidebar aku. Yang ada perempuan kenyit mata tu. Hihik.

Dongibab!
AisyaAzman





Tuesday, September 22, 2015

AisyaAzman's Blog Award & Bloglist! : Intai sekejap siapa yang join.

Elo!


Tarikh penutupan semakin hampir. Kalau tengok kedudukan matahari, lagi 11 hari kan? Ke aku tengok matahari lain? Eh? Seram pulak rasa.

Like i said, i do come and view your blog personally, i read your entry regarding my 'not-so-fabulous' contest. Hiks. Well, its okay. Nama pun award, kan? So award tu akan diberi kepada blog yang kemas & yang aku suka. Bloglist pun lebih kurang macam tu lah. Ada yang kata syarat aku susah. Jadi, aku tak pastilah senang macam mana yang dimaksudkan. Mungkin senang kalau menang hanya dengan bernafas, kah? haha. Kena ada usaha sikit baru dapat habuan, betul? Kalau semua nak senang, no point aku buat award ni bagai. So tutup mata je lah. Nak join, silakan. Tak nak, tak perlu bikin apa apa.

Sebenarnya syarat nak join tu, tak la semudah mahupun sepayah mana. Kalau tak ada instagram, tak ada masalah. Aku tak paksa untuk korang create account baru semata mata. Ada la kelonggaran di situ. Kalau tak ada, boleh je nyatakan dalam kurungan (tak ada). Begitulah bagi syarat seterusnya.

Berikut merupakan senarai mereka yang masuk contest.


Thank you sebab join pertandingan yang agak sendu ni. Haha. Apalah sangatkan? Tak apa, effort kalian amat amat aku hargai. Sebenarnya dah agak agak dah siapa yang akan menang award, siapa yang masuk bloglist. 

Sesiapa yang berminat nak join, silakan. Pertandingan masih lagi dibuka. 



P/S : Terpanggil untuk buat giveaway dalam masa terdekat ni. Kelebihan yang masuk bloglist (yang aku namakan LIST OF FAME) aku ni, kalian diberi keutamaan dalam setiap giveaway akan datang. Apa apa pengumuman, apa apa giveaway, kalian aku akan inform dulu. Tak kira la giveaway dari blog sendiri atau blog lain. Okay? 

Mwa Ciked!
AisyaAzman






Monday, September 21, 2015

Cara Makan Nando's dengan lebih seronok?

Elo!

Fuhh. Lepas makan, perut kenyang, mata layu. Nak jalan kaki balik office rasa malas yang amat! Nasib baik ada few minutes left sebelum waktu rehat tamat. Teeettt! What a bummer.

Beberapa tahun yang lalu, aku ada baca satu sharing dekat Facebook, article dia agak menarik,


Kebetulan kitorang tengah buntu tak tahu nak makan apa. Dalam sibuk senaraikan kedai yaang nak diserbu hari ni, officemate ajak makan Nando's. Terus teringat article tu. Haha. Apa lagi? Ayuh cuba-try-test!

Bila dah nak buat entry, baru perasan aku tak ambik gambar exterior kedai tu. Lapar sangat agaknya. Dah la cuaca panas, lalu bawah kaki lima je, terus masuk kedai kejarkan air-cond. Tapi tak apa. Aku nak makan. That's it. Aku macam malu tetiba nak tangkap gambar dekat luar tu. Kalah sesi site visit  untuk project beribu-riban kan?

Aku cuma boleh explain yang kedai Nando's tu sangat berhampiran dengan Ampang Point. Aku pergi sana menapak je. Kawasan situ sangat banyak tempat makan. Ada My Mom's Chicken Rice milik Linda Onn. Secret Recipe pulak sederet kedai yang sama. Block belakang tu ada Coffee Bean, ada Ayam Penyet Ria & Naili's place. Block berdekatan pulak ada Old Town White Coffee. Banyaklah. Bank pun senang kalau nak berurusan apa apa. Dekat semua. Walking distance. For your information, saloon Capello by Nina pun berdekatan. Baca review aku dekat sini.


First of all, haruslah pilih nak makan apa. Macam biasa, aku suka ambik Quarter Chicken, Mild with two side dishes. Officemate aku pun sama tapi dia ambik perisa Lemon & Herb. Aku sengaja ambik drinks yang bottomless. Tau tak bottomless tu apa? Maksudnya boleh refill for free. Haha! Mana tau tetiba pedas ke, tercekik tulang sum sum ke. Sebelum waiter tu pergi, aku sempat suruh dia tinggalkan menu dessert. Mana tau air tak ada, boleh cuci mulut pakai dessert kan? Alasan!


Sebelum sesampainya makanan, mula nak ingat balik mana sauce yang article tu recommend. Padahal tiga sauce je pun. So dengan yakin dan pasti, cekau la tiga sauce dekat atas ni. Ikut la step macam yang disarankan dalam article tadi tu. Gigih la konon nak susun kentang semua. Tapi bila fikir balik, tak payah la!


Ohoho! Food dah sampai!. Berdasarkan article tu, kononnya kena mintak piring extra untuk letak semua sauce tu kan? Tapi bila fikir balik, benda tak elok pun. Tak payah nak tiru bulat bulat. What we did was we dump our side dish in one plate. Mangkuk tu kitorang letak tiga sauce yang nak dicampur sangat tadi tu.


Tadaaa. Kan lebih jimat? Kononnya nak bagi pekerja tu kerja lebih. Pada aku simple, tak nak bazir air basuh piring kau tadi tu. Bukan sebab owner dia banyak duit nak bayar bil air. Tapi sebab aku ni jenis hargai sumber semulajadi. Kelak dah tak ada, bising. Macam tu la kebiasaannya. Selagi boleh elak, kita elak. Ye dak?

Bila dah berjaya campur semua, makanlah kami. Omnomnom! Cara nak campur,

1. Curahkan sauce Garlic Peri-Peri dulu

2. Kemudian baru curahkan Hot Peri-Peri.
Disebabkan rancak berbual dengan officemate, aku tertuang hot sauce tu lebih 20% seperti yang disarankan. Nasib baik air bottomless. Nampak tak hikmah bottomless di situ? Haha

3. Last sekali baru la letak sauce Wild Herb tu. 
Pun sama. Letak 20% je. Agak agak la dik 20% tu macam mana banyaknya kan?

Dia kata masa celup tu, rasa dia boleh buat kita menangis. Aku cuma boleh kata, lepas dah makan tu aku rasa kenyang. Itu je. Haha. Biasalah. Kita ada cara nak makan kan? Mungkin penulis article tu rasa seronok atau gumbira berbuat demikian. Aku pun ada la kot gumbira sikit. Gumbira sebab dah kenyang. Mengantuk pun sebab dah kenyang. Haha.


Aku rasa aku tak perlu nak jelaskan agaknya sedap ke tidak Nando's ni. Sebab bila makan, kau rasa sangat Afrika. Haha. Ayam dia sangatlah 'juicy'. Bila kau potong tu kau nampak la air ayam tu merecik recik keluar diiringi asap dek panas. Aduh! Setengah orang suka rangup. Nak rangup makan KFC sana. Jangan kacau Nando's. Huhu. Tahu tak apa sebenarnya 'peri-peri' tu? Dulu aku ingat 'peri-peri' tu nama masakan ayam tu atau bahagian ayam, tapi dah tentu la salah.


Inilah peri-peri atau 'piri-piri' yang orang tak nak ambik tahu tu. Dia sebenarnya sangat terkenal dengan kepedasannya. Aku suka sebab dia ada masam-masam sikit. Tapi macam biasa, aku cuba nafikan itu rasa original piri-piri sebab dah sampai Malaysia ni, mungkin dia dah tukar untuk sesuaikan dengan lidah kita yang Melayu ni. Macam kau pergi Mekah, lain rasa McD atau KFC dia. Dekat negara India, diorang cipta satu burger khas, nama burger tu Maharaja Mac. Mesti korang tak tahu kan? Sebab dekat sana majority tak makan daging. Ayam je la yang diorang makan. Ada jugak vege-burger. Burger dari sayur. Macam tu lah. Nak ikut tekak masing-masing, kan? Tengoklah kalau rajin nanti aku pergi Afrika makan makanan dia untuk rasa piri-piri yang sebenarnya. Amboi. Nampak macam comel je cili tu kan? Tapi aku yakin masa petik tu mesti pedih tangan. Lagi lagi bila potong dengan pisau. Haha.

Bila dah habis makan, maka ber-huhu lah kami pulang ke office. Dah makan, kena menapak balik office. Sampai office lapar balik. Masa dekat kedai tu, ye la kau berlagak tak nak order dessert. Tersandar kau. Bila dah sampai office, lapar balik, rasa menyesal tak order dessert, menyesal tak tapau buah tepi jalan tadi. Teruk nau.

Sekian sahaja segmen Monday makan makan. Hihi. Aku tak kisah sebenarnya makan benda yang orang dah biasa makan, cuma cara makan tu yang buat aku rasa excited nak cuba. Ada sesiapa nak suggest? Boleh la tinggal comment dekat bawah okay? Cuma jangan suruh aku makan budu, cencalok dengan durian sudah. Pendek kata yang pelik. Aku allergic.

Burp!
AisyaAzman


 

GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015

Elo!

Pertama sekali, aku di jemput atau di tag untuk join giveaway ni oleh cik ash_ashrah . Untuk syarat dan info lebih lanjut boleh click banner dekat bawah ni okay?


Berdasarkan syarat yang dikemukakan pihak penganjur, echeh, aku kena tulis mengenai "Pengalaman pertama saya.." masa blogging dulu tidak melebih 100 patah perkataan. Alamak. Boleh ke? Aku ni kalau dah mula menaip, jari ni tak boleh berhenti. Haha. Macam kena rasuk gitu.

Okay jom mula!

Pengalaman pertama saya berblogging dulu bermula pada tahun 2009 dulu. I was a very rebellious teenager. I am not the kind of person yang suka cakap apatah lagi meluahkan perasaan. Aku suka menulis. Sebab pada aku itu satu escapism. I wrote what i felt. Sepanjang tahun 2009 sampai 2015, aku sempatlah pindah dalam 4 - 5 blog haha. Sebab aku rasa insecure or maybe masa tu aku dah mula busy nak cari kerja and belajar. Bila dah tua ni, rasa menyesal pulak walhal masa belajar la paling best nak blog about. But its okay. Life is full of adventures anyway. 

Nak tulis lagi sebenarnya tapi syarat dia tulis jangan lebih 100 patah perkataan.
:'(


Syarat seterusnya, menghendakkan kita tag 5 lagi kawan blogging yang lain. Siapa agaknya eh?


Korang dah kena tag, so kena join okay? Tapi kalau korang menang, adalah wajib bagi aku rm100 share. Haha [Joke]

Nak duit buat kahwin,
AisyaAzman


Friday, September 18, 2015

The Wanderlust Project

Elo!

Banyak faktor yang buat aku nak travel sebenarnya. Daripada aku kecik, aku ingat nak jadi wartawan, konon dapat la merasa buat liputan sana sini. Dapat menumpang tengok dunia. Tapi apakan daya, bila dah besar ni, baru sedar, jadi wartawan & travel pun, kau kena buat kerja. Tak best. Baik jadi Architect. Eh? Haha! Apa sahaja yang namanya kerja, tak pernah best sebenarnya. Yang best adalah kau dapat duduk rumah, pakai seluar gobos, t-shirt lusuh, wi-fi tiptop, sumber makanan yang tak putus. Tapi kau miskin la. Mih mih. 

Sebenarnya dari awal tahun lepas, ada la kawan aku si gemok ni, bising nak ke Seoul, Korea. Aku cakap dekat dia, tunggu la aku habis belajar dulu, mana aku nak cekau duit. Sekarang dah kerja, maka bisinglah dia. Tuntut balik la agaknya. So, aku layankanlah. Kitorang punya excited tu sampai nak belajar bahasa Korea. Haha. Excited aku tu tak la excited macam S.G (Si Gemok) tu. Dalam pada tu, sempatlah beli winter jacket RM10 dekat kedai bundle depan rumah. Pakai je la jaket tu, duduk dalam bilik, bukak air-cond 18 darjah celcius. Haha! Tapi nak buat macam mana, tak jadi sebab tiket cancel atas sebab tertentu. Tiket dah beli dah masa tu. Redha je la. Takkan nak marah kot kan? Mungkin sebab stress trip tu tak jadi, kami rancang trip lain. Hiks.

Tengah rancang dengan rancak la ni kononnya. Hampir setiap malam S.G ni kacau aku. Buat masa ni, kami dah rancang nak ke 2 pulau. Memang aku nak cuti secuti cutinya. Mungkin tempat aku nak pergi ni agak common la tapi pada aku, tempat tu mungkin sama, tapi apa yang kau buat dekat sana, itu yang membezakan pengalaman kita. Aku tak suka ikut agen. Aku suka bebas. Ada waktu sendiri. Ada yang kata perempuan bahaya travel berdua. Mana taknya, aku memang nak pergi berdua je dengan S.G ni. She's my bestfriend. Lagi banyak persamaan, lagi banyak gaduh sebenarnya. Haha. Tak apa la. Aku tetap sayang kau, gemok!



Memandangkan ini kali kedua kitorang rancang trip bersama, bertekak tu tetap tak dapat dielakkan. Haha. Contohnya aku suka hotel yang ada unsur negara tu. Contoh paling senang, Legoland kan? Hotel dia pun macam Lego right? Yang S.G ni tak setuju. Dia kata kita nak tidur je dekat sana. Bukan nak duduk hotel je. Ha gitulah punca punca awal bertekak. Haha. Bertekak manja je pun. Esok esok rengek rindu balik. Alhamdulillah buat masa ni tak ada la bergaduh sampai tarik rambut. Dah besar dah kan? Kalau BBNU (Budak-budak baru nak up) ye la agaknya. 

So kali ni, to be fair kitorang plan untuk pergi dua pulau. Aku pilih untuk buat itinerary ke pulau pertama, aku suruh dia buat itinerary pulau kedua. Biar dia yang kusut cari transport nak pergi pulau kedua. Haha! Walaupun pergi tanpa agen, itinerary sangat penting okay?! Lainkali aku update lagi pasal perancangan melancong. Banyak nak share.

Bye!
AisyaAzman

Nota Kaki Berstokin : Psssst! Sebenarnya entry ni dah lama bersawang dalam draft. Tapi tadi aku stalk blog S.G dia pun buat entry yang sama. Pastu nak kata kita tiru. Blah la wei! Haha! 


YEAY! BLOG DAH UPGRADE!

Elo!

Hari ni sepatutnya First Impression Friday, tengah memerah keringat otak ni memikir apa yang nak di 'first-impression' kan. Make-up? Chocolates? Food? Haha. Tinggalkan suggestion below okay?!

Aku happy sebenarnya sebab blog aku ni ada rupa sikit. Sebelum ni pakai default fonts, bosan. Semua pakai defaults. Since now dah banyak tutorial, boleh la nak godeh-godeh html codes tu ha. Tak la susah mana sebab zaman MySpace dulu dah belajar kan? Chewah! Sebenarnya banyak bloggers lain yang dengan sukarela buat tutorial. Hakikatnya diorang pun sama je amatur macam kita, bukan computer programmer atau web designer pun. Jadi tutorial diorang quite straight forward sebab diorang tak pakai ayat ayat yang susah nak difahami melainkan blogger tu suka abuse bahasa Melayu contohnya

"Cawi kod nieyh & paste kat bawah dia aw. Jangan lupew save puwluck"

berkerut kening aku nak baca. Tak semena otak aku jadi kecut. Perasaan malu jangan cakap la. Inikan pula nak baca the whole blog entry? Maaf, saya takkan datang lagi. Haha!

Antara upgrades yang ada : 

1. Dah tukar header blog untuk nampak lagi minimalis.

2. Title sidebar tu nanti aku nak spend masa design la sikit kot. Aku suka minimalis. Sebab nampak elegant and chic gitu. Eleh.

3. Dekat bawah header blog tu pun ada few pictures. Gambar pertama tu *ehem* kalau nak baca bio boleh click situ. Tapi aku tak upgrade lagi la. Sama je macam before this cuma aku pindah daripada sidebar masuk ke tempat lain.

4. Entry footer pun aku dah letak border. Walaupun radius kelam kabut macam tu, sebenarnya aku ambik dari blog tutorial lain. Aku malas nak tukar lagi. Aku tengok macam comel pulak dia kabut macam tu. Haha.

5. Aku dah letak disclaimer dekat bawah. Baru rasa selamat sikit sebab blog sebelum ni ada peniru. Tiru sebijik. Macam tak ada identity. Bila dia found out kawan blogger aku punya pun sama lawa, dia campurkan design blog macam aku, tapi font dia ambik macam kawan aku. Haha. Kau ghase?! Syarat wajib BBNU kan? MihMih.

Tapi virus ada lagi,
AisyaAzman

Thursday, September 17, 2015

GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI

Elo!

Pepagi ni rasa excited nak buat entry & join giveaway! Hari ni tak busy sangat, so rasa cambest je nak buat semua benda dalam blog ni. Masih lagi gagal nak remove virus, namun harus tabah dan teruskan hidup.




Tadarghhhh!

Aku suka betul dengan blog dia ni. Dah la comel, kemas and ada personaliti sendiri. Yang aku paling suka, dia buat character dia sendiri. Awak, awak, buatkan kita boleh? Haha. Blog-blog macam ni la yang membuatkan aku rasa seronok nak baca entry sampai habis, seronok nak datang dan view. Sebab kemas. That's the key & blog-blog ini lah yang menyebabkan aku rasa nak buat award untuk menghargai usaha mereka. Echeh. Sesiapa yang nak join, sila click sticker dia dekat atas tu okay? Baca syarat-syarat yang dikemukakan. Seronoknya!

Antara sebab kenapa aku nak join 

1. Blog dia comel. Aku suka. Tengok la sticker dia atas ni. Dah macam penyeri dekat blog hitam putih aku. Haha

2. Dia join sticker award and bloglist aku. So why not kan? Kalau ada lagi giveaway yang lain, yang kalian nak aku join, boleh bagitau, kadang tu aku lupa. Maklumlah, umur dah meningkat ni.

3. Hadiah dia menarik wey! Aku ni gila buku. Tengok sidebar cukup! Nanti aku nak buat review buku & my favorite author dengan uolls k?

4. Syarat dia suruh tag 3 bloggers lain, kan? Aku nak tag orang yang masuk bloglist aku la. Haha. ye la kalau dah suka, kan? Memang blog blog tu je aku attack dulu. Haha!

Kittew nak tag : 


Sementara tengah rajin ni nak update pasal 

AisyaAzman's Blog Award & Bloglist! :)


16 hari je tinggal, bebeh. Jangan cakap akak tak warning. I do come and visit semua yang join. Aku perhatikan je. Haha. Sila takut. Sesiapa yang nak join, boleh click link dekat atas. Aku bebetul rajin nak bagi dekat korang ni. Serious. Ikhlas dari hati yang putih, seputih blog aku yang bosan ni. 


Muah Ciked!
AisyaAzman




Kenapa blog saya under construction?

Elo!

Sebenarnya dah tulis dalam notebook some ideas untuk entries akan datang. Tapi terganggu sebab..

blog ada virus!

Sebenarnya tak tau la virus ke apa kan, tapi disebabkan dia keluar tanpa rela hati, i quickly assume that it is a virus and i am so sure that ain't normal! Apa ni keluar pop-up trade exchange! . Tak nak ah. Pergi main jauh jauh sanah!

I is don't like. Sedikit sebanyak menganggu konsentrasi di tempat kerja mahupun masa makan, mandi dan tidur. Sepanjang masa. Nak tekan mana mana mesti keluar pop-up tu. Korang mesti kena, kan? Sampai hati tak bagi tau kitek! *Muncung*

I don't know what i should do. Dah check semua coding yang aku ambik dari few websites, tak ada pun link yang direct ke tread exchange tu. Ke dia buat secara halus? Pakai bomoh? Siut ah.

Ada tak sesiapa pernah kena? Macam mana uolls handle benda puaka tu? Apa cadangan korang nak hilangkan benda tu? Takkan aku nak pindah blog semata kerana pop up iklan durjana tu kan? Aku tak izinkan dia menang!

Aku suka blog yang boleh communicate dengan orang luar. Tapi since aku letak widget instagram tu, which i like it oh-so-much, haruslah unprivate instagram untuk enable live feed dekat situ. But since aku unprivate instagram, i cannot control the amount of people who add me up! Entah bangla celah mana add. Sesilap dia buat gambar aku sebagai memuaskan... ahh tanak! So i have to remove the widget. I is sad. Plus adik aku selalu mengadu gambar dia kena curi oleh individu tak bertanggungjawab. I have to admit, she had good photography skills than me. Dia pakai iPhone dia je. Itu pun orang curi. Tambah lagi bila dia unprivate instagram dia. 

That is not good guys!

It is getting out of hands! Tak boleh nak control. Bukan budget artis ke apa. Siapa yang mula keluarkan statement tu, aku rasa dia kurang kasih sayang. Serious! 

Macam mana nak handle pop-up ni? Boleh help me up, sesiapa yang bijak dalam menangani isu isu getir ni. I dont know where it came from!

Serabut,
AisyaAzman

Wednesday, September 9, 2015

Me and My Make Up Obsession.

Elo!

Rasa macam dah lama tak tulis entri sejak isnin lepas. Haha. Padahal baru 2 hari lepas. Sebenarnya Ahad hari tu aku gigih menahan diri dari keluar rumah sebab aku tahu, kalau aku keluar, aku mesti akan habiskan duit dekat make-up. Bukan tak ada. Contohnya eyeliner. Dah ada dah. Tapi aku dapat tahu Tartiest by Tarte dah sampai Malaysia, aku hampir beli. Tapi aku dapat lawan nafsu serakah aku. Haha. Macam kawan aku sorang tu, dia memang make-up artist, dia rajin la update update aku pasal make up and jadi penghasut aku. Aku ni jenis cepat je terpengaruh. Tapi kalau ada orang datang bisik bisik dekat aku pasal gegula yang putih kan kulit tu, memang awal awal aku bangun, pergi tempat lain. Aku kalau pasal benda benda yang nak ditelan ni, aku memang particular sikit. Serupa tak logic bila kau makan produk tu, kulit kau akan putih. Putih yang semacam. Padahal masa lahir tak macam tu pun. So, tidak sama sekali. 



Disebabkan aku menghalang diri aku sendiri dari keluar hari Ahad lepas, aku cari jalan nak hilangkan bosan. Aku kemas barang make-up aku. Aku punggah semua. Berus make-up aku basuh. Botol foundation yang tercalit sikit semua aku basuh. Entah kenapa aku tak suka bila benda tu nampak selekeh. Geli je. Dah habis punggah, basuh, aku letak balik dalam bekas acrylic aku ni. Aku panggil adik aku. Aku tanya okay tak aku susun. Dia kata biasa je. Tak berubah apa pun. Aku bebel dekat dia yang aku tak suka bekas acrylic aku bercampur dengan eyeliner atau apa apa product mata. Aku suka kalau bekas tu untuk bibir, maka bibir je la gamaknya. Kalau berus, berus je. Aku memang ada penyakit OCD sikit. Aku tak suka benda yang tak sepatutnya bercampur. Adik aku dah marah-marah dia kata jangan membazir. Aku pun explain la pasal aku tak suka campur campur tadi. Macam biasa dia tak interested pun nak dengar sebab make-up ni dia tak berapa suka. Dengan pantas aku halau dia keluar.

Aku pun terduduk memikir macam mana nak kasi settle benda ni. Mula mula ingat nak beli lagi bekas acrylic ni sebab aku dah jumpa few places yang murah. Aku nak beli yang laci tu. Biar nampak kemas litip litip aku dalam tu, eyeshadow pallets. Tak suka nampak dia tercacak-cacak macam tu. Lagi satu perangai aku, aku tak suka nampak tempat tempat kosong macam tu. Nampak tak ada dalam 4-5 bahagian dekat bekas acrylic tu kosong? Aku tak suka. Aku nak penuhkan. Dengan confident aku bukak laptop aku pergi website luxola. Dekat situ make-up semua best. Tapi tak boleh kalahkan Sephora la. Kalau masuk Sephora aku jadi sawan.

Aku terus lupa kegigihan aku menghalang diri aku keluar tadi. Sebab ada alternatif lain nak shopping make-up, iaitu secara online. Teruk perangai. Dah hampir 4 kali aku confirm nak buat payment. Beberapa set eye shadow, beberapa set berus semua aku masuk dalam shopping cart. Tapi aku cancel. Haha. Setiap kali nak tekan butang terakhir nak buat bayaran tu, aku cancel. Sebab aku tau perangai aku ni, aku suka memiliki. I like to own things. Aku tarik nafas panjang panjang sampai lupa hembus, aku tutup laptop. Aku tenung balik bahagian make-up aku ni. Tak boleh jadi. Aku tak boleh teruskan tabiat membeli make-up. So aku decide untuk main make-up hujung minggu tu. Just to see what can i do with the ones i have. Nak kata seorang make-up enthusiast tu memang tidak la. Aku menunggu jugak member aku tu ajar aku make-up lagi best. Tapi hampa. Jadual kerja dia tak sama dengan aku. Tunggu je la bila bila yang boleh.

Blend, blend, blend. Buff, Buff, Buff. Ting! 
Jadi seorang Aisya.

Am using

Nars' All-day Luminous Weightless Foundation in Stromboli
Marc Jacobs's Kiss Pop in Headliner
Nars' All-day Weightless Powder in Stromboli
Tarte Eye brow mousse in Rich Brown
Stila's Major Major Major Lash Mascara
Marc Jacob's liquid eyeliner in Blacquer
Stila's eyeshadow in Abstract Eyeshadow Pallete

Itu saja. Haha. Dah siap baru aku perasan aku tak ada blusher. Dah habis. Cheit. Nanti la beli. Cari sebab je sebenarnya nak pergi shopping. Bila dah make-up tu, haruslah basuh. Aku geli jugak make-up lama lama atas muka. Hari tu ada yang tanya product apa aku pakai. Okay aku share. Macam mana aku basuh pun aku share. Hihi.

 Tadaarghhhh! My holy grail of err-thangg! 

Clinique 3-steps ni best gila. Aku suka. Sebab tak pekat, tak kasar dekat kulit. Lembut je. Ada cleanser, toner, moisturiser. Sebab tu la dia panggil 3-steps like duhh! Mihmih. Aku suka segala benda dekat atas ni. Balik kerja, memang aku suka sental muka. Aku jarang pakai scrub sebab Clinique 3-steps ni pada aku dah cukup best dah. Kadang-kadang kalau rasa muka tu kotor gila, aku pakai Sephora Cleansing Gel and Exfoliating Brush tu. Aku cadangkan untuk beginner, yang baru belajar belajar nak jaga muka, boleh pakai ni. Sebab bawah tiub tu ada brush, tengah tu macam ada lubang kecik. Bila picit, akan keluar product dekat situ. Then jangan lupa twist untuk lock balik. Nanti membazir banyak product. Pakai sikit je. Then, sental in circular motion dengan lembut. Jangan kau tonyoh pulak. Aku tak tangkap gambar sebab..

 Aku pakai ni. Hiks.

Neutrogena ni aku pakai sejak aku sekolah menengah lagi. Neutrogena ni pada aku harga dia okay la. Standard drugstore punya harga. Cari je dekat mana mana Watson or Guardian. Mesti ada. It's good for my skin. Korang kena try moisturiser dia. Best gila. Fuhh. Aku mula pakai Clinique bila dah start kerja. Ada gaji sendiri. To be honest Clinique ni mahal sikit la. Kalau nak beli 3-steps macam aku tu dalam RM300 plus gitu. Kerja la dengan gigih untuk beli. Tapi tak la semahal SK-II essence tu. Serum sahaja dah beratus. Belum satu set lagi. Tunggu la dah naik pangkat dalam 3-4 tahun lagi ke. Tak pun kahwin dengan orang kaya ke. Haha. 



Berbalik kepada cleansing oil, aku suka ya amat sebab dia tanggalkan semua makeup atas muka. Gosok perlahan pun, memang nampak bedak tu atas tapak tangan. In my case, aku suka pakai facial cleanser yang pakai battery tu. Aku dapat rasa sampai ke liang lahad roma dia punya berus tu. Aku tak suka guna kapas sebab kadang tu kapas serap lebih produk dari apa yang kita apply atas muka. So seeloknya pakai tangan atau pakai mesin ni. Mesin ni mak aku bagi masa aku sekolah menengah dulu. Tahun 2004 rasanya. Aku tingkatan 4. Haha. Punya lama aku jaga. Oil ni dia tolong remove make-up je tau. Belum tentu muka tu bersih betul betul lagi.



Maka tenyeh la muka dengan cleanser pulak. Yang ni pakai tangan je. Serious best. Dia ringan. Kalau sesetengah product yang aku dah cuba, lepas basuh, kulit muka jadi kering and tegang. Aku tak suka. Dia seolah memaksa kulit tu walhal kulit tu kena relax je sebenarnya. Aku jarang pakai scrub lepas pakai Clinique ni sebab cleanser dia tolong tanggalkan sekali kuit kering atau apa apa objek asing atas muka tu. Sebab tu Clinique sendiri galakkan pakai toner dia lepas basuh. Sebab atas kapas tu nanti, barulah korang nampak kulit kering, daki, make-up minggu lepas, kerak kuali.

Euw?

Toner tu aku pakai dalam dua kapas. Setiap kapas setitik dua je. Tapi mak aih. Kapas pertama tu jangan cakap la. Haha. Kapas kedua, biasanya aku pakai dah bersih dah. Atas kapas tu confirm tak ada apa tinggal. Even masa facial session hari tu pun, walaupun tak ada blackhead and whitehead, kulit kering tetap ada sebab kena matahari and kena aircond. Tapi bergantung la pada kulit masing masing kan? Maybe masa mula banyak la kot kulit kering. Tapi nanti lama lama dia okay. Kalau ada yang nak beli, make sure korang tahu jenis kulit sendiri ya. Kulit oren ke, kulit limau purut ke. Kulit buah tomato ke. Haha. Okay gurau. Kulit kita ada yang berminyak, ada yang kering ada yang combination skin. Combination skin ni macam aku. Bahagian pipi aku okay. Tapi dekat dahi dengan T-Zone aku sometimes berminyak. Ha itu namanya combination skin sebab ada bahagian okay, ada bahagian tak okay. Gittew. Kalau tak pasti, boleh je nak tanya salesgirl tu. Clinique ni ada jual dekat Parkson and Sephora. Kalau dekat Parkson, dia boleh tolong check sekali status kulit muka kita. Tapi kalau kau nak check status kulit muka dekat kedai mamak, dia check je pakai mesin pengayak tepung. Haha.

Jangan lupa pakai krim pelembab atau moisturiser okay? Amat penting untuk kalian tahu status kulit muka sebab aku pernah tersalah beli moisturiser untuk oily skin, memang kering muka aku. Sebab dia nak keringkan minyak yang tak ada. Begitulah vice versa. Lagi satu pasal toner ni, dia kecutkan balik por-pori korang yang dah bersih tadi. Bayangkan kalau dah basuh tapi pori-pori tak tutup balik? Euw. Aku jadi lebih OCD dalam mencuci muka bila aku dapat tahu yang masa kita tidur, akan ada hama panjat ke muka kita and melakukan aktiviti intim-intim sambil berak atas muka. Yuck! Memang la tak nampak tapi kalian kena tahu jugak, kulit muka kita ni dia main sedut je apa apa atas muka. Di tekankan juga, kalau basuh muka atau pakai toner, jauhkan dari bahagian mata. Selalu dengar, kan? Sebab kulit bawah mata kita adalah kulit yang paling nipis di anggota badan kita. Kalau tengok kawan mata panda tapi tidur cukup, itu sebab dia gosok mata. Gosok mata pun boleh jadi punca gelap bawah mata sebab geseran tu. Di sebabkan nipislah, bila pakai apa apa product, kena jauhkan dari bahagian mata sebab takut effect terlalu kuat & menyebabkan mata rosak. 

Pada aku, tak salah untuk habiskan duit untuk diri sendiri. Aku suka je pergi manicure, pedicure, urut sana sini, beli product kecantikan. Kadang mahal. Kadang kalau dah miskin, aku cuci muka pakai shampoo je. Haha. Tak la tipu. Reward yourself. Ikut kemampuan tau. Yang penting, pandai jaga kebersihan muka, ambil tahu jenis kulit muka. Kalau dah rasa product tu sesuai dengan diri sendiri, teruskan pakai and improve cara penggunaan from time to time. Macam masa cuci tu biasanya pakai tangan. Lain kali upgrade sikit pakai berus sabut berus jamban  ISH. upgrade sikit pakai sponge lembut ke, berus gigi baby ke, berus gigi yang pakai battery tu pun boleh. Kalau nak best, boleh beli sponge muka dekat body shop. Ala yang mana boleh je. Okay?

Stay pretty and clean, girls. I is keletihan. Kalau ada cadangan / pertanyaan, boleh je hembus dekat comment bawah okay? Macam biasa, i akan reply. Korang mesti tak tahu aku reply kan? Sebab aku pun tak tahu korang tahu ke tak aku reply. Haha.

Mwa Mwa,
AisyaAzman



* This is not a sponsored post. I buy them myself menggunakan titik peluh keringat bekerja.

** I do no get paid for promoting certain brands. Tak dapat apa melainkan penat dan puas sebab dapat share. Hiks. 

Tuesday, September 8, 2015

Tuesday Thoughts #2 : Nawaitu.

Eyo!

Sebenarnya dah nak tidur dah tapi entah kenapa tiba tiba datang rasa nak menulis. Selama ni mampu tahan, tapi semenjak dah berblogging ni, rasa suka nak share my thoughts and two cents.

Terlalu banyak sangat perkara yang jadi depan mata. Dari awal dulu masa aku mula nak pakai tudung, masih merangkak tutup sana sini, jaga aurat. Ada certain point aku rasa aku failed miserably. Ada certain point aku rasa, aku patut tepuk belakang aku, ucap tahniah pada diri sendiri. Untuk berubah ni, macam macam datang nak ketuk kepala kau. Benda simple simple je padahal. Skirt baru la. Fesyen atau warna rambut baru la. Aku tak kata benda tu salah. Skirt? Pakai la maxi skirt. Rambut? Buat la apa kau nak. Tapi jangan tetibah kau pergi tayang stegrem pulak. Tapi aku cuba nak hold dulu semua perasaan tu sampai la aku boleh control and perbaiki niat aku.

Atas semua benda yang jadi, dah confirm itu sebagai pengajaran. Takkan tak ada satu pun kau kaut, kau simpan biar jadi peringatan. Betul?

"Maka perlu apa kau bongkar gali, kalau cuma diletak tepi? -- Fynn Jamal; Tahu

Jangan sia-siakan setiap perkara yang negatif, yang pernah jadi pada diri kau sendiri ataupun orang lain. There is a reason in everything. Masa aku awal nak berubah dulu, aku rasa macam satu dunia tak bagi. Entah kenapa. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cakap aku buat ni sebab aku nak Allah sayangkan aku lebih. Aku nak mak bapak aku tak masuk neraka. Tak layak buat mereka walaupun sepercik api. Wallahi. Dugaan datang macam ombak. Aku ni semut je. Sekali ombak datang, aku boleh lesap sampai tak jumpa jasad. Mulut orang, kan?

Tujuan aku nak menulis ni sebenarnya pasal 


Kalau kau kerja sebab nak duit, maka duitlah yang kau akan dapat.
Kalau kau belajar sebab nak kawan, maka kawanlah yang kau dapat.
Kalau kau buat sesuatu perkara kerana Allah, maka redha lah yang kau dapat.

Aku suka belajar dari pemerhatian. I am not really good in learning through reading. Aku memang minat membaca tapi sekadar suka-suka atau buat mainan imajinasi. But when it comes to life, aku suka memerhati. Aku percaya pada niat. No matter what. Apa niat orang lain, kita takkan tahu. Masa tu la kau kena sangka baik. Tak susah pun. Jangan pulak dah terang terang orang tu merompak, kau tetap nak sangka baik, kan? 

Kau suka tak. bila niat kau lain, tapi orang suka suka je nak letakkan kau pada satu keadaan yang kau sendiri tak rela? Macam complicated je nak faham kan? Okay let me make it clear. Contohnya :

Dekat tempat kerja. Orang mengata bos kau. Kau cuba sangkal. Kau cakap 

"Tak baik la"

"Suka bos eh?"

Apakah kau rela orang letakkan diri kau dalam keadaan macam tu? Keadaan yang sememangnya jauh dari niat kau? Tak, kan? Sebenarnya memang jadi pada diri sendiri. Pada aku, memang rezeki tu, Allah yang bagi. Bos kau tu sebagai asbab je. Apa salahnya kau hormat dia? Macam aku cakap, aku percaya pada nawaitu bos tu, dia nak menolong. Sebab tu dia bagi kau kerja. Keadaan pekerja tu aku faham, tapi aku tak nak cerita dekat sini. Bila dah dapat kerja, buatlah perangai macam tu. Bila tau bos keluar meeting, balik lunch lambat. Berjam. Banyak lagi. Kalau dah perangai macam tu, aku dah tak boleh nak sangka baik. Bersangka baik, ada tahapnya. Kalau selalu jadi, mana baiknya? Contoh satu.

Contoh dua berkait dengan cerita atas. Member tu masuk kerja berdua. Kawan dari tempat kerja lama. Pernah keluar dari mulut sendiri, dia kerja situ sebab member tu ada situ, dah selesa. Okay. Tapi dia buat hal. Bos tak puas hati. Kena buang. Macam aku cakap. Niat. Kalau niat kau sebab nak kawan, yes. Memang kau dapat kawan. Tapi bila kau kena buang, kau dapat kawan jugak tapi kerja tak dapatlah. Kawan tu pun tak boleh tolong kau.

Kesian memang kesian. Aku dah cuba nasihat. Tapi macam biasa, disalah anggap yang aku ni pandang rendah dekat dia. Tak pasal-pasal, dia cemburu dengan aku sebab aku kerja lagi bagus dari dia. Allah. Niat. Macam mana kau nak explain dekat orang niat kau? Takkan boleh. Aku cuba ajar, aku kena marah balik. Aku cuba tegur, dikatanya aku anggap dia macam orang bodoh. Nak buat macam mana kalau perangai sudah memang macam tu? Aku cuba sangka baik. Mungkin dia tertekan. Aku diamkan. Sampailah dia kena buang. Aku cerita dekat mak. Mak kata,

"You do what you have to do,
Yang lain, itu antara dia dengan Tuhan"

Bila benda jadi macam ni, aku cuba untuk jauhkan diri daripada buat perkara yang sama pada orang lain. Aku tau bertapa tak best-nya diletakkan dalam keadaan yang macam tu. Memang susah nak sangka baik bila kau letak emosi dulu. Kalau masa aku kena bentak dulu, aku letak emosi dulu, memang dia balik naik motor dengan kerusi dekat kepala. Aku ada habit bila dah marah sangat, tangan aku jadi sejuk. Bila dah sejuk, aku istighfar banyak-banyak. Sebab aku tau, kalau dicuit lagi sikit, memang aku dah tak peduli apa apa. Aku tak peduli kalau aku kena buang kerja. Yang penting dia kena. Macam tu lah gamaknya. Tapi Alhamdulillah, i can still overcome my anger issues. Jangan lepas ni tak ada kawan dekat blog pulak (T__T)

Kesimpulannya di sini, sebelum apa apa, perbetulkan niat. Kita manusia biasa. Kadang niat kita lain, keluarnya lain. Niat lain tapi caranya tak kena. Aduh. Manusia dengan dosa macam bayang-bayang. Tak boleh lari. Cuba bersangka baik dulu sebelum apa pun. InsyaAllah, orang lain akan sangka baik dengan kita. Aku selalu bebel dekat FB, selalu tulis dalam status aku

"Solat lima waktu sahaja tak cukup"

that is so deep to me. Itu untuk diri aku sendiri. Jangan pernah rasa puas. Kalau kau hidup semata hanya untuk solat lima waktu, tapi yang lain kau tak pandang.. it doesnt work that way.

Aku doakan semua dikurniakan hati yang bersih. Sentiasa bersangka baik. Don't let the fitnah start from your own mouth.

,نعوذ بالله من ذلك
AisyaAzman

* This is a scheduled post. Aku nak tido. Esok Isnin. Kerja.
** Tajuk segmen Tuesday Thoughts #3 : Kita hidup dalam zaman mempersoal. See ya next week!




Friday, September 4, 2015

AisyaAzman's Blog Award & Bloglist! :)

Eyo!

Back then aku selalu dapat sticker 'blog award' tu. Dengan bangganya aku tayangkan dekat sidebar. Rasa macam dihargai sangat. Entah kenapa sekarang macam dah tak ada atau aku je yang tak tahu. Haha. Some people bagi hadiah. In my case, aku bagi award. Best kan? Selain daripada sticker 'blog award' kalian pun akan masuk bloglist jugak.

Buat masa ni, aku pun ada usha usha jugak blog yang kemas and awesome pada aku. Pada aku, okay?  I like it clean and neat. Yang dah berjaya masuk bloglist aku dari awal dulu, korang memang akan dapat sticker 'blog award' tu tapi ada tugas buat kalian. Haha! Nak minta korang war-war kan je blog award yang tak seberapa ni. Tapi yang aku boleh jamin, confirm korang akan suka sticker ni sebab aku pun suka. Tengah fikir ni nak buat khas untuk lelaki and perempuan. Haha. Baru best, kan? Blog dah cantik cantik, takkan nak letak sticker yang agak keperempuanan, ye dak? Hilang macho brader tu. Haha.

Tapi ada syarat. Come on. Mesti ada syarat. Tak susah & tak perlu keluar duit pun.


Copy & paste coding banner untuk kalian war-warkan di entry nanti.
<a href="http://aisyaazman.blogspot.my/2015/09/aisyaazmans-blog-award-bloglist_4.html">
<img src="http://i1105.photobucket.com/albums/h347/aisyaazman/1.jpg" border="0">
</a>

Pemenang yang dah tersedia kena war-warkan pasal blog award
 ni dengan copy paste this whole entry dan pastikan kalian 
tag nama mana-mana bloggers lain yang kalian tahu. 
Blog tu mestilah kemas dari segi warna, font dan mudah dibaca.

Copy Paste seluruh entry dengan coding di bawah :


<div style="text-align: justify;">
<i>Back then</i> aku selalu dapat <i>sticker 'blog award'</i> tu. Dengan bangganya aku tayangkan dekat <i>sidebar.</i> Rasa macam dihargai sangat. Entah kenapa sekarang macam dah tak ada atau aku je yang tak tahu. Haha. <i>Some people</i> bagi hadiah. <i>In my case</i>, aku bagi award. Best kan? Selain daripada <i>sticker 'blog award'</i> kalian pun akan masuk <i>bloglist</i> jugak. </div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
Buat masa ni, aku pun ada usha usha jugak <i>blog</i> yang kemas <i>and awesome</i> pada aku. Pada aku, okay? &nbsp;<i>I like it clean and neat</i>. Yang dah berjaya masuk <i>bloglist</i> aku dari awal dulu, korang memang akan dapat <i>sticker 'blog award'</i> tu tapi ada tugas buat kalian. Haha! Nak minta korang war-war kan je <i>blog award</i> yang tak seberapa ni. Tapi yang aku boleh jamin, <i>confirm</i> korang akan suka <i>sticker</i> ni sebab aku pun suka. Tengah fikir ni nak buat khas untuk lelaki and perempuan. Haha. Baru best, kan?<i> Blog </i>dah cantik cantik, takkan nak letak <i>sticker</i> yang agak keperempuanan, ye dak? Hilang <i>macho</i> brader tu. Haha.</div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
Tapi ada syarat. <i>Come on</i>. Mesti ada syarat. Tak susah &amp; tak perlu keluar duit pun.</div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbjT7Y7FdmTvq_Dz1-P1sJO6PMMkxXj9xfiCDYbxYBFBeLbiScBk1vGbXB_WRHQX3zohAosU05bd1RRt86ZLrVf4cQAlhu1NrvLUtjQXo94KbmFSkSgWl19GJDReiixkeP3HQUAdehtJfE/s1600/bigstock-Pop-Art-Cute-Retro-Woman-In-Co-79913869-702x336.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="306" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbjT7Y7FdmTvq_Dz1-P1sJO6PMMkxXj9xfiCDYbxYBFBeLbiScBk1vGbXB_WRHQX3zohAosU05bd1RRt86ZLrVf4cQAlhu1NrvLUtjQXo94KbmFSkSgWl19GJDReiixkeP3HQUAdehtJfE/s640/bigstock-Pop-Art-Cute-Retro-Woman-In-Co-79913869-702x336.jpg" width="640" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<center>
</center>
<center>
</center>
<center>
</center>
<center>
Copy &amp; paste coding banner untuk kalian war-warkan di entry nanti.</center>
<center>
<br /></center>
<center>
<div style="background-color: black; border: 1px solid #444; padding: 10px; text-align: left;">
<div style="text-align: center;">
<span style="color: white;">&lt;a href="http://aisyaazman.blogspot.my/2015/09/of-blog-award-bloglist.html"&gt;</span></div>
<div style="text-align: center;">
<span style="color: white;">&lt;img src="http://i1105.photobucket.com/albums/h347/aisyaazman/1.jpg" border="0"&gt;</span></div>
<div style="text-align: center;">
<span style="color: white;">&lt;/a&gt;</span></div>
</div>
</center>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
<span style="color: red;">❤ </span>Pemenang yang dah tersedia kena war-warkan pasal <i>blog award</i></div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;ni 
dengan <i>copy paste this whole entry</i> dan pastikan kalian&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
<i>tag</i>
nama mana-mana <i>bloggers</i> lain yang kalian tahu.&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
<i>Blog</i> tu mestilah 
kemas dari segi warna, <i>font</i> dan mudah dibaca.</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
<span style="color: red;">❤&nbsp;</span>Calon yang sudah di-tag, silalah kembali ke&nbsp;<i>blog</i>&nbsp;aku dengan&nbsp;<i>click banner</i> di</div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;atas
atau secara manualnya taip <i>address blog</i> aku dan tinggalkan</div>
<div style="text-align: center;">
<i>&nbsp;link blog</i> kalian 
di bahagian <i>comment</i> aku &amp; kalian pun</div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;haruslah war-warkan juga. Boleh?&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
<div>
<br><span style="color: red;">❤</span> Kalau ada sesiapa yang terbaca dan beminat nak join, boleh saja!</div></br>
<br><center>&nbsp;<span style="color: red;">❤</span><i> Follow</i> aku dengan<i> click button follow</i> di kanan atas, <i>follow</i>&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
aku di
<i>Google Plus</i> dan tinggalkan<i> link</i> di<i> tab exchange link.&nbsp;</i></div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div></center></br>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;<span style="color: red;">❤</span> Pemenang akan diumumkan pada 3 October jam 11:59pm di sini.&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
Nama akan disenaraikan dan bolehlah ambik <i>sticker blog award</i></div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;masing-masing mengikut jantina dan tampal di <i>sidebar</i> 
dengan bangganya. Yay!</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;<span style="color: red;">❤</span> Yang tak dapat, awal-awal lagi aku mintak maaf. Hihi.&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
Cuba lagi 
untuk <i>blog awards </i>akan datang. Mana tau aku nak&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
buat<i> blog award</i>
untuk <i>blog</i> paling comel ke,<i> blog</i> paling informatif ke. Kan?&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
Boleh tinggalkan cadangan di ruangan komen juga :)&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;<span style="color: red;">❤ </span>Tinggalkan comment di bawah dengan <i>format</i> berikut :&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;Saya nak <i>sticker please</i>!!&nbsp;</div>
<div style="text-align: center;">
Saya dah<i> follow blog</i>!</div>
<div style="text-align: center;">
&nbsp;Saya dah <i>follow google plus</i>!</div>
<div style="text-align: center;">
Saya dah <i>exchange link</i>!</div>
<div style="text-align: center;">
Ini <i>blog</i> saya : <u>isikan URL blog di sini&nbsp;</u></div>
<div style="text-align: center;">
Saya seorang : <u>(Jantina) yang (cantik / macho)&nbsp;</u></div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: left;">
&nbsp;Syarat bawah sekali tu macam membuli kan? Tapi dulik apa aku. Haha. </div>
<div style="text-align: left;">
<br /></div>
<div style="text-align: left;">
<b><span style="color: red;">*</span></b><i>Since this is my first award giveaway</i>, kalau ada kekurangan di mana mana, mohon maaf la ya. Kalau ada sebarang pertanyaan, silalah tanya di aisyaazman.blogspot@gmail.com</div>
<div style="text-align: left;">
<br /></div>
<div style="text-align: left;">
<div>
<span style="color: red; font-weight: bold;">*</span>Aku tidak menggunakan mana mana laman <i>web</i> yang boleh<i> pick</i> nama <i>randomly</i>, ya. Semua bakal pemenang adalah melalui pemerhatian diri sendiri sahaja,</div>
<div>
<br /></div>
</div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: right;">
&nbsp;I am all excited!&nbsp;</div>
<div style="text-align: right;">
&nbsp;AisyaAzman</div>


❤ Calon yang sudah di-tag, silalah kembali ke blog aku dengan click banner di
 atas atau secara manualnya taip address blog aku dan tinggalkan
 link blog kalian di bahagian comment aku & kalian pun
 haruslah war-warkan juga. Boleh?

Kalau ada sesiapa yang terbaca dan beminat nak join, boleh saja!

  Follow aku dengan click button follow di kanan atas, follow 
aku di Google Plus dan tinggalkan link di tab exchange link. Jangan lupa
follow instagram :aisyaazman

  Pemenang akan diumumkan pada 3 October jam 11:59pm di sini. 
Nama akan disenaraikan dan bolehlah ambik sticker blog award
 masing-masing mengikut jantina dan tampal di sidebar dengan bangganya. Yay!

  Yang tak dapat, awal-awal lagi aku mintak maaf. Hihi. 
Cuba lagi untuk blog awards akan datang. Mana tau aku nak 
buat blog award untuk blog paling comel ke, blog paling informatif ke. Kan? 
Boleh tinggalkan cadangan di ruangan komen juga :) 

 Tinggalkan comment di bawah dengan format berikut : 

 Saya nak sticker please!! 
Saya dah follow blog!
 Saya dah follow google plus!
Saya dah exchange link!
Saya dah follow instagram!
Ini blog saya : isikan URL blog di sini 
Saya seorang : (Jantina) yang (cantik / macho) 

 Syarat bawah sekali tu macam membuli kan? Tapi dulik apa aku. Haha. Senarai dibawah merupakan bloggers yang memang tersenarai dalam bloglist. Jalankan tugas anda sekarang! Echeh.











  • Khoirun Annisyak
  • Nadratul Syazwana
  • Liana Sulaiman
  • Aishah Qairina
  • Hafzhan Rauf
  • Ash_Asrah
  • Yaya
  • Syahirah
  • Zahiruddin
  • Nurul Husna
  • Ain Soofiyah
  • Ieyra


  • *Since this is my first award giveaway, kalau ada kekurangan di mana mana, mohon maaf la ya. Kalau ada sebarang pertanyaan, silalah tanya di aisyaazman.blogspot@gmail.com

    *Aku tidak menggunakan mana mana laman web yang boleh pick nama randomly, ya. Semua bakal pemenang adalah melalui pemerhatian diri sendiri sahaja,


     I am all excited! 
     AisyaAzman